Friday, August 6, 2010

Raikan Ramadhan (Persiapan Terakhir)

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Pertama sekali mari dipanjatkan kesyukuran kita yang ulungnya kepada Allah subahanahuwataala diatas kurniaan serta keizinan kita didalam ruang dan peluang yang diberi agar kita dapat terus bersama,

Ramadhan bulan yang penuh rahmat,
didalam perjalanan karamah,
menanti padanya fadhilat,
yang dirindu-rindukan umat,
pada bulan inilah umat diajak berehat,
dan diseru bagi menumpukan fardhunya didalam beribadat,
oleh yang demikian rupanya, kita diajak kembali mentauhidkan ya Ahad..
begitu mulianya Muhammad,
begitu syukur kepada Allah yang tiada terungkap.

Hari ini,
berita gembira berkumandang dihati hamba, dan hamba juga kira begitu kepada sekalian sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Baik yang dijauh mahupun yang dekat, pada hari yang paling mulia "Jumaat", adalah bapa bagi sekalian hari.
Akhir penantian sudah, makaselamat sampailah kepulangan Aduka,Indera dan Pendita daripada Kuala Kelang, tidak lupa juga kepada Makhdum yang menyusuli daripada Melaka disambut begitu meriah sekali di Istana Seni lewat pagi tadi. Terharu dibuatnya kerana sanggup meninggalkan segala urusan demi untuk berdendang dan BERSAMA bagi meraikan Ramadhan yang bakal datang ini.
Setelah bersidang semuanya di balai penghadapan mengadap Yang Dipertua, dengan sepatah dua kata beliau yang bernas bahasanya kami semua diajak berfikir bersama, dan hamba kira baiklah juga kata-kata ini disampaikan kepada para pembaca yang mungkin diantaranya terdiri daripada yang cerdik pandai serta bijaksana orangnya.

Perihal Ramadhan,
sejauh mana kita amatinya? dan apa benarkah bulan ini sepatutnya kita menanti-nanti akan "Hari Raya"? Jika benarlah ia, maka apa pengertian Hari Raya yang sebenarnya?
adakah ia menyamai apa diamalkan oleh Sekalian Rahimakumullah dan yang paling penting, betulkah caranya itu yang benar dikehendaki oleh Allah azza wa jalla?
pengisian Ramadhan seperti apa kah yang menjadi suatu yang sangat-sangat ditunggu-tunggu oleh para pencintaNya?

demikianlah antara kata-kata Yang Dipertua, hamba jadi terfikir jua dimana perletakkan demi perletakkan yang kita betul laksana dan apa pula dengan perletakkan yang salah pula?

yang menjadi terkesima oleh diri hamba adalah tatkala Yang Dipertua membicarakan perihal wadah(takungan) kepada amal yang kita bakal amalkan untuk mengadap bulan seterusnya, diibaratkan olehnya pula amal itu adalah sebuah piring asbak(ash-tray) yang besar bentuknya sementara tin minuman itu pula adalah wadah(takungan)-nya. Soalnya disini, bagaimana sebuah tin minuman itu hendak ditadah akan amalan yang sebesar sebuah bekas dulang penadah habuk rokok itu? yang hamba faham, bukanlah kita disini untuk mengukur berapa banyak bilangan jumlah amal baiknya namun begitu difikirkan jua akan hal yang kita pinta. Seandainya kecil wadahnya bagaimana hendak menampung ilmu yang dipinta. Ilmu yang dilaksana gelar lah ia Amal. dan itulah maksudnya.

jadi secara tiada langsungnya.. Ramadhan itu sebuah persiapan kepada diri sebagai Hamba. apa maksud hamba? dimana dalil seorang hamba? kemana pergi seorang hamba itu? terus macam mana hendak memenuhi maksud seorang hamba?

maka dengan itulah kami, Dendang Anak sangat-sangat risaukan. Maka terjadilah Showcase Raikan Ramadhan ini. adalah untuk kita sama-sama menyemai benih Ilmu demi menunaikan janji demi yang Hak dan membasmi segala yang batil. InsyaAllah..
kerana kita didunia yang serba sementara, dengan keserba-sementaraan kita disini, Rasulullah mengajak agar Umatnya menyampaikan pesan kepada mereka-mereka bahkan kepada diri kita sesama kita walau sepotong ayat sekalipun apatah lagi dengan mengamalkan Sunnah(Cara) baginda Rasulullah Sallallah alaihi wa sallam itu mendapat gandaan pahala menyerupai mereka-mereka yang mati Syahid.

yang jauh tlahpun didekatkan,
yang dekat marilah kita sama-sama rapatkan,
saf dan semangat itu satu jalinan Ukhwah yang paling tinggi untuk dibuktikan pada diri bahawa Agama Islam pasti berjemaah, dan dengan berjemaahlah kita satukan segala kesulitan diri sendiri.

mimpi ngeri buatmu sudahpun berakhir,
Dendang Anak bertandang dan memberikan berita baik buat diri-dirimu yang awal moga mengenal ya Akhir sebelum Kehidupan Dunia ini berakhir.
harapan kami semoga dengan budaya yang diraga-ragakan bersama lantunan suara serta alunan lagu yang sesebaikmana dapat kami persembahkan.
bak kata pepatah Nadhim, juru-juru kami,
"Tumbuh melata pohonan serai, hidup mengurik si pokok padi,
pemula kata pembuka tirai, fahami lirik..hayati melodi."

marilah sama-sama kita ke Medan Selera Pantai Batu Buruk, digerai No 19(Belakang kedai Nasi Ayam Yunan)
waktunya 930 malam.
kami nantikan ketibaan anda, wahai para-para insan yang dimuliakan oleh Allah taala!
bernyanyi untuk keredhaan,
berdendanglah demi Ramadhan!

ڤادوکا