Thursday, October 28, 2010

Kembara Dendang Anak : Gadis Melayu musim ke 3 - Hari Satu dan Kedwa

Asslamualaikum wa rahmatullah hi wa barakatuh,

beberapa minggu berlalu sudah, sebaik sahaja Jlajah kami di bhumi kepulauan Negri Riau, kami pula disambut semula dengan persembahan yang juga turut dikatakan "penting" didalam taqwim tahunan bagi Negara. Hal pertama adalah persembahan kami dihadapan Menteri Besar Terengganu sendiri, didalam acara Konvensyen UMNO 2010 yang juga dihadiri oleh para orang penting yang juga kini dikenal sebagai "VIP".

Sememangnya kami selaku kalangan orang seni yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, pendapat ataupun taarifan hamba yang ringkas menerangkan tugas utama sekumpulan orang seni adalah untuk menghimpunkan kita semua didalam satu temasya yang dimana ia berguna sebagai salah satu kaedah kecil penyelesaian masaalah kita sesama kita dengan memandang seni itu satu hal yang wajar diraikan bukanlah ia diusirkan namun dihimpunkan kembali, dalam ertikata lain mudah-mudahan dapat difahami oleh para pembaca atau pengikut setya kami dengan lebih jelas bahawa dengan kehadiran kami adalah untuk menyokong mana yang baik dan menasihati yang salah didalam cara kami yang tersendiri..wallahualam.

Selesai acara demikian dengan jayanya, selang beberapa hari kemudian kami berangkat ke sebuah dewan yang letaknya di sebuah pusat membeli belah yang baharu sahaja dibuka, Mesra Mall namanya.. Kerteh tempatnya yang memakan hampir 2 jam masa perjalanan dari Kuala Terengganu.
Disana, kami diberi tanggungjawab bagi menjayakan Majlis Makan Malam sempena 15 tahun ulangtahun Ethylene, sebuah syarikat yang tlah banyak berjasa kepada Petronas yaitu juga merupakan sumber "Khazanah" negara Malaysia.

Dan setelah itu kami berangkat pula ke Selangor, disini mulanya kisah kami kali ini,
bersempena acara kemuncak "Gadis Melayu" musim ke tiga. Bertempat di dewan auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.
Rabu harinya, sesudah tiba selamatnya pagi itu kami meneruskan jalan menuju ke tempat tersebut setelah mendapat taklimat ringkas daripada Penerbit rancangan "Gadis Melayu", kami ke atas pentas dimana hari Jumaat yang menjelang ini bakal kami dipersembahkan dikhayalak ramai baik di dalam dewan ataupun menerusi kaca panggung Televisyen yang mendapat siaran TV9.
Susunan padat yang sarat dengan pengisian persembahan yang rata-ratanya berteraskan keagamaan yang banyak menyentuh perihal kemanusiaan. Pelbagai babak yang sedikit sebanyak mengusik pemikiran orang ramai didalam melihat keadaan dunia masa kini.

Bagi meringkaskan perjalanan berikut adalah lampiran gambar-gambar yang dirakam sepanjang hari pertama dan kedua.

sila tekan disini:
HARI SATU


sila tekan disini:
HARI DWA



Orang ramai dijemput hadir sama ke dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada tanggal 29 Oktober 2010. Jumaat. Jam 2030.
atau
Saksikan kami terus Siaran langsung di TV9, Pada Jam 2030. Jumaat.
lihat disini.

ڤادوکا

Gadis Melayu musim ke 3: Hari Dwa





Gadis Melayu musim ke 3: Hari Satu



Adik Mia Sara yang comel!



Putra /Ku Ayie yang bakal membuat persembahan sulungnya pada awal pembukaan acara mengiringi Puisi yang bakal dilantunkan.










Calon pe menang gelaran "Gadis Melayu musim ke-3".





Kembara Dendang Anak : Gadis Melayu musim ke 3 - Hari Pertama

Asslamualaikum wa rahmatullah hi wa barakatuh,

beberapa minggu berlalu sudah, sebaik sahaja Jlajah kami di bhumi kepulauan Negri Riau, kami pula disambut semula dengan persembahan yang juga turut dikatakan "penting" didalam taqwim tahunan bagi Negara. Hal pertama adalah persembahan kami dihadapan Menteri Besar Terengganu sendiri, didalam acara Konvensyen UMNO 2010 yang juga dihadiri oleh para orang penting yang juga kini dikenal sebagai "VIP".

Sememangnya kami selaku kalangan orang seni yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, pendapat ataupun taarifan hamba yang ringkas menerangkan tugas utama sekumpulan orang seni adalah untuk menghimpunkan kita semua didalam satu temasya yang dimana ia berguna sebagai salah satu kaedah kecil penyelesaian masaalah kita sesama kita dengan memandang seni itu satu hal yang wajar diraikan bukanlah ia diusirkan namun dihimpunkan kembali, dalam ertikata lain mudah-mudahan dapat difahami oleh para pembaca atau pengikut setya kami dengan lebih jelas bahawa dengan kehadiran kami adalah untuk menyokong mana yang baik dan menasihati yang salah didalam cara kami yang tersendiri..wallahualam.

Selesai acara demikian dengan jayanya, selang beberapa hari kemudian kami berangkat ke sebuah dewan yang letaknya di sebuah pusat membeli belah yang baharu sahaja dibuka, Mesra Mall namanya.. Kerteh tempatnya yang memakan hampir 2 jam masa perjalanan dari Kuala Terengganu.
Disana, kami diberi tanggungjawab bagi menjayakan Majlis Makan Malam sempena 15 tahun ulangtahun Ethylene, sebuah syarikat yang tlah banyak berjasa kepada Petronas yaitu juga merupakan sumber "Khazanah" negara Malaysia.

Dan setelah itu kami berangkat pula ke Selangor, dan disinilah mulanya kisah kami kali ini,
iaitu bersempena acara kemuncak "Gadis Melayu" musim ke tiga. Bertempat di dewan auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.
Rabu harinya, sesudah tiba selamatnya pagi itu kami meneruskan jalan kami menuju ke dewan auditorium tersebut setelah mendapat taklimat ringkas daripada Penerbit rancangan "Gadis Melayu", kami ke atas pentas dimana hari Jumaat yang menjelang ini bakal kami dipersembahkan dikhayalak ramai baik di dalam dewan ataupun menerusi kaca panggung Televisyen yang mendapat siaran TV9. Susunan padat yang sarat dengan pengisian persembahan yang rata-ratanya berteraskan keagamaan yang banyak menyentuh perihal kemanusiaan. Pelbagai babak yang sedikit sebanyak mengusik pemikiran orang ramai didalam melihat keadaan dunia masa kini.

Bagi meringkaskan perjalanan berikut adalah lampiran gambar-gambar yang dirakam sepanjang hari pertama dan kedua (iaitu hari ini).

HARI SATU



HARI DWA



Orang ramai dijemput hadir sama ke dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada tanggal 29 Oktober 2010. Jumaat. Jam 2030.
atau saksikan kami terus siaran langsung TV9, Pada Jam 2030. Jumaat.
ڤادوکا

Saturday, October 16, 2010

Berita Pariwisata Pelalawan.

Bupati buka pelalawan expo 2010, festival tari dan lagu daerah serta gelar muhibah seni serumpun.

lihat:

http://www.pelalawankab.go.id/index.php?action=news.detail&id_news=102

Wednesday, October 13, 2010

Jlajah Dendang Anak (Trangganu-Siak-Pelalawan) : Hari Lapan

Hari kelapan mungkin hari yang paling meletihkan,
itu fikir hamba sebelum jatuh terlena menjelang tibanya.

Seawal pagi, sekitar 0700 pagi tlah dibangunkan dan bersiap untuk ke SMA 1. Sebuah sekolah lagi terletak di sekitar daerah Pelalawan.
tidaklah begitu jauh andai hendak dibandingkan jaraknya dengan ke Sekolah Bestari Tempoh hari..
Tiba kami di sana, kelihatan anak-anak sekolah menengah atas yang begitu gembira dibawah dewan utama mereka. Senyuman merata-rata kelihatan.

Setelah Juruacara memulakan majlis dengan ucapan selamat datang,
bermulalah persembahan pertama dimana ia adalah pementasan lakonan wayang atau "theatre" oleh anak-anak SMA 1. Walaupun disebabkan oleh keadaan yang begitu meriah tidak dapat oleh hamba memahami cerita yang dipentaskan, masih menghargai sepenuh dan sangat-sangat merasakan cukup bangga dengan lakonan serta susunan jalan cerita yang tidaklah mendatar atau membosankan. Tahniah SMA 1 Pelalawan diatas persembahan yang sangat memberansangkan!..

Dendangan kami setelah selesai persembahan tersebut tlah menyemarakkan keriangan pagi itu,

Wajah, Bunga Idaman, Adik berbaju bunga,Kecintaan,Takkan Melayu Hilang Didunia dan diakhiri dengan Lautan Kasih.

Sebelum penutup masih ada satu lagi persembahan nyanyian daripada anak-anak SMA yang sungguh melucukan gara-gara melihat telatah dan gelagat masing-masing.
Selesai sesi penggambaran dan tandatangan maka kami beredar ke Lapangan dimana acara terakhir kami bakal dilangsungkan malam ini.

Apa yang lebih menarik, kami berkerjasama dengan orang-orang Kerinchi dalam menyampaikan himpunan lagu-lagu menjelang persembahan nanti. Raptai atau latihan terus menerus dijalani seawal jam 0900 pagi hingga 1200 tengah hari. Ada kerana kami perlu ke Dewan Kebudayaan Pelalawan untuk menghadiri acara Makan tengah hari dan suai kenal silaturrahimi dengan peserta lain.

Sesampai disana kami makan tengah hari, hidangan yang menyelerakan buat kami terduduk seketika kekenyangan sambil dihiburkan oleh nyanyian peserta lain. Tiba giliran kami, Pendita diputuskan untuk mewakili kami dengan menyanyikan dua buah lagu, Kasih Abadi dan Bunga Cinta. Diikuti oleh nyanyian istimewa oleh orang besar Pelalawan yang mengumumkan bahawa lagu Madu Tiga, garapan Tan Sri P Ramlee yang bakal dinyanyikan oleh beliau ditujukan kepada kami. Begitu terbukanya mereka dan begitu mesra nya hubungan diwujudkan..

Gelak tawa kami diakhiri setelah Raja Epi, selaku Event Co-Ordinator dan saudara hamba yang mulia mengumumkan penyesalan bahawa kami dan ahli kebudayaan Pelalawan terpaksa beredar ke Pentas utama untuk meneruskan latihan malam nanti.
30 minit seterusnya kami sampai di tempat dimana tugas yang belum selesai harus dilaksanakan.

Kerjasama yang diberi tanpa mengira begitu jelas kelihatan, didalam raut kesungguhan masing-masing nyata menunjukkan bahawa kami begitu inginkan yang terbaik.

Terik matahari bukan kepalang, ulang demi ulangan dibuat bagi memastikan semua berjalan lancar memaksa kami memberikan yang paling terdaya dapat disumbangkan, semua dilakukan demi untuk memartabatkan budaya Melayu dipersada seni di mata Dunia suatu hari nanti.

Jam 1630 kelihatan mempaksi pada peniti masa dipergelangan tangan Nadhim, masa untuk pulang ke pengkalan agar dapat berehat seketika dan kemudian meneruskan kerja yang terakhir kami sebelum pulang ke Trangganu.

Menjelang 1930, tiba sudah masanya untuk memberikan yang paling terbaik untuk mengukir kembali nama Dendang Anak sepertimana yang termaktub pada Salatus Salatin.
dimana Dendang Anak bersama orang Indragiri, tidak lupa juga termasuk orang-orang Kerinchi memandangkan mereka semuanya adalah dari kepulauan Riau yang berangkat bersama menuju ke Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan mereka..

2030- 3 buah persembahan dimulai, Pamuja, Pekan Baru, Semenda dari Medan. Kemudian tibalah masa bagi kami dan orang-orang Kerinci yang terdiri dari lapisan kanak-kanak,remaja, dewasa dan yang berumur. Sengaja disusun semata-mata untuk menjelaskan bahawa Dendang Anak ini tidak hanya untuk kalangan pemuda ataupun dewasa, kerana Dendang Anak sendiri adalah pejuang seni yang tiada bersempadan!..

Bathin selaku Mutakkalim utama kepada Dendang Anak memulakan persembahan dengan mengangkat sembah hormat kepada pembesar yang hadir dan juga penonton,
sebaik sahaja itu bermulalah alunan gelombang pertama...

"Ana Miskin Ana Hina, Ana Yakin Ana Hamba..
Ana takut mata Tutup, Ana tuntut maksud Hidup,

lailahailallah..lailahailallah..lailahailallah..Muhammadur Rasulullah,
Mula Dengan Tajam Fikir, Hidup Pula Dalam Fakir,
Lidah Banyakkan Berzikir, Agar Allah Singkap Tabir,
lailahailallah..lailahailallah..lailahailallah..Muhammadur Rasulullah,

Maka Sampai Alam Kabir, Baharu Tahu maksud Takdir,
Baharu Kenal maha Tadbir, Tiada Awal Tiada Akhir,
lailahailallah..lailahailallah..lailahailallah..Muhammadur Rasulullah,"

Sebagai sebuah "Nazam" yang seringkali kami lantunkan di kampung kami. Terbayang hamba ketika itu,sepertimana berada di masjid kayu buatan kami sendiri, tak berkipas, sekadar berlampukan pelita ayam, dikelilingi hutan belantara yang terpencil dahulunya, nyaman lagi aman yang amat..

Belum selesai menarik nafas, Pendita menyambung pula dengan Selawat Dhzalim, yang telahpun kami alunkan semasa lawatan ke Istana Sayap tempoh hari, yang juga terkandung pada amalan yang sering kami susuli selepas bernazam. Seketika mata hamba terbuka untuk melihat penonton malam itu, suasana sekadar terdiam dan raut wajah dibawah pentas kelihatan tergamam ada, hairan ada, pelik ada, kelu pun ada.. Pendapat hamba, terkesima..berkemungkinan pernah terdengar atau tidak pernah didengari dari mana-mana..wallahualam, namun apa yang jelas semua yang baik dari Allah taala semata-mata.

Selesai dwa perkara, kami semua duduk.
Pergendangan yang tlah disusun atur molek oleh yang Di Pertua semuanya berdentam dentum dengan rentak Inang nya bersatu dalam gabungan Drum, dwa biji Tabuh, dwa biji Rebana, Gendang Silat dan Kompang.
"Kecintaan" didendangkan atas rasa betapa syukurnya kepada Illahi diatas keizinan dan pemberianNya atas segala maksud yang senang bahkan yang sukar. Semua diatur oleh Nya berdasarkan ketentuan dan kemahuanNya.
berselang dengan Ungkapan Nadhim didalam menyampaikan muqadimah awal sebelum Puja Puji diletuskan ke udara Pelalawan. Secara terus menerus ( medley ), "Fadhilat Tersirat" masuk bertandang seketika sebelum rentak gendang disemarakkan lagi diikuti kejutan istimewa oleh orang-orang Kerinchi dengan mentera mereka,

bersambung kembali dengan laungan Bathin,
"Diangkat!.............." (selama 10 harakat pada kiraan hamba), 2 detik terhenti seketika, kemudian disambung kembali: "Seribu Darjat".."Chorus" lagu Malam Seribu Darjat hingga ke akhir lagu..

Tepukkan penonton pada waktu itu sudahpun gemuruh, walhal masih ada lagi 1 lagu yang hendak di jalinkan bersama 6 yang lain. Ditenangkan oleh Nadhim, kemudian bersambung kembali persembahan terakhir buat kami sebelum berangkat pulang.
Amanat terakhir yang Penghulu fikir dan tegaskan kepada sahabat yang lain,
agar anak Melayu tidak lupa bahawa "kita ada wawasan..iaitu wawasan akhir zaman"..
begitu rapatnya hubungan Bangsa yang mengotakan Agama didalamnya.
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" bergema bagi mengakhiri malam itu..

Namun itu sangka kami, sebaik habis lagu tersebut, Raja Epi tampil di pentas dan mengumumkan bahawa ada lagi 2 buah lagu tambahan kerana permintaan yang tinggi dari Pelalawan. Sungguh terharu rasanya dihati hamba, begitu hebatnya sambutan yang diberikan..bayangkan, jam sudah lewat 2350 namun penonton masih tidak berganjak daripada situ. Masih tetap meyakinkan diri mereka bahawa masih ada persembahan lagi sungguhpun tlah diumumkan kami yang terakhir..
Anda tanya diri anda, "Apa pengertian Budaya kepada diri anda jikalau ia BUKAN dimunafaatkan sebagai satu Raga kepada Bangsa?"

Maka yang mengakhiri malam itu adalah "Wajah Mu" dan "Janji Malam Keramat".

..sebaik ucapan terimakasih dan penghargaan dibuat bagi menutup majlis. Hamba rasa begitu lega dan sangat-sangat bersyukur diatas kejayaan yang tlah diraih bersama-sama sebagai satu anggota kumpulan.

Sebaik sahaja turun daripada pentas,
"Gelar Muhibbah Serumpun 2010, Pelalawan Baru"
sudah diisytihar usai.

Kelihatan masing-masing didatangi oleh pelbagai kalangan orang yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan Dendang Anak.

dari samar bingit meriahnya malam, terdengar soalan yang menarik corong pendengaran hamba tepat memburunya :"Siapa Dendang Anak?"
itu persoalan yang cukup meremangkan bulu roma hamba sendiri.. yang difikir bukan kami-kami ini, namun "Siapa" yang dimaksudkan dalam garapan Salatus Salatin itu yang menghantui diri hamba dalam menjawab soalan itu.

Kami bukan "Artist" atau "Pemuzik", itu sentiasa dipesan oleh yang Di Pertua Dendang Anak kepada kami..maka kami haruslah setya dengan itu agar yang disampaikan menjadi satu yang jujur atau luhur dengan izin Allah disampaikan kepada penonton sebagai sebuah persembahan yang menyatakan kebesaran atau keagungan Allah taala itu sendiri yang menciptakan kita diantara bangsa,suku,kaum yang berlainan untuk kita saling kenal mengenal akan Agama Nya yang diturunkan untuk menyusun jalan kembali semula kepadaNya..wallahualam.

Untuk hamba, hamba rasa sangat berterima kasih kepada mereka yang sudi bertandang kemari dan mereka yang sanggup tunggu hingga selesai persembahan hanya semata-mata untuk bersua seketika berbicara berkenaan Dendang Anak dan bergambar serba sedikit untuk kenang-kenangan.

Acara malam tersebut diakhiri dengan keletihan yang paling letih, seandainya hendak dibandingkan dengan hari-hari lain sepanjang jlajah kami dari Trangganu ke Melaka ke Siak kemudian ke Pelalawan.. namun kemanisan itu sangat mahal untuk dirasai, tak dijual dan tak dapat dibeli.

Pulang ke Hotel Murni, mandi dan beristirehat secukupnya kerana esok tengah hari kami dijemput ke rumah Tengku Ibrahim dan lewat tengah malamnya pula, kami bakal berangkat ke Pak Ning untuk tangguh terus menuju Melaka..

Rasanya malas sebenarnya nak pulang, masih belum puas ke sekitar perkampungan Istana Sayap yang cuma kami lawati tidak sampai satu jam. Belum kenal orang-orang kerinci dengan lebih mendalam didalam memahami cara kehidupan mereka disini bagaimana. Tambahan hamba kelmarin baharu sahaja selesai peperiksaan dipusat pengajian hamba, sehari sebelum bertungkus lumus beramai-ramai agar kita berjaya menjlajah ke sini. Fikirnya hendak berehat seketika, namun mungkin adalah masanya yang sesuai. Bukan sekarang barangkalinya..

InsyaAllah bersambung lagi..

ڤادوکا

Jlajah Dendang Anak (Trangganu-Siak-Pelalawan) : Hari Tujuh

Celik mata sudah masuk hari ke dwa di Bhumi Pelalawan,
hotel Murni kami berpengkalan bersama orang-orang Kerinchi,

jam 0630 pagi, Selesai solat,mandi dan bersarapan kami bersiap-siap untuk melaksanakan perancangan hari ini,
hal pertama,
ke Sekolah Bestari, dimana adalah sekolah yang tergabung padanya 3 peringkat: SD(Sekolah Dasar), SMP(Sekolah Menengah Pertama) dan SMA(Sekolah Menengah Atas)..

rombongan kami tiba dalam masa 30 min lebih kurangnya dari Hotel Murni.
Dipintu pejabat sekolah itu sudah didengar akan meriahnya sorak sorai anak-anak Kerinci yang sudahpun sedia maklum akan kedatangan kami. Para Istiqbal yang merai kami sungguh baik sekali, bersalam-salaman kami dengan guru serta kakitangan sekolah adalah kerana kita Melayu yang semestinya Islam.

Menuju pentas kecil didataran tengah sekolah sebaik sahaja melepasi pintu keluar pejabat, kelihatan seri warna merah,hijau dan kuning yang dipakai mewakili setiap peringkat begitu gemilang bertaburan disetiap pelusuk sekolah diiringi tepukkan beratus ribunya telapak tangan..

Juru acara sekolah pada membuka majlis dengan salam takzim dan rasa syukur mereka kepada kesudian kami "anak Dendang Anak dari Trangganu" katanya, diikuti cerita serba sedikit kisah sekolah mereka dan usaha mereka terhadap menghargai seni budaya Melayu. Selesai itu, kami dijemput ke Pentas bagi membuat sepatah dwa kata kemudian memulakan persembahan.

Nadhim selaku juru-juru menyalakan cahya salam penuh kasih kami memancar kepada semua. Dengan beberapa selingat teka teki dan lawak jenakanya, maka Gema Takbir didendangkan terlebih dahulu, Kecintaan memenuhi ruang sekolah, Nilai Dunia yang rancak namun bersulamkan nasihat halus dan peringatan kepada pendengar dinyanyikan oleh Nadhim sendiri dengan gayanya yang serba lucu..
dari atas pentas, kelihatan "gedikkan" kaki semakin rancak yang mungkin tidak tahan untuk berjoget bilamana Bunga Idaman yang berentak joget di dendangkan.
Seperti satu kewajiban atau lagu "tema" kami pada kedatangan kami ke Indonesia kali ini, Takkan Melayu Hilang didunia dilantunkan oleh Bathin.

Maka keraian kami bersambung lagi dengan persembahan daripada anak-anak sekolah itu, Nasyid jenis "Accapella" dinyanyikan oleh 6 orang pemuda merdu suaranya berselang seli dengan pantun yang seperti ala "hip-hop" menjelaskan pesanan yang berbaur ketuhanan.

Sedang persembahan Nasyid para muslimah-muslimah sekolah berlangsung, Nadhim sudah pun dikerumuni oleh ramai peminat cilik yang begitu bermohon untuk ditandatangani, kemudian yang lainnya. Hamba yang pada mulanya cuba melarikan diri dari keadaan tersebut dengan sengaja mengambil gambar daripada jauh akhirnya terperangkap juga.

Selesai persembahan, hamba dipertanggungjawab untuk menyerahkan cenderamata daripada kami kepada pihak-pihak yang terlibat, Menteri Pendidikan, Pelancongan, Guru Besar, Guru-guru selainnya dan Kakitangan. Justeru selesai itu, kami dikerumuni lagi oleh peminat-peminat cilik yang begitu ramainya. Akhirnya terlesai sudah satu hal di sekolah, alhamdulillah.

Jam 1400, keadaan panas terik menjelang petang tidak menghalang kami untuk ke lapangan untuk langsungkan Uji Swara dan Uji Bunyi. Erdi merangkap pemilik alatan jentera bunyi sepanjang bermulanya acara tersebut memainkan peranan serta kerjasama yang begitu baik didalam menjayakan acara malam tersebut.
Nilai murni rendah dirinya yang tiadalah berlagak diatas apaa adanya itu memudahkan kami bertukar pandangan pada keperluan kami bagi menyamai fikir bersama agar menjadi yang terbaik. Selesai 1630 waktu Indonesia Barat, yang terang semakin gelap, kemudian langsung sahaja kami berangkat pulang untuk makan,istirehat sambil menantikan waktu keberangkatan nya semula.

Setelah diberi sepatah dwa kata amanat atau "zehen" dari Yang Di Pertua Dendang Anak 10 minit sebelum pergi, kamipun bersiap naik dengan kenderaan yang disediakan.
Kami teruskan perjalanan ke lapangan dimana inilah Medan tempur kita untuk memecahkan dinding-dinding pemisah antara rakyat dengan rakyat yang ada padanya yang berlainan suku dari bangsa Melayu.

Hitam tengkoloknya, putih bajunya, hitam samping berserta celana yang dipakai buat malam itu. Sekali sekala hamba kira, inilah Panji atau Bendera Trangganu. Dibawa jauh dari satu Negeri keluar dari Negara kepada sebuah Negara ke sebuah Negeri, akhirnya bertapak di sebuah Daerah, Pekan Tua namaanya dahulu kemudian Pelalawan kini kita dikenali olehnya.

Bismillahi ar rahman ar rahim maka bermulalah acara malam itu dengan seloroh juru-juru mereka yang terkenal sebagai "Emcee El" dengan lawak jenakanya yang bernafaskan nasihat.

Maka tibalah saat yang dinantikan setelah beberapa persembahan tarian dari kumpulan yang dijemput sebelumnya, pada fikir hamba, untuk malam ini. Kami sebagai Dendang Anak daripada Terengganu bakal menempa nama yang bakal mengembangkan paras fikiran masyarakat setempat pada sejarah sebenar dan dimana kita sekarang. Atau dalam ertikata yang lain, mengembalikan semula apa yang tlah di sulitkan.

Malam itu jadi meriah,
Ulek Mayang dimulakan atas permintaan khas daripada Tengku Ibrahim yang sejak dari mula begitu minat dengan lagu yang begitu mencerminkan diri Terengganu itu..
Disambung dengan Takkan Melayu Hilang Didunia,
Gabungan Antara Dua Benua sebelum dendangan terakhir, Janji Malam Keramat.
4 buah lagu selesai dipersembahkan Alhamdulillah.
Tamat Malam itu sekitar jam 2330 maka berangkat pulanglah ke Pengkalan Kerinchi.

insyaAllah bersambung....

ڤادوکا

Sunday, October 10, 2010

Riaupos.com :: Berita - Dendang Anak asal Trengganu Pukau Penonton

Riaupos.com :: Berita - Dendang Anak asal Trengganu Pukau Penonton

Menjelang hari Enam : Jejak Bhumi Pelalawan

Pelalawan..Nama yang penuh dengan persoalan darimana dapatnya gelarnya. 3 jam perjalanan daripada Siak. Sebuah Kabupaten (Daerah) yang letak agak didalam pedalaman, perjalanan yang bermula setelah perkenalan ringkas dibuat oleh Raja Epi diantara hamba, ahli-ahli Dendang Anak dengan pihak urusetia Pelalawan yang bakal membantu dan membawa kami ke sana. Dihadapan rumah penginapan Harmonis, Siak menjadi saksi pertemuan itu. Sungguhpun bualan "basa-basi" kami terpaksa diringkaskan demi mengejar masa perjalanan dari Siak menjejak bhumi Pelalawan.

Ketika meninggalkan Siak, hati hamba terasa pasrah juga adi kerana pengalaman dan kenangan manis yang tlah dikongsikan bersama. Suasana yang begitu tenteram tatkala malam menjelang tiba begitu membuatkan hamba tenang seketika. Kalau ndak diadakan di Kuala Terengganu suasana begitu, bertuah lah.. lihat sahajalah berapa jumlah manusia yang berkuda api sekarang yang tak puas-puas me "rempit" bila malam bertandang.

Hamba jadi terfikir, kemudian hamba menyuakan soalan kepada supir kami, Totok nama mesranya. Bilamana ditanya serba sedikit berkenaan Pelalawan, jawapan diaju begitu membantu hamba mengambarkan jelas keadaannya dan bagaimana penubuhannya yang pernah diceritakan bahawa ia bermula sejak ada berlaku sedikit persaingan diantara seorang penguasa dengan penguasa yang lain, yang masing-masing ketika itu dikatakan begitu bergiat untuk "tunjuk hebat"..

Sebelum nama Pelalawan diisytiharkan, ia dinamai Kerajaan Pekan Tua (1380-1505).
Ada yang berpendapat ianya dibangun didaerah bernama Permatang Tuo.
Raja pertama Pekan Tua, Maharaja Indera (1340-1420). Adalah bekas orang besar kerajaan Temasik (Singapura) setelah dikalahkan oleh Majapahit dipenghujung abad XIV.
Sedangkan raja Temasik terakhir yang bernama Permaisura ( Prameswara )mengundurkan dirinya ketanah semenanjung,dan mendirikan kerajaan Melaka.

Maharaja indera (1380-1420) membangun kerajaan Pekantua di Sungai Pekantua (anak sungai Kampar,sekarang termasuk desa Tolam,Kacamatan Pelalawan,kabupaten Pelalawan ) pada tempat bernama “Pematang Tuo”dan kerajaan nya di namakan “Pekantua”. Setelah Maharaja Indera, kerajaan Pekantua di pimpin oleh Maharaja Pura (91420-1445 M) dan Maharaja Jaya (1480-1505 M).
Kerajaan malaka pada masa pemerintahan Sultan Mansor Shah (1459-1477 M) menyerang kerajaan Pekantua,dan kerajaan pekantua dapat di kalahkan. Selanjutnya adalah Sultan Mansor Shah (1505-1511 M) ditabal sebagai Sultan Pekantua. Pada upacara penabalan, di umumkan bahwa Kerajaan Pekantua berubah nama menjadi “ Kerajaan Pekantua Kampar “.
Setelah Munawar Shah Mangkat, di angkatlah Puteranya Raja Abdullah, Menjadi Raja Pekantua Kampar (1511-1515 M). Di Melaka, Sultan Mansyur Mangkat, di gantikan oleh Sultan Mahmud Shah I. Pada masa inilah Kerajaan Melaka diserang dan dikalahkan oleh Portugis ( 1511 M ). Sultan Mahmud Syah I mengundurkan dirinya sekitar tahun 1526 M sampai ke Pekantua Kampar.
Raja Abdullah ( 1511-1515 M ), yang turut membantu melawan Portugis akhirnya ditangkap dan di buang ke Goa. Oleh karena itulah, Ketika Sultan Mahmud Shah I sampai di pekantua (1526 M ) langsung dinobatkan menjadi Raja Pekantua Kampar (1526-1528 M ) dan ketika beliau mangkat diberi gelar “Marhum Kampar” yang makamnya terletak di Pekantua Kampar.

Sultan Mahmud Shah I mangkat digantikan oleh puteranya dari isterinya Tun Fatimah, yang bernama Raja Ali, bergelar “Sultan Alauddin Riayat Shah II “. Tidak lama kemudian, beliau meninggalkan Pekantua ke Tanah Semananjung mendirikan Negeri Kuala Johor, beliau dianggap pendiri Kerajaan Johor. Sebelum meninggalkan Pekan Tua, beliau menunjuk dan mengangkat Mangkubumi Pekan Tua (1530-1551 M ) yang bernama Tun Perkasa dengan Gelar “Raja muda Tun Perkasa “. Selanjutnya kerajaan Pekantua Kampar diperintah oleh Tun Hitam (1551-1575 M), lalu Tun Megat (1575-1590 M).

Ketika kerajaan Johor dipimpin oleh Sultan Abdul Jalil Shah (cucu Sultan Alauddin Riayat Shah II, Raja Pekantua Kampar), Tun Megat dikerajaan Pekan Tua Kampar untuk menjadi Raja. Sultan Abdul Jalil Shah mengabulkan permintaan Tun Megat, lalu mengirimkan salah seorang keluarga dekatnya yang bernama Raja Abdur Rahman untuk menjadi Raja Pekan Tua Kampar. Sekitar tahun 1590 M, Raja Abdurrahman dinobatkan menjadi Raja Pekan Tua Kampar dengan gelar “Maharaja Dinda” (1590-1630 M). selanjutnya, beliau memindahkan pusat kerajaan Pekan Tua Kampar dari Pekan Tua(Pematang Tuo) ke Bandar Tolam (Sekarang menjadi Desa Tolam, Kacamatan Pelalawan).
Ketika Maharaja Wangsa Jaya (1686-1691 M) mangkat digantikan oleh Putranya Maharaja Muda Lela (1691-1720 M), yang kemudian digantikan oleh putranya Maharaja Dinda II (1720-1750 M). pada masa Maharaja Dinda II sekitar tahun 1725 M terjadi pemindahan pusat Kerajaan Pekan Tua Kampar ke Sungai Rasau, salah satu anak sungai Kampar, dan nama kerajaan “ Pekan Tua Kampar “ diganti menjadi kerajaan “PELALAWAN”.

Didalam upacara itu, gelar beliau yang semula Maharaja Dinda II di sempurnakan menjadi Maharaja Dinda Perkasa atau disebut Maharaja Lela Dipati. Setelah beliau mangkat, digantikan oleh puteranya Maharaja Lela Bungsu (1750-1775 M), yang berhasil membuat kerajaan Pelalawan semakin berkembang pesat karena membuat hubungan dagang dengan daerah sekitarnya.

Ramainya Perdagangan dikawasan ini antara lain disebabkan oleh terjadinya kemelut di Johor. Setelah Sultan Mahmud Shah II di Kerajaan Johor mangkat, arus perdagangan beralih je kawasan Pesisir Sumatera bagian timur. Sultan Mahmud Shah II mangkat di bunuh oleh Laksemana Megat Srirama yang tidak berputera, maka penggantinya diangkat Bendahra Tun Habib menjadi Raja Johor yang bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Tak lama dating Raja Kecil yang menuntut Tahta Johor, karena beliau mengaku sebagai Putra Sultan Mahmud Shah II dengan istrinya yang bernama Encik Pong.

Mengenai Raja Kecil ini terdapat berbagai dalil yang berlainan, ada yang mengakuinya sebagai putra Sultan Mahmud Shah II dan ada yang menolaknya. Tetapi para pencatat sejarah dan salahsilah di Kerajaan Siak dan Pelalawan tetap mengakuinya bahwa beliau adalah putra Sultan Mahmud Shah II.
Raja Kecil menduduki tahkta Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmad Shah. Tetapi kemudian terjadi pertikaian dengan iparnya, Raja Sulaiman, putra Sultan dan bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-1760 M). sedangkan Raja Kecil yang menduduki tahkta Johor sebelumnya(1717-1722 M) mengundurkan dirinya ke Siak, kemudian membuat Negeri di Buatan. Inilah awal berdirinya kerajaan Siak Sri Indrapura, Raja Kecil memerintah Siak tahun (17722-1746 M).

Kerajaan Pelalawan yang telah melepaskan diri dari ikatan Kerajaan Johor, diserang oleh Kerajaan Siak pada masa Sultan Syarif Ali (1784-1811 M). serangan yang dipimpin oleh Said Abdurrahman, adik Sultan Syarif Ali dapat menaklukkan kerajaan Pelalawan. Sultan Said Abdur Rahman melakukan ikatan persaudaraan yang disebut “Begito” (pengakuan bersaudara dunia akhirat) dengan Maharaja Lela II, Raja Pelalawan pada saat itu.
Said Abdur Rahman kemudian dinobatkan menjadi Raja Pelalawan dengan gelar Sultan Syarif Abdur Rahman Fakhruddin (1798-1822 M). sejak itu kerajaan Pelalawan diperintah oleh raja-raja keturunan Said Abdurrahman, titisan dari Syarif Ali Sultan Siak, sampai kepada Raja Pelalawan terakhir.
Syarif Abdurrahman (1798-1822 M)
Syarif Hasyim (1822-1828 M)
Syarif Ismail (1828-1844 M)
Syarif Ismail (1844-1866 M)
Syarif Ja’afar (1866-1872 M)
Syarif Abubakar (1872-1886 M)
Tengku Sontol Said Ali (1886-1892 M)
Syarif Hasyim II (1892-1930 M)
Tengku Said Osman (Pemangku Sultan) (1930-1941 M)
Syarif Harun (1941-1946 M)
Pada saat kemerdekaan Republik Indonesia, Tengku Said Harun bersama orang besar Kerajaan Pelalawan menyampaikan pernyataan Taat Setia dan Bersatu dalam Negara Republik Indonesia yaitu pada tanggal 20 Oktober 1945. Setelah mangkat, atas jasa-jasanya Beliau diberi gelar “Marhum Setia Negara”.
Begitulah serba sedikit kisah nya yang diketahui dan diambil daripada petikan bertulis yang disediakan oleh pihak Pariwisata(Pelancongan) mereka.

Perjalanan kami terhenti seketika di sebuah persimpangan yang digelar Desa Simpang Perak Jaya kalau tidak silap hamba, disitu hamba melihat lambang kebesaran Pelalawan (akan hamba upload sebaik pulang ke Terengganu insyaAllah).
Kemudian kami singgah pula di sebuah kedai makan Soto dipesisiran jalan yang berdebu, dikelilingi oleh perkampungan yang sangat sederhana didalam hutan yang penuh dengan pokok kelapa sawit (semacam "felda" di Johor teringat hamba). Yang menarik mengenai kedai tersebut adalah Sotonya yang dikatakan begitu lazat dan menggiurkan, setelah sabar menanti dan sungguh penantian itu tidak sesekali disia-siakan. Ibu atau Mak Cik pemilik kedai tersebut terkesima pada melihat begitu ramailah rombongan kami seramai 25 orang kesemuanya termasuk setyausaha pihak Pelalawan.. Dalam pemerhatian tajam, sekali sekala seperti sudah mengerti bahawa Ibu sedang menahan rasa harunya jauh didalam lubuk jiwanya.. Sebaik sahaja kami menyatakan hasrat untuk teruskan perjalanan, baharulah jelas terluah segalanya..

Menangis kerana tidak begitu menyangka akan rezekinya yang datang melimpah secara tiba-tiba.. Demi rasa untuk mengabadikan kenangan itu bersama, maka hamba mengajak semua bergambar sama-sama yang akan hamba susuli nanti.

Perjalanan kami terhenti lagi buat kali ketiga, namun kali ini adalah hal yang sengaja dirancang oleh Raja Epi sendiri. Pada mulanya hamba fikir, tempat yang sedang kami lalui inilah Pelalawan maka hamba mencarilah dimana iklan Gelar Seni Serumpun yang dikatakan itu. Tapi tak ada, yang ada cumanya rumah-rumah kayu dibina diatas permukaan air dihiasi dengan sampan-sampan. Seperti tempat yang sering hamba kunjungi didalam mimpi.

Ternyata dihadapan kami adalah Istana Sayap!

Sebaik turunnya dari kenderaan, yang Dipertua Dendang Anak memeluk Raja Epi tanda begitu gembira atas kejutannya. Kerana yang Dipertua sendiri pernah kesini tahun lepas dan jua pernah menceritakan kepada kami hasrat beliau untuk membawa kami kesini.
Alhamdulillahirabbil alamin. Perasaan hamba kandung sendiri seperti balik kampung sendiri.

berkenaan Istana Sayap bakal hamba teliti kembali pada perkhabaran akan datang dengan lampiran gambar namun secara ringkasannya, Istana Sayap ini telah dibina oleh Sultan- Sultan Pelalawan hinggalah kepada Tengku Sontol Said Ali (1886 1892 M) ke Sultan Sharif Hashim II (1892 1930M) yang menyiapkannya pada 1896 M..

boleh sahaja anda meng "google" nya di internet jikalau terlalu lama untuk menunggu perkhabaran dari hamba. Pada yang setya menunggu, adalah diharapkan agar bersabar..
insyaAllah.

babak yang menarik ketika didalam Istana tersebut adalah pembacaan Nazam dan Salawat Dzalim yang dinamai oleh kami yang juga kami percaya datang daripada Pembawa agama usul di seluruh Nusantara ini..iaitu tidak lain adalah Syarif Muhammad Al-Baghdadi @ Tok Ayah yang dimakamkan di tempat kami di Hulu Terengganu, Kuala Berang, Jenagor namanya. Beliaulah yang mengislamkan Merah Silu hingga ditabalkan sebagai Sultan Malikul Saleh dan yang paling nyata, beliaulah yang menulis sendiri catatan batu bersurat yang kini berada di Muzium Negeri Terengganu.

Jika tidak salah bagi hamba untuk memperkatakan adalah ini Salawat yang tlah dibacakan sejak beratus dahulu dan syukur alhamdulillah, kami telah berjaya menghidupkannya kembali disini, dimana Salawat itu digema gemilangkan.

Apapun kami terpaksa tangguh bagi meneruskan perjalanan kami terus ke kota Pelalawan. 2 jam seterusnya maka sampailah kami di penginapan kami, Hotel Murni.
Penat itu bukanlah kepalang, namun begitu terimbas lagi ingatan hamba seawal 2 tahun sebelum waktu kami menjelajah dari Siak ke Indragiri, ternyata kami pernah singgah di sini!.. Selesai maghrib, kami dibawa ke Lapangan iaitu tapak dimana acara terakhir jelajah kami kali ini berpasak.

Keadaan ketika itu sungguh sibuk, ramailah rakyat Pelalawan yang hadir baik yang membeli ataupun yang datang dari jauh pedalaman semata-mata untuk menghargai seni budaya nya.. Tidak kiralah dengan apa jua jenis keadaan atau cara, fikirnya janji sampai. Itulah yang hamba perhatikan disekitar malam itu.. Disambut mesra oleh masyarakatnya dengan makanan didalam kotak, duduk dibawah tapak yang tersedia setentang dengan pentas utama dan amat sesuailah untuk kami bermesyuarat agar perancangan seterusnya bagi meninggalkan "Bom!" katanya Raja Epi.

Gelagat Juruacara yang digelar "MC L"(harap diperbetulkan sekiranya silap) tidak kurang gilanya seperti juru-juru Dendang Anak, Nadhim. Berbagai lawak dan seloroh yang senonoh dihiburkan. Didalam keadaan yang tidak semena-mena, tiba-tiba sahaja ucapan selamat datang yang mesra diucapkan dan begitu juga nama Nadhim di sebut. Ketawa kami, entah bila lah si Nadhim ni pergi jumpa juruacara itu padahal kami semua baharu sahaja sampai ataupun si Nadhim dah senyap-senyap pergi perkenalkan diri kepada juruacara tu kot. Berbagai persoalan timbul didalam benak kepala, namun semuanya jenaka, kerana Nadhim adalah orangnya yang sangat lucu dan menghiburkan.

Selesai acara malam itu kami pulang dan beristirehat di kamar penginapan. Tidurnya awal, namun hingga sekarang hamba sendiri masih belum terlena lagi. Difikir mana warnet-nya(cyber cafe) agarnya catitan ini tidak ditunggu-tunggu oleh mereka yang setya, sambil menaip serba sedikit kisah kami yang tidaklah seberapanya.

Diatas maksud semua ini, rasa hamba sememangnya Pelalawan yang merupakan lawatan pertama kali kami ini menjanjikan seribu satu kemanisan pengalaman dialam menjejak usul diri demi mengkhabarkan bahawa adat itu tidaklah membosankan, budaya itu tidaklah menjaggalkan, bahasa tidaklah menyempadankan, kerana pada semua yang ada pada yang namanya Bangsa Melayu.. Kita lahir dari Agama, demi Agama, atas nama Allah makanya kita sering diingatkan pada syair-pantun-puisi-gurindam-nazam bahawa Muhammad itu pesuruhNya yang terakhir daripada 25 kekasihnya.

akhirkata buat hamba,
"Jadilah rakyat Mashrik kalau benar setya olehmu menunggu tibanya Maghrib.."
pantulkan ia kepada diri kita, siapa kita dan apa benar Maghrib itu sudah daripada kita berada diatas ketaatan sang sajaddah ataupun tidak? Ibu pernah pesan kepada kita, usah bermain tatkala Maghrib tiba, banyak Setan katanya.. adakah kita pembenar kata ibu atau mungkin ibu yang belot pada katanya?

wallahualam..

jejak kami bakal diteruskan, jika ada nyawa itu diizinkan untuk esok.

ڤادوکا

Jlajah Dendang Anak (Trangganu-Siak-Pelalawan) : Hari Lima

Siak Bermadah indah pada malam penuh rahmat, sempurna sudah pada pengisian acara yang begitu padat dengan persembahan undangan istimewa khas dari Jakarta, pemenang acara “Dangdut Mania”..yang cukup terkenal dengan nama “Ela Latah”.. tanggapan pertama yang buat kami tertanya-tanya adalah dengan gelar “latah” itu..tidak lama setelah perasmian dibuat oleh bapak bupati Siak (ketua daerah), Arwin AS dan Isteri..baharulah persoalan tadi itu dijawab, setelah langit dipenuhi corak bunga-bunga api..secara tidak sedar, letupan demi letupan tlah menyebabkan Ela melatah-latah dari kerusi vip nya dan membuatkan orang ramai yang disitu ketawa diatas gelagatnya yang sangat jujur..

Seawal tiba, dengan pertandingan (ataupun disini, lebih selesa dikenali sebagai “lomba”).. Pelbagai jenis pertandingan tlah dilaksanakan jayanya dengan penyertaan 14 wakil Kacamatan(Mukim) atau pelbagai jenis kegiatan seperti lomba lawak,syair,berzanji,marhaban,tari serampang 12, senandung menidurkan anak,bujang & dara,berbalas pantun, lagu melayu putra, zapin tradisional, rebana, nasyid, tari kreasi, Melayu Siak Putri...

Dan begitulah sengajanya diadakan seperti hari Sukan, atas perkiraan markah bergantung kepada jumlah Piala Emas, Perak dan Gangsa atas maksud ingin menjemput anak bangsa sentiasa memperkembangkan seni budaya mereka sendiri, baikpun dari tarian, bahasa, susunan lagu, garapan lirik, syair, nukilan puisi, gurindam dan sebagainya…dan yang paling penting disini ada tersedia sudah sebuah tempat atau tumpuan bagi anak seni berkarya atau berlajar atas fakir kesinambungan.

Malam Rabu, Tanggal 6 hari bulan 10 tahun 2010,

1930 waktu Indonesia Barat bermulalah acara penutupan Festival Siak Bermadah 2010. Salam Muqadimah dari Juruacara dan doa dibentang atas tanda serah syukur mereka didalam mengharapkan keredhaan Ilahi.
Orkestra Musisi Siak Sri Indrapura memainkan lagu Rasmi Siak diikuti lagu Tudung Periuk yang turut menyelitkan “Dendang Anak dari seberang…” sebagai satu tanda penghargaan mereka diatas kehadiran kami disana. Alhamdulillah..
Menyusuli adalah istiadat mengarak pengantin mengiringi ke Pentas Panggung Siak Bermadah ucapan mesra dan penuh hormat kepada yang menghadiri dan turut menjayakan program tersebut diatas pengharapan agar pertalian antara Dendang Anak,Terengganu dapat diteruskan pada masa akan datang….

Tibalah masanya selepas 4 nyanyian lagu Ela Latah, Dendang Anak tampil dengan 2 buah lagu, Tak Melayu Hilang Didunia diikuti Janji Malam Keramat.. Suasana malam itu begitu meriah dan gemilang. Syukur semua berjalan baik atas izinNya..maka berakhirlah sudah acara malam itu.

Khamis pagi, 7 hari bulan 10 tahun 2010,
730 adalah termaktub padanya hari perpisahan buat sementara antara Dendang Anak dan bumi Siak.
Tengku Muhaslida dan Semua yang begitu bersungguh-sungguh membantu kami sepanjang keberadaan kami disini, beribu ucapan terimakasih diucapkan. InsyaAllah panjang umur bersua lagi. Amin!

ڤادوکا

Tuesday, October 5, 2010

Jlajah Dendang Anak (Trangganu-Siak-Pelalawan) : Hari Empat

Pagi hari sudah terbangun awal oleh hamba, walaupun badan terasa masih lesu lagi namun mata sudah tidak boleh dipejamkan lagi.. cemburu melihat sahabat yang selainnya beradu. akhirnya hamba berputus untuk mengarangkan catitan hari sebelumnya bagi tujuan perkongsian kita semua dalam jlajah memartabatkan bangsa sebagai satu kota kepada agama.

Hari ini ada satu hal yang paling istimewa buat hamba, bagi diri hamba, ia adalah satu dalil mengapa nama Dendang Anak itu perlu "Anak" yang didendangkan. Orang sering bertanya kepada diri hamba, kenapa Dendang Anak? bukan Dendang Ayah, Ibu, Adik, Abang atau Kakak?
mengingatkan hamba pada jawapan yang pernah dijawab oleh Yang Dipertua Dendang Anak waktu tahun 2008, World Music Festival, di Pulau Pinang bilamana sidang akhbar menanyakan soalan yang sama. Jawapan beliau ringkas, "because we are the children of the world"(adalah kerana kita adalah anak kepada Dunia)..
huraiannya penuh makna, baik yang tersirat atau yang tersurat..
Perancangan untuk mengadakan sedikit majlis di Sekolah disini ditunaikan, terima kasih diucap kepada Pak Abdullah Qahar, Pengetua atau Bapak Kepala Sekolah Dasar N02.
Pagi hari tlah datang beliau dikamar hamba, dan menceritakan serba sedikit tentang sekolahnya itu. Dan usaha utama beliau adalah untuk membiayai anak-anak yang susah agar mendapat pembelajaran dan layanan yang sama sepertimana yang selainnya.

"Utamanya adalah seni dan budaya. Itu harus dinaikkan tinggi. Biar apapun itu keutamaan kami."

sambung beliau, terharu pun ada memeluk dada tatkala mendengar kata-kata beliau.
Dan yang menariknya adalah cara pembelajaran muzik mereka tidak lagi bermula dengan baluk namun chords dan apa didengari.. Disitu datangnya persamaan kami. Kerana kami fikir, muzik layak lahir dari hati. Kamu dengarkan alunan itu, layankan ia, dan lantunkan ia sepertimana kamu menunaikan hak hati itu. Kemudian suarakan apa yang selama ini dikeluhkan baik yang gembira ataupun yang hiba. Tetap muzik itu menjadi suatu kejadian yang tidak berbentuk namun dirasai sedalam-dalam mana ia diterima.

Tiba disekolah tersebut, berpuluh-puluh anak-anak sekolah rendah berpusu-pusu mengerumuni bas sebelum kami turun, dan dileraikan oleh guru-gurunya untuk memberi laluan kami ke pentas kecilnya..

Kami dirai dengan 2 persembahan pembukaan oleh anak sekolah tersebut, persembahan pertama adalah lantunan syair berkenaan Sejarah Siak. Sungguh merdu, hamba sendiri terkedu tidak dikecualikan oleh sahabat-sahabat yang lain pada raut wajah masing-masing.. Sangat mendayu-dayu dan mengulik perasaan.
Persembahan kedua adalah dari seorang adik ini, darjah 3 yang sudah pandai bermain guitar sepertimana orang dewasa bermain diikuti dengan nyanyian..
tiba giliran kami dibuka oleh Nadhim selaku juru-juru atau tukang karut kita bersama lawak "Nasi apa yang tak boleh dimakan?"..dan jawabnya sendiri "Nasihat"..
menggamatkan suasana dengan hilai tawa anak-anak kecil disitu.

Gema Takbir bergema lagi,diikuti Adik Berbaju Bunga, Kecintaan, Nilai Dunia yang dinyanyikan oleh Nadhim sendiri, Bunga Idaman dan Lautan Kasih sebagai penutup atas dasar harapan kami untuk terus menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara kita semua.

selesai itu maka kami bergambar pula, diikuti dengan salam-bersalaman dengan kanak-kanak sekolah dan juga guru-gurunya sebelum kami lanjutkan perjalanan ke Pentas Utama untuk ujian suara dan bunyi juga sedikit latihan bagi acara malamnya.
Setelah lengkap semuanya disebelah petang, kami pulang untuk bersiap mandi dan makan sementara menunggu acara bermula.

1930 jam kami terus bergerak dengan bus ke Pentas, kerana pada malam ini kami tampil untuk acara pembukaan, diikuti lomba(pertandingan) syair, tarian dan nyanyian.

2130 jam ketibaan Orang Besar Siak, Yang Dipertua Dendang Anak naik ke pentas mengiringi. Ucapan dari Orang Besar Siak memberikan sedikit "sentapan" atau "kejutan" kepada rakyatnya, didalam ucapan beliau ada berkata:
"....Dendang Anak dari negeri Terengganu Darul Iman dan Siak adalah SAHABAT, oleh kerana sebenarnya menurut sejarah Makam Sultan Siak ke-6 dari 10 yang bermakamkan di Dungun, Terengganu."

..menunjukkan bahawa hubungan diantara Riau telahpun terjalin kuat bermula sejak dari zaman dahulu yang bernama Sultan Yahya Siak yang ditempatkan di Kampung Che Lijah, Dungun sebagai makam terakhir baginda.(boleh dilihat: )

hmm..pendapat anda, bagaimana didalam menelaah catitan hamba yang kurang seberapa ini? sedar atau tidak sebenarnya dengan sekadar berseni pun sudah cukup membuat kita makin berminat untuk menyusuli sejarah.
untuk bahan fikir bersama, adakah benar dengan hanya berbalas pantun sahaja dapat menolak perbalahan atau perperangan?..insyaAllah bakal menyusuli catitan hari ke lima.

ڤادوکا

Jlajah Dendang Anak (Trangganu-Siak-Pelalawan) : Hari Tiga

hari ketiga,
berehat dah pun direhatkan secukupnya, namun tugas perlaksanaan kerja itu masih jauh dari untuk diperkatakan siap.. Bas Pariwisata Siak datang pada tengah hari untuk menjemput kami bagi tujuan persiapan ujian swara dan bunyi di Pentas utama atau Lapangan temasya dimana acara "Siak Bermadah 2010" beraksi.

30 minit kemudian siap semuanya, beberapa buah lagu didendangkan untuk perlarasan swara yang seimbang, begitu mudah andai ndak dibandingkan cara kerja mereka dengan kebiasaan cara kerja kita di tempat kita. Yang selalunya bermacam-macam ragam dan beralasan, itupun menurut pandangan hamba secara peribadi lah.. Andai nak dibanding sudut kemampuan, kita jauh lebih mampu membikin ia agar jadi, tapi yang menghampakan selalunya yang berlaku sebaliknya. Namun disini, mereka kurang mampu disebabkan oleh prihal keewangan namun kesungguhan sememangnya yang terbaik. Peristiwa 2 tahun lalu mendalilkan kesungguhan mereka, walaupun hanya kerana 4 biji microphone yang tak cukup, mereka sanggup hubungi syarikat lain(yang juga memakan masa 1 jam perjalanan dari situ) untuk mendapatkan tambahannya demi yang terbaik mutunya.

Kami tangguh dari pentas utama untuk makan tengah hari dan bersiap bagi menunggu acara malam harinya.

1930 Kami berkumpul mengadap Yang Dipertua Dendang Anak bagi mendapatkan ucapan amanat yang berbaur semangat perlu dijaga dan apa perlu diperlihara oleh kami setiba kami disana nanti. Lagu turut dimesyuaratkan dan kami langsung ke Pentas Utama.

Seperti sebelumnya, suasana di kawasan acara begitu meriah, berwarna warni pakai cantiknya dan begitu indah udara malam Siak sri Inderapura. Penduduk serata Kabupaten(Daerah) turun ke padang untuk bersama-sama menyambut Festival Siak Bermadah 2010. Kami terus bergegas ke Pentas utama bagi upacara pembukaan.

Gema Takbir bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang semakin berakhir, Baqawali yang bersesuaian dengan udara malam itu, Malam Seribu Darjat berkumandang untuk pembukaan bersama nafas anak-anak Melayu di bumi yang sarat dengan budaya. Bersahut-sahutan tepukan dan sorakkan sebelum dan selepas persembahan.

sejam kemudian di babak pertengahan, Kecintaan dan Melayu Sejati menyusuli pula bagi merancakkan lagi degupan jantung acara malam itu.

bagi penutup malam, kami tampil buat kali ke tiganya dengan Bunga Idaman dan Puja Puji..

maka dengan itu selesai sudah acara malam itu. Masih ada 2 hari untuk persembahan.

bakal menyusuli insyaAllah.
ڤادوکا

Jlajah Dendang Anak (Trangganu-Siak-Pelalawan) : Hari Dua

Setibanya kami di Pak Neng, kami disambut mesra oleh saudara Ali, setyausaha kami sepanjang keberadaan di Siak. Orang kampung Pak Neng ramai memenuhi tepi jalan dengan pelbagai jenis rupa raut wajah yang penuh dengan pertanyaan.."Siapalah lelaki-lelaki yang berambut "gondrong" ini semua?", "apa makna hadir mereka ini semua?" dan sebagainya mungkin yang selalu menggangu pemikiran masyarakat yang pernah bertembung dengan kami sebagai Dendang Anak.. dan tidak lupa juga pada kali pertama pengenalan hamba dengan Raja Epi waktu persembahan kami di Pesta Gendang Nusantara 2008, bertempat di Melaka. Yang juga berfikiran yang sama seperti yang dinyatakan tadi, juga pernah memesan kepada rombongannya agar jangan mendekati kumpulan "gondrong" itu.. akhirnya setelah persembahan, beliaulah orang pertama yang datang kepada kami memohon maaf atas sangka beliau dan tidak lupa juga, beliaulah orang yang menjemput dan mengusahakan kami untuk ke Siak. Dan ternyata, hamba dan Raja Epi(atau nama sebenarnya Raja Alfirafindra) adalah bersaudara!..

Bersama kenderaan bas Pariwisata(Pelancongan) perjalanan 2 jam kami diteruskan lagi..
Sambil hamba berbual mesra dengan Ali berkenaan jadual program kami di Siak, terimbau kembali kenangan 2 tahun lepas waktu pertama kali sampai disini. Begitu banyak perubahan yang dilihat terutamanya jalanrayanya yang kian sudahpun rata, walaupun tidak sepenuhnya namun paling tidak mabuk darat yang ditanggung selepas mabuk lautnya tadi oleh sebahagian yang menanggungnya tidaklah begitu memudharatkan. Lampu-lampu jalanraya lengkap dipasak pada kiri kanan berbanding sebelumnya. Semua berlaku mungkin diatas kebersamaan mereka dalam usaha membangunkan daerah Siak ini selaku "Negeri Istana"..

Mendarat sudah kami di pekan Siak, kali ini penginapan kami ditempatkan berhampiran pasaraya, bagi sesiapa yang pernah ke Thailand, anda akan mendapati suasana yang lebih-kurangnya, atau yang pernah berada di Kampung Cina Kuala Terengganu seawal tahun 80-an atau 90-an akan melihat persamaannya.. Dengan rumah kedai kayunya, jalan yang kecil, bahagian belakang penginapan kami ada pasar seperti Pasar Payang lama bertentangan dengan Sungai yang dinamakan Sungai Siak turut merupakan laluan kapal-kapal pedagang menyamai sungai Terengganu. Bagi hamba yang tlahpun bermastautin di Kuala Terengganu sepanjang hidup, memang merasai persamaannya.
Kedudukan hotel Harmonis pula terdapat Gereja Kristian disebelah kanan, dan Tokong Cina disebelah kiri bangunan yang separa siap pembikinannya..
Dibelakang balcony hotel yang menghadap ke Sungai Siak juga adalah Jalan Sultan Ismail namanya, boleh jadi tempat berkarya disini agaknya..berbisik hamba sendiri tatkala mengamati pemandangan malam disini.

Selesai pembahagian bilik, kami berehat, sementara menunggu hadirnya esok hari. Jika ada.

ڤادوکا

Jlajah Dendang Anak: Dari Bhumi Darul Iman ke Kepulauan Riau

1 October 2010, Jum'at.

jam mempaksi lurus kepada angka 0655, waktu sang fajar mulai membahagi-bahagikan cahayanya kepada serata alam dan makhluk, hamba dan 8 ahli anggota kumpulan Dendang Anak tiba di tanah Darul Makmur bagi menyelesaikan tugas menyiapkan buku pengenalan diri antarabangsa atau selesa digelarkannya sebagai "passport".

kehadiran kami disambut oleh seorang rakan rapat hamba di negeri Pahang, dikenali umum sebagai "Abdullah Jones" oleh para budayawan, seniman, penggemar seni dan pelukis di Malaysia. kesungguhan untuk membantu kami terpancar dari riak wajahnya setelah kami dibawa olehnya ke Immigration Pahang. Walaupun terdapat sedikit permasaalahan bagi menyiapkan Passport, syukur ia tetap berjalan seperti yang dirancangkan. Sementara menunggu tempoh 1 jam untuk siap, kami dirai oleh beliau untuk bersarapan pagi. Suasana di meja makan begitu meriah dengan gelak ketawa dan pelbagai cerita dikongsikan. Jam menunjukkan 1020, dan sedang asyik hamba berbicara bersama beliau, beliau mendapat panggilan telefon dari anaknya untuk dihantar ke sekolah kerana lagi sedang menjalani periksa. Terpaksalah beliau beredar dari situ untuk meneruskan perjalanannya seawal pagi itu (yang sebenarnya hamba sudahpun berkali-kali menyuruh beliau pergi untuk selesaikan urusannya, namun beliau tetap berdegil untuk sama-sama bantu kami)..

1050 pagi maka siap semuanya kelapan-lapan Passport tersebut, masih jauh untuk dikatakan pasti kami ke Indonesia!.. Masih ada beberapa hal yang perlu dibereskan, oleh kerana tlah bermulalah persembahan mingguan kami bertempat di Coffeehouse Primula Hotel dari jam 1515 hingga 1815, setiap Jum'at dan Sabtu maka kami tidak membuang masa untuk terus pulang dari Kuantan ke Kuala Terengganu semula.

1430 sampailah kami di Kuala Terengganu, berkumpul lah kami di Istana Seni untuk "zehen" atau "briefing" oleh Yang Dipertua Dendang Anak. Setelah itu kami terus ke Primula Hotel bagi tujuan melancarkan perjalanan.

1830 kami pulang dan bersiap-siap untuk ke Melaka pula. Pada 9 helaian Ticket Bas tersebut menunjukkan bahwa kami perlu berada di Bus Station sebelum 2030. Hamba dilantik sementara oleh Yang Dipertua selaku Ameer Perjalanan untuk membawa Tajul,Pitung,Arjuna,Malim,Nadhim,Penghulu,Abu Sufyan,Kasturi sampai ke tujuan dengan selamat dan lancar,
Sementara yang selainnya seperti Aduka, Pendita, Bathin, Putra, Panji dan Yang Dipertua sendiri akan bertolak dengan kereta untuk ke Melaka.
Makhdum,Angah dan selainnya sahabat kami disana akan menyambut ketibaan kami di Bus Station Melaka Sentral pada sekitar jam 0545 pagi. Bertempat dan berehat kami semuanya di Pondok Melaka di Bukit Piatu.

0900 pagi waktunya, harinya sudah berubah kepada hari Sabtu yang bertarikh 2 haribulan October 2010. Selesai mandi bersiap, bersarapan pagi dan bermesyuarat kami terus ke Pelabuhan Melaka untuk memunggah semua muatan dalam Ferry Mulia Kencana.
Alhamdulillahirabbilalamin..semua berjalan lancar sepertimana yang dirancangkan.
1430 kami meneruskan perlayaran kami ke Pelabuhan Bengkalis (yang memakan masa 3 jam untuk sampai) kemudian terus ke Pak Ning (2 jam perjalanan) dan akhirnya Siak (2 jam setengah).
Sewaktu di Pelabuhan Bengkalis, kami turun ke Immigration Indonesia untuk cop Passport dan kemudian naik semula ferry.
Yang menarik perhatian hamba adalah ada dari kalangan orang Indonesia yang menegur saya, dan menunjukkan ke seberang lautan itu akan raut wajah Gunung Ledang yang tergambar megah. Yang Dipertua Dendang Anak, begitu juga yang merenung dalam ke arah yang sama, barangkali lebih awal dari kesadaran hamba. Saya kearahnya, dan bertanyakan padanya untuk kesahihan, "itu kan Gunung Ledang?"..dijawab "iya, itu yang dimaksudkan Gabungan Ledang dalam lirik lagu Usul Bangsa"..
Sedang dalam perjalanan menuju ke Pak Ning pula, sambil berdendang diatas deck kapal, terimbas kembali hamba akan perjalanan awal kita hingga akhirnya terlaksanalah ia..
Oleh kerana sepatutnya seawal 1 haribulan October kami sepatutnya berada di Siak, kerana permintaan mereka agar-agar kami dapat membuat persembahan di malam pembukaan. Diatas beberapa hal yang sulit tidak dapat dielakkan kami terpaksa menganjakkannya kepada tanggal 3 haribulan, balasan kiriman surat pendek di telefon bimbit hamba dari Tengku Muhaslida, ketua kesenian dan kebudayaan Siak:

"Kami di Siak mendoakan agar Kumpulan Dendang Anak boleh membuat persembahan di Siak, tak kira tanggal berapa boleh ke Siak, Pelalawan sudah kami kontak dan mereka siap uruskan Dendang Anak menuju ke Pelalawan, kasi perkhabaran, supaya kami dapat siapkan bus sebagai transportasi dari Pak Ning menuju ke Siak!"

...begitu bersungguhlah mereka kepada membantu kami, Tengku Muhaslida atau dipanggil mesra Ku Mus saling tidak putus untuk menghubungi hamba, kiriman surat pendeknya tidak lekang dari pertanyaan akan khabar Dendang Anak samaada kami jadi siap untuk kesana ataupun tidak. Kami sendiri yang pada ratanya bukanlah daripada kalangan yang "berduit banyak" ini begitu bersungguhlah mencuba yang terbaik bagi mencari dan mengumpulkan sejumlah kos agar sampai ke sana..dan Alhamdulillah pada separuh daripada perancangan kami untuk berjaya sampai kesana akhirnya terlaksana. Walaupun baharu setengah daripada perjalanan. Panggilan Pelalawan masih menanti dihadapan.

Jelajah kami bakal hamba susuli..InsyaAllah.

ڤادوکا