Wednesday, July 28, 2010

Dendang Anak: Siapa Kami?

Kami bukanlah penghibur,
namun kami mungkin adalah alasan mengapa dijiwa-jiwamu terhibur,

kata seorang perawi yang bijaksana orangnya,
baik-baik bakanya..
maka berkatalah yang bunyinya sebegini rupanya,

"jika orang bersyarah, maka dikatakan syarahan,
jika syarahnya mempersoalkan Agama, maka Syarahan Agama-lah panggilnya,
jika sebuah seruan yang mengajak baik lakunya,
maka Dakwahlah gelarnya.."

"Dendang Anak" yang tlah termaktub daripada penulisan lama Al-Kitab Sejarah Melayu lama Sulalatus Salatin, adalah sekumpulan penyampai perkhabaran baik kepada orang ramai berlandaskan kehidupan, alam serta PenciptaNya.
Allah hu rabbil alaminlah pujaannya yang benar sebenar bicara.

Sepertimananya seorang ibu yang mendodoikan anaknya dibuaian,
dengan penuh belaian kasih sayang..
"Dendang Anak" adalah dendangan yang bertujuankan yang sama, dinyanyikan dengan irama yang berusul hampir 400 tahun lamanya,
bersama alatan tradisional dan baharu maka terzahirlah sudah irama yang dinamakan Nusantara.

Disepanjang perjalanan hampir 10 tahun lamanya sejak penubuhan semula pada era kini,
Dendang Anak bertujuan yang sama seperti yang lalu,
mengembalikan semula umat Muhammad kepada Tuhannya,
menyampaikan berita kebenaran hakikat seorang Melayu itu yang sejatinya dirinya.

demikianlah mukadimah dimulai dengan penceritaan akan yang namanya Dendang Anak.

terimalah Panggilan Gunung sebagai salam muqadimah dari kami.

Panggilan Gunung by Dendang Anak

wallahualam,

ڤادوکا

Al-Muqadimah

Asslamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh,
salam perkenalan dan muqadimah buat pengunjung Dendang Anak ke laman blog rasmi kumpulan Dendang Anak.

segala perkembangan kami berkenaan apa sahaja mengenai Dendang Anak akan diselitkan disini buat tatapan orang ramai. Perkenalkan diri hamba, Paduka. Salah sa urang utusan perwakilan dari Kumpulan Dendang Anak.

jazzakallah.

ڤادوکا