Saturday, September 25, 2010

Jelajah Dendang Anak: Siak & Pelalawan

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

salam penuh keceriaan dalam kerendahan diri,
alhamdulillah bertemu lagi kita kembali,
setelah hampir genap setahun berayakan aidil fitri,
kini menyusun tangga menyusuli maksud korban yang bakal diperjuangkan..atau mungkin jikalau ada diantara kalian sedang merancang perjalanan untuk menyempurnakan ibadah Haji yang dinanti-nanti..amin hamba doai.
agar diselimuti kesyukuran diatas ruang dan peluang yang diizinkanNya untuk meniti kembali perjalanan kita kepada Usul diri..
paling penting adalah kita DIPILIH oleh Nya..

kuih raya,
baju raya,
duit raya,
segalanya bahan atau adunan bagi menyerikan hari yang dikata hari raya,
namun apalah maksud sebenar didalam sambutan yang sebenarnya sedangkan yang diusahakan sepanjang Ramadhan itu semata-matalah bertujuankan persiapan diri yang sebenar Hamba,
tidaklah dikatakan ianya salah dan berdosa jikalau kita berbuat dalam kadar yang berpada-pada,
dimana "Hamba" pada sebenarnya sedang ia bermula dengan tiada apa-apa?..
"Hamba" bukan sekadar yang diucap pada kata-kata semata, jika Kasih yang diungkap dengan penuh manja dibuktikan kepada kebaikan demi kebaikan atas dasar rasa kerinduan yang tiada hujungnya, bagaimana pula pada diri yang seorang "Hamba" kepada Tuhan?
seperti apakah acaranya yang perlu difikirkan agar jaya tercapailah akan ia makna "Hamba"?
imbas kembali kepada diri..bagaimana?
setelah selesai sebulan ini, beratus-ribu keperluan tlah dihabiskan demi Hari Raya, kemudian..bagaimana?
inilah soalan yang hamba tuju kepada diri hamba yang utama, seterusnya kepada kalian semua yang rata-ratanya para pencari.
saranan hamba, datang dari yang mulia kepada yang maha mulia.
tiada ia digarap melainkan untuk mengajak kita yang sepatutnya bersama agar benar bersama selamanya InsyaAllah..

Syukur kepada Tuhan,
Dendang Anak tlah dijemput lagi bagi mengadakan persembahan di dua acara terbesar di daerah masing-masing, pentas utamanya di Kepulauan Siak Seri Indrapura(1hb-7hb) dan juga Pelalawan Baru, Riau,Indonesia(8hb-10hb) October ini. InsyaAllah keberangkatan kami dari sini adalah sekitar tanggal 29hb September..
doakan kami agar dipermudahkan segalanya dan bersama IzinNya, Jelajah Dendang Anak bakal menyusul lagi..

ڤادوکا

Thursday, September 9, 2010

Gema Takbir

Salam Syawal

"sebulan Ramadhan tlah kita berpuasa,
bertrawikh sudah.. fadhilat tlah diperbentang lengkap sudah,
kini melihatlah kedalam sedalam-dalamnya,
apa Kesan padanya?"
itulah kata bijaksana Raqeem kepada kalangan Dendang Anak. sewaktu kami dihimpunkan untuk bertakbir menjelang Aidil Fitri,

Hamba jadi terfikir,
kalau hari ini melihat suasana di Masjid menjadi meriah di bulan Ramadhan..Makanya kenapa bila berakhir sebulan itu jadi lengang semula?..sedangkan itu yang perlu dibawa pada pengamalan harian. Ramadhan sebagai tonggak utama didalam bulan-bulan seterusnya, yang membentuk Fikir, Qalam, Hati dan diri kita yang sebenar.

Adakah ini salah penjaga Masjid?

kalau salah penjaga Masjid, kenapa tak ditegur oleh yang melihatnya? bukankah Agama itu Nasihat?

atau ini silap pengunjung Masjid?

kalau silap pengunjung Masjid pula, mengapa para Imam tidak membetulkan semula fikir kita yang seharusnya sama..bukankah ini tanggungjawab seorang Imam kepada Makmumnya?

ataupun mungkin juga barangkali, kita menunaikan Puasa dan Tarawikh atas maksud Budaya?

kalaulah Agama itu budaya, makanya sepatutnyalah ia diamalkan hari-hari bukanlah bermusim..seperti para penggiat seni sebagai contoh, kalau hari-hari ada persembahan di mana-mana jemputannya makanya hari-harilah nyanyian atau persembahannya, dan pada lagu yang diminati, pasti itu yang kita suka andaikata kita ini penonton. Mestilah kita hendak dengar ia dimainkan lagi. dan apa yang penting disini, sang penghibur itu mesti melakukan perkara yang sama, petikan guitar yang sama, alunan yang sama..
pokoknya adalah Sama.

sama seperti solat, anak kecil yang diajar solat sebelum akil balighnya adalah untuk membentuk fikir,
Hamba teringat pada pengalaman hamba dulu, ketika mengajar anak-anak berusia 4-10 tahun mengaji dan membaca Muqaddam dan Iqra di bangunan Yayasan Pembangunan Keluarga di Terengganu,
Waktu itu hamba jadi tertanya-tanya, apa anak sekecil ini boleh faham kah apa yang dibacakan? kalau setakat menghafal mungkin iya, itupun jenuh untuk mengajar..
kalau ingat mungkin iya.. bergantung atas cara.
Namun soal kefahaman itu, sampai kah? sedangkan kefahaman itu datang dari pengalaman yang kemudian diqalamkan melalui kata-kata.
Tak perlu fikir jauh, kita ambil contoh takbir sahaja cukup,
kita sebut Allahuakbar kemudian qiyam.. kalau kita tanya kanak-kanak, apa yang dia faham? kalau maksud mungkin tahu.. tapi itu baru tahap tahu.. disini kita berbicarakan hal kefahaman. apa fahamkah?

pastilah tidak. kerana sebelum akil baligh, akal masih belum sempurna, sebab itulah penting diajar anak untuk melihat diri kita-kita terutamanya kalangan ayah dan ibu sebagai Contoh, kerana mereka sebenarnya hanya tahu ikut, sebab itulah mereka tidak faham.

jadi setelah akil baligh itu yang dikatakan amalan yang bukan lagi bersangkut paut dengan ayah dan ibu. kerana dari segi Akal. mereka sudah mampu belajar untuk memahami..

Berbalik kepada soal Budaya, ia adalah salah satu sebab untuk mengajak kita kembali kita kepada satu bentuk fikiran yang selaras, sebab itu dijadikan saf..untuk menunjukkan tahap manakah kita sesama kita ini. kemudian diseru buat perkara yang sama, berulang-ulangan untuk menyusuli kembali bahasa yang disuarakan agar faham sah kepada maksud sebenar Agama..dan yang paling penting, kita tahu apa yang dibuat dengan pasti sepertimana yang ditunjukki oleh Nabi salalahualaihiwasallam..

dan pada apa yang hamba faham, Melayu buat 100% sepertimana yang Nabi amanatkan.

Bercakap mengenai Ramadhan-Syawal-Zulhijjah-Muharram,
Ramadhan adalah persalinan diri kita sebagai Hamba,
Syawal adalah penabalan kita sebagai Hamba,
Zulhijjah adalah perlaksanaan kita sebagai Hamba,
Muharram adalah diri kita sebagai seorang Hamba yang sebenar Hamba kepada yang Maha Esa,

budaya Hidup kita bakal bersambung lagi..InsyaAllah,

dan maka kemudian itu bertanyalah kepada kita semua,
keraian dirai pada yang berjaya,
apa yang kita tlah capai sebenarnya?,
dan sambutlah ia dengan penuh kesyukuran kepada yang maha memberi dan tiada meminta.

Minal Eid Din Wal Faizdzin,
Selamat Menyambut Fitrah diri
kepada Umat Muhammad yang melata,
dan kepada para pengunjung dan peminat setya,
dari hamba mewakili gugusan Mlayu "Dendang Anak" namanya.


ڤادوکا