Thursday, December 30, 2010

Jlajah Dendang Anak (Pelalawan) : "Mengembalikan Yang Dahulu kepada Yang Lama".. : Hari Lima

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

setelah Empat angka selesai dalam usaha, maka kenal kita pada yang Lima..
inilah Hari ke Lima. yang dinanti selama ini..

Perjalanan kami dari Dewan Kesenian Pelalawan seawal pagi itu menuju ke Istana Sayap Pelalawan begitu lancar semuanya. Setiba kami disana, terhenti seketika perjalanan ke satu rumah yang dimana tempat kami bermalam nanti, sudah diperkarangan Istana Sayap..

Namun gambaran yang ditampilkan adalah menyerupai apa yang kami pada amalkan, berbalik di Kampung Halaman buat Dendang Anak..Jenagor,Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. yang dianggap satu amalan kewajiban buat kami, satu "tradisi" yang tak mungkin hilang.. Oleh kerana jarak Sungai Terengganu dengan Kolah Wudhu' Masjid agak sedikit jauh dan perlunya mendaki sedikit bukit ke atas baharu anda bertemu dengan sebuah Masjid yang dibikin dengan tangan-tangan para awalin(orang awal) dari kalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai Dendang Anak sendiri yang membina Masjid kayu kami bersama dengan Yang Dipertua sendiri.
Tlah menjadi suatu amalan "Istimaie" (bermaksud Beramai-ramai) harian, kami diajar untuk mengisi air kedalam baldi sebesar tong cat setiap satunya, kemudian bergotong royong mengangkat bermula dari gigi Sungai hinggalah ke Kolah Wudhu' yang letaknya disebelah masjid dengan kepercayaan yang disemai dalam diri bahawa dengan amalan sebegitu sekali, ia adalah amalan yang menghapus dosa, pembunuh segala sifat mazmumah yang ada pada diri sendiri, membina satu rasa kesatuan dan melahirkan satu makna kebersamaan.

Inilah Hikmah. Inilah Sunnah, walau sekecil hal kita amalkan, bagi yang menganggapnya satu kepentingan buat Agama, maka ia akan jadi sebuah penyebab pada suatu masa nanti.. Kalau menurut pandangan hamba, jatuh bangun Islam itu bermula dan berakhir kerana Sunnah juga, asbab Sunnah bermesyuarat dalam setiap apa ingin dilakukan pun hingga hari ini kita dan kita dan kita semua menerima munafaatnya, Islam tersebar luas 3 persuku Dunia kerana Mesyuarat. Itu antara taklim(peringatan) yang sering diperingatkan didalam membentangkan tertib Mesyuarat setiap hari, yang kami amalkan.

Namun di Pelalawan, lebih bermakna dan dalam ertinya pada apa yang berlaku, kalau di Jenagor itu kami mengangkat air untuk wudhu, kali ini kami pada mengangkat barang-barangan berguna untuk dibawa masuk kerumah. Bag yang berisi baju, adalah pakaian yang ditugas khas untuk menjaga sebahagian marwah anggota diri..dan apa sahaja lah juga yang ada didalam saku bag dan barangan yang dipunggah masuk kedalam rumah.

Setelah itu, maka berangkatlah Dendang Anak ke tapak persembahan, di Perkarangan Istana Sayap.. Serba sederhana rupanya, jika ndak dibandingkan dengan apa yang pernah digambarkan oleh kita berkenaan Istana.

Sesudah panji Dendang Anak pertamakali ditegakkan, semua kelengkapan tlah dipersiapkan maka uji swaranya berjalanlah sepertimana yang dikehendaki dan dijaga oleh Rakan-rakan yang selainnya..

Semuanya pada pulang ke tujuan dengan berjalan kaki..

Hamba masih bersiar-siaran didalam ruang Istana Pelalawan. Hingga diketemukan satu sudut di tangga sebelah kiri sayap Istana.. Duduk disitu sambil mencatitkan catatan ini sambil menulis beberapa garapan lainnya dan beberapa helai lukisan..Hinggalah dijemput untuk pulang.

Mak pulangnya lewat yang lain, setelah berselisihan dengan orang-orang Pelalawan hatinya rasa semacam. Tak tertafsir kepala. Ingin dirakam pemandangan indah tak ada "camera" nya, makanya berjalanlah laju menuju ke rumah penginapan hingga diambil camera dan pada langsung berjalan berseorangan.. Tapi sayang, senja sudah pada hampir menyingsing.. Masih ditangkap gambar buat pujukkan hati semata-mata, disamping itu juga hamba disapa oleh tiap-tiap penghuni, rata-ratanya mengucapkan "Salam" tanpa ada sedikitpun rasa malu atau segan, kerana memang memberi "Salam" itukan tanggungjawab kita sebagai Islam. Dan apa yang nyaman memberi "Salam" kepada seseorang itu bukan setakat kebudayaan yang diamalkan, namun ia adalah ucapan atau perbuatan yang begitu ingin mendoakan kebaikan, justeru "Salam" itu bermaksud "Sejahtera" dalam Bahasa Arab.

Tapi kesejahteraan seperti Apa dari kita ingin dikongsi atau diberikan? itu persoalan kita, yang jika kita ingin "Ikhlas" maka jujur dahulu dengan diri..Bak kata lagu "Ikatan Insan" dari Dendang Anak, "Ikhlas....Tuhan yang menjadi Hakim"..
Taarifan hamba yang serba jahil, Ikhlas bukan dianugerah atau senang-senang diiktiraf oleh Manusia. Menjadi Ikhlas itu Tuhan sahaja yang tahu, bukan manusia. Ini istimewanya Islam yang sentiasa tidak putus dari memberi harapan yang tinggi kepada lebih tinggi agar kita saling bekejaran demi kebaikan..

Hari ini seperti apa agaknya? itu yang hamba curigakan.. Kerana yang sering berlaku, "Ikhlas" dihulur dengan sejumlah wang yang sudah pastinya tak setanding nilainya, dipamer kedalam akhbar berita dan begitu mudah pada mengatakan "Sumbangan Ikhlas dari si anu.." itu "Ikhlas"..

Hamba pada berjalan terus lagi kesuatu jalan yang hamba sendiri tidak pernah lalui, dan tak pernah bimbangi akan ketersesatan hamba ini ke mana, memang benar pada satu ketika di akal memainkan sangkaan yang mencurigakan. "Apa ini benar jalannya?" sedang kalau hendak pada berpatah kembali, itu jauh. Kalau hendak terus, itu belum jelas, padahal waktu sudah karib dengan Malam. Gelapnya hampir sahaja melabuhkan tirainya sepenuhnya..Menggelapkan bhumi Pelalawan untuk persembahan malam ini.

Tapi yang lebih hamba sukai adalah bagaimana suasananya disini, dimana semuanya berumah serba sederhana, bertanahkan paya, jika airnya tinggi mendadak mencecahlah lantai rumah, hendak kerumah masing-masing perlu melintasi jambatan dahulu, ini pernah dimimpikan sebelumnya.. Hamba tersenyum sendiri, kerana cukup Sayang pada rakyat Pelalawan yang begitu menjaga amanah Rasul dan Para anbia didalam membela sesuatu yang ditunggu-tunggukan sekian lamanya, berbisik lagi sendiri:

kami hadir bukan untuk hiburan, namun "mengembalikan yang dahulu kepada yang lama"..maksud dahulu itu(bagi hamba) adalah yang berada DAri yang HULU(Hulu Terengganu) yang dikembalikan kepada yang lama, lama ditinggalkan, lama ditunggu-tunggukan.. dan penabalan Sultan Pelalawan ini bukan setakat mainan yang berupa Budaya masa sekarang, yang sekadar menjaga, tapi lebih menjurus kepada tujuan untuk melahirkan para "Wali-wali" Allah yang dimaksudkan Nabi kita Muhammad Sallalahualaihi wa salam.

Moga tugas sekecil ini mendapat pandangan Allah taala dengan benar agar tak disesatkan oleh gangguan yang pastinya menganggu gugat kita semuanya.


Syukur dengan apa pernah diajarkan, tekad diri membawa ke arah yang memang dirasakan oleh hati "Ini benar".. akhirnya setelah hampir 30 minit perjalanan. Akhirnya hamba sampailah ke asal mana hamba berlabuh sebentar tadi untuk mengambil "camera" hamba.. Kemudian hamba diajak bermandi di Sungai oleh Pendita. Memandangkan yang selainnya pada mungkin sudah selesai, kerana berjalan kaki dari rumah ke sungai hampir 5 minit perjalanannya..Maka kami berdwa kesanalah, hingga berselisihlah dengan yang lain yang tepat dijangkakan tadi..

Hamba dan Pendita meneruskan jalan kakinya ke sungai, melalui rumah salah seorang penduduk kampung itu, yang pada awalannya melihat dengan hairan, tak tahu pula kami bahawa orang kampung disana sudah berpesan pada sahabat-sahabat hamba tadi agar tidak mandi sedang waktu maghrib baharu masuk.. Kamipun mandilah, tapi hairan hamba tatkala setiapkali menoleh ke belakang dilihat penghuni rumah itu mengintai-intai kami seperti menjangkakan "sesuatu"..wallahualam..

Sedang hamba merendamkan kaki sambil mengenakan sabun dirambut, hamba bercakaplah dengan Pendita, ceritakan kisah tadi yang berlaku, dan "kar-kuzari"(ulasan) bersama. Yang menarik tentang Pendita, beliau adalah seorang yang bijak, berpelajaran tinggi dan begitu banyak pengalamannya dalam memahami apapun yang ditanyakan. Hemah bahasanya dan jenakanya membuatkan hamba cukup berkenanlah dihati, maka mula lah perbicaraan pendek kami mengenai hal apa yang kami pernah amalkan selama ini dengan persamaan disini.. Kalau tadi hamba memberitahu hamba rasa "hairan" kenapa orang kampung disini begitu bimbang pada kami, sedang kami disana selalunya mandi pada waktu seperti inilah. Biarkan yang lain mandi dahulu, kemudian baharu kita menyusuli.
Pokoknya, kami sudah mengamalkannya dan sudahpun biasa dengan keadaan apapun diletakkan. Kemudian sembang kami beralih bab lain, berkenaan rasa yang terbit dari diri hamba yang pada mengatakan "kami datang mengembalikan yang dahulu kepada yang lama"..rasanya tepat seperti memulangkan kembali apa yang tlah ditumpangkan atau diletakkan disuatu tempat, hingga suatu masa nanti diberikan semula..
Pendita pun merasakan yang sama, dan hamba tak hairanlah jika sahabat selainnya merasakannya juga. Alangkah peha kiri yang dicubit, peha kanan juga terasa juga.
Maka selesai mandi, sebaik sahaja hamba bangun, hamba terjatuh tersembam kerana permukaan kayu yang licin, Pendita jadi kaget/cuak langsung menarik hamba, mungkin dibimbanginya hamba tergolek ke dalam sungai yang dikatakan oleh orang kampung itu dalam dan gelap rupanya..Bergegar sebentar apungan kayu yang kami berada diatasnya itu. Terdengar suara seperti Tengku Ibrahim dihujung jambatan "Jangan kerasukkan dimaghrib ni Ku Bad".. Hamba ketawakan aja..

Sampai dirumah, kami bersiap, Solat dan menjamu selera sedikit yang dimasak khas oleh tuan rumah. Terus ke perkarangan Istana Sayap dengan kenderaan.

Di belakang pentas, kami diberi suntikkan semangat dari Yang Dipertua Dendang Anak dengan penuh bersemangat memperingatkan bahawa kami datang disini untuk mengembalikan kegemilangan Melayu zaman dahulu kala kepada rakyat serta Sultan mereka. Dipesankan lagi kesinambungan itu perlu kita capai sebaiknya dengan apa disampaikan, hujung segala pangkal untuk kali ini adalah "Jujur" dalam persembahan. Sempat bersalaman dan setelah itu kami dipanggil tampil,
lagu pertama: Ulek Mayang.
Asli dari Terengganu, pada mereka yang dari Terengganu, mereka tahu dan tak perlu lagi memberitahu lagunya bagaimana, namun tak ramailah tahu apa maksud Ulek Mayang?
Secara ringkasnya, Ulek Mayang itu adalah sebuah lagu yang pada menceritakan pembentukan diri sebagai seorang Wanita. Kerana itu disebut Putri berulangkali..Berbaju serong itu lemah dirinya-jalannya hemah hingga tahu maruah yang wajar dibela, Bersanggul sendeng itu lembut dirinya-tak perlu meninggi diri, Bersubang gading itu Sopan dirinya-tak terlalu mudah menghukum dan melihat kiri atau kanan kerana takut kena gading itu, Berkain sendeng itu Santun dirinya-tidak berjalan laju atau terlalu perlahan adalah kerana kain dipakaikan adalah membataskan langkahnya..Inilah antaranya usaha memupuk diri seorang Wanita dan buat pemahamannya yang lain itu terserah bagi empunya. Jika itu membawa anda kepada satu hal yang terangi fikiran kita berkenaan seni yang khas buat diri yang berTuhan.

Tamatlah Ulek Mayang setelah yang laut disuruh balik ke laut, yang darat disuruh balik ke darat, nasi berwarna dipersembahkan..

Setelah juruacara menyerahkan Majlis kepada Yang Dipertua Dendang Anak untuk menyampaikan ucapan dibawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pelalawan.

Dengan mengenakan pakainya beliau hitam putih serbanya dengan hemah yang rendah dirinya memulakan ucapan.
"Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, syukur yang selalunya dipanjatkan kepada Allah subahanahu wa taala, pertama sekali adalah kedatangan kami dari Terengganu untuk meraikan Kebawah Duli Tuanku Al-Sultan, Tengku Ubai dan semua yang hadir. Kami dari Terengganu, begitu merasakan dengan ruang serta peluang yang ada buat kami untuk sampai kesini begitu penting, segala yang disempurna jadi oleh Allah subahanahu wa taala adalah penting buat kami..
Sejak dari bangku persekolahan lagi, kami diajar untuk membaca sebuah buku, disitulah bermula cerita kami, pencarian kami, doa kami selama ini, tajuknya Sulalatus Salatin. Dihalaman 64, disebut oleh Nabi junjungan besar Nabi Muhammad Salallahualaihi wa salam yang tlah bersabda pada sahabat-handai baginda, mahfumnya:
Akan ada sebuah nya Negeri dibawah angin, Samudra namanya..maka disuruh Islamkanlah mereka-mereka yang ada disitu kerana akan lahir wali-wali Allah disana..kemudian setelah beberapa lama wafatnya Nabi Muhammad, di Madinah ada mendengar nama Samudra, Syeikh Ismail yang juga merupakan seorang Amirul Bahar ataupun Nahkoda kapal berlayar menuju kesana dan bertemulah mereka yang namanya Sultan Muhammad..Kemudian lahirlah rasmi seorang Sultan yang diberi nama Sultan Malikul Saleh.
Jadi, Nabi telah bersabda akan lahir "Wali-wali".
Di tempat kami, kerajaan yang Beraja itu 9 ada provinsi/negeri, 7 negeri asalnya dari Sumatra.
Terengganu-Riau,Pahang-Riau,Johhor-Riau,Melaka-Riau.Negeri Sembilan-Padang.Sementara itu di Perak, kerana itu lagunya Perak itu bermula dengan "....tanjung putus pasir selerak."
iaitu sebenarnya disinilah tempatnya...
Kehadiran kami bukan berharap apa-apa namun adalah kesyukuran semata-mata..
Benar, kami terbatas dari segi negara. Namun atas nama Budaya kami bersama....demikianlah apa Patik sampaikan.
wa billahi taufikul wa hidayah..wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"....

Setelah Yang Dipertua selesai berucap dan beransur turun dari pentas, Ku Ubai menerpanya daripada jauh dan memeluk mesra dengan penuh Kasih Sayangnyalah Agama..Seraya teriak girang gembiranya..

"SELAMAT DATANG!...."

Didalam dada hamba bersama sahabat-sahabat lain pada menahan getaran rasa terharu pada ucapkata Yang Dipertua tadi, tidak mampu ditahan sudah. Maka mengalirlah airmata kesyukuran..Sepertinya satu pertemuan yang begitu lama ditunggu-tunggukan hinggalah ketemuan lagi.

Seterusnya majlis menyerah segalanya kepada ucap Titah Seri Paduka Baginda, maka Sultan Pelalawan pun mencemar dulinya untuk berangkat naik ke Pentas untuk memberi Titah baginda kepada rakyat...

"Bismillahirrahman nirrahim..
Asslamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahirabbil alamin, wa bihi nastaim, waala alihi wassabihi wa salim ashrafil anbia iwal mursalim.
Pada sanak saudara terutama rombongan tetangga khas dari Terengganu. Merafak rasa syukur, ke atas apa yang dilaksana kini..semoga mendapat redhanya.
Apa kita lakukan adalah satu ajaran mulia Agama Rasul..
Ini satu rasa Syukur yang teramat dalam, menjalin kembali silaturahmi.
yang tlah lama terpisah..kini pada acara ini kita diketemukan..Daripada lubuk terdalam ayahnda, dari yang jauh mngorbankan segala antara Trangganu dan Pelalawan.
Ini adalah dalil, yang menunjukkan bahawasanya dengan adanya peringatan akan Sejarah masa lalu insyaAllah kita akan tidak hilang..
inilah rasa bahagia yg tak dapat diucapkan.Semoga menjadi ia petanda baik.Bahwa kasih sayang adalah agama yang kita adalah benar..
Dan akhir kalam ayahnda, ayahnda mohon maaf atas serba kekurangan yang ada.
wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"...

selesai ucap Titah Seri Paduka Baginda Al Sultan, juruacara menyerahkan majlis kepada Dendang Anak untuk menyambung persembahan sambil mengesat titis airmata kerana ternyata bukan sahaja kami yang merasai, bahkan rakyat Pelalawan sendiri dibasahi hujan kesyukuran..

"seterusnya, marilah beri tepuk tangan kepada Dendang Anak..dan acara mulia ini saya serah kepada Nadhim.."

Ucap pertama muqadimmah Nadhim penuh berperasaan dan tinggi rasa kebangaannya terhadap apa yang dianugerahkan kepadanya:

"Usulnya Raja, Raja berdaulat,
Raja dijunjung,Raja beradat.
Panggilan Gunung kami persembahkan..dimana Raja bermula darinya....marilah sama-sama kita dengarkan Panggilan Gunung!!"

Panggilan Gunung keudara bagai suatu semboyan yang memanggil kembali Raja-raja serta titisan-titisannya kembali berkelana atau berjalan ke Gunung. Kerana disitulah titik permulaan bagi Muhammad Bin Abdullah mencari yang namanya Agama.. Menjadilah baginda Nabi Muhammad setelah itu, menjadi pemimpin buat Umatnya yang beragama Islam.

Nyanyian berselang seli suaranya Pendita,Malim,Kasturi,Nadim serta hamba sendiri, diikuti petikan Gitar Penghulu, Abu Suffyan, Tajul, bersama derau genderang paluan Arjuna,Aduka,Panji dan Aidil..Diatas semuanya yang menyulam adalah tiupan seruling buluh Putra..

"Melayu melata..selamanya....."

bergaung-gaung alunan merdu suara Bathin...



dipalu gendang,tanda bermula,
dilagu dendang,tanda gembira,
dipadu lantang,tanda bermula,
dimahu datang..tandanya dia...

kedatangan bergema..diikuti tarian istimewa khas datangnya dari Raja Alfirafindra yang penuh berseni tarinya.

Janji malam keramat menyusuli seterusnya..

Kemudian Yang Dipertua menyusuli disisi Malim..dengan memberi sepatah ucapan berkena mengena dengan lagu Melayu Sejati yang bakal dihadiahi buat duli Tuanku.

segala latihan yang diletakkan selama ini maka dipersembahkanlah kini, diikuti tarian istimewa Sanggar Pahlawan dari Dewan Kesenian Pelalawan..
Dengan penuh sepenuhnya, bersungguhnya dan sebenarlakunya.
Diakhiri dengan mengangkat Sembah Abdi menghadap Duli Tuanku tanda Hambanya diri seorang Melayu itu kepada Sultan yang adalah Imam kepada Rakyatnya..

Lagu yang mengakhiri babak 1 adalah Marhaban Bumi Pelalawan,dicipta khas buat Pelalawan..Katanya Yang Dipertua Dendang Anak.

Sebelum menyerahkan acara "Teater" pementasan anak-anak Pelalawan, berlakulah Majlis penyerahan Cenderamata antara Dendang Anak Terengganu dan Sultan Pelalawan pun berlangsung. Bekas Cakera padat dan Watikah lirik Lagu Melayu Sejati dipersembahkan dan penyerahan cenderamata dari Sultan Pelalawan.

1 Jam setelah pementasan yang menarik dan mencuit hati tadi, maka tibalah babak terakhir bagi persembahan kumpulan Dendang Anak.

Dwa buah lagu dipersembahkan,
yang pertama adalah Gurindam Jiwa. Gabungan suara antara Bathin dan Fatimah Amir, seorang penyanyi yang terkenal di Aceh dan Pelalawan.
Adalah satu persembahan yang cukup mendalam maknanya, jika diambil penyanyi lelakinya itu adalah dari Terengganu orangnya, manakala Fatimah Amir itu adalah Aceh asli datangnya.. Ini satu hubungan yang terjalin kembali, yang bukan disengaja adakan oleh kami ataupun siapa-siapa. Yang pasti, pertemuan itu adalah milik Yang Maha Menemukan kita antara kita.
Jika tidak kita pada mengaitkan lagu tersebut dengan penyanyinya, maka cuba dikaitkan pula lagunya pula, apa maksud yang tersirat yang dapat dijalin dengan yang tersurat menjadi satu cetusan yang sehingga pada diri anda berbisik sendiri berkata: "ya iya tak iya kan?"

"Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-layuan.."

jika hendak ditanam, hendak tahu tempatnya dimana, berapa bilangannya, perlu dirancangkan kesemuanya..kemudian sesebuah usaha yang gigih perlu ada padanya penyerahan. Kerana yang memastikan semua itu adalah pastinya Tuhan, bukan kita.
Begitu juga jika kita pada berkasih-kasihan yang dibawa ke jinjang pelamin. Yang berusaha itu kita, yang merancang itu kita, namun yang menentukan adalah tetap Allah yang maha esa maha menjadikan.

"Intai kami Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-rinduan.."

kalau tiadalah yang namanya Istimewa. Kekuatan untuk mengenalpasti siapa di-"Intai"kan itu didalam mengetahui sama-ada ia adalah yang "kami" atau kamu atau sesiapapun, anda pada melihat yang terhijab, "Antara" yang "Nampak" atau tidak nampak, kemudian dipesankan agar "Esok" itu "Jangan"-lah di "Rindu-rinduan"..Bermakna, janganlah sering harapkan yang esok kerana yang esok itu selalu yang buat kita sambil lewa, meremehkan apa dilakukan hari ini dengan terbaik sedang esok masih kelam rupanya, masih Tiada mungkin..

"burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor ditengah laman.."

Sering dikaitkan Burung Merpati itu kepada lambang kebebasan dan kemerdekaan.
Langit kita katakan satu ruang yang bebas dan luas, mendung atau terang sama dinikmati dan dikejarkan..Kebebasan seekor burung itu untuk kemana-mana sahaja dianggap suatu yang bebas dan boleh dilakukan semuanya tanpa batas.
Jikalah tlah hinggap seekor burung merpati di laman itu seekor dari yang seribu maknanya(barangkali) adalah membawa maksud yang dinisbahkan oleh Nabi kita menjelang akhir zaman yang mahfumnya adalah yang 1000 dari itu cuma satu yang terpilih untuk ke Syurga..bermaksud begitu ramai bersaing untuk sesuatu yang abadi, sedikit jumlahnya yang sanggup. yang "hinggap seekor ditengah laman" itulah yang memperolehi kemenangan dan kebebasan yang abadi buatnya, kerana menjadi seekor burung pun mereka memerlukan makanan untuk tenaga agar dapat terbang lagi..Apa nasib mereka yang tlah terbang seribu tadi yang terbang kesana sini pada menyangka bahawa diudara itulah kebebasan yang sebenarnya, walhal yang bebas itu cuma di Syurga. Namun penulis tidak mengibarati ia dengan manusia, sedangkan yang membezakan manusia dan makhluk lain adalah Akal,Qalam,Hati..dan yang paling jelas lagi nyatanya, penghuni Syurga itu cuma manusia, sepertimana yang tercatit pada Al-Quran ataupun Hadis. Boleh saja ia menjadi satu teguran yang "sinis" atau dalam buat kita dizaman ini, boleh sahaja kita merasai salah itu pada diri. Kerana yang mencari kebebasan itu adalah "binatang" bukan kita, yang bersungguh menyangka itu "binatang" bukan kita..yang sering pada kebudayaan yang senang dan mudah.

kemudian penulis menyambung gurindamnya:

"Hendak mati dihujung kuku,
hendak berkubur ditapak tangan"

Mati itu satu hal yang dianggap akhir, kita merasai inilah hujungnya..sedang Mati itu satu permulaan yang baharu, perpindahan kepada Barzakh-Akhirat kemudian Syurga atau Neraka. Jika pada mengharap yang bakal dikuburkan itu..baiklah berdoa dan berusaha atas yang diharapkan.. ya, "berkubur ditapak tangan" itulah Doa, bernesankan dua belah Ibu Jari dikanan dan kiri tangan..

wallahualam..ini sekadar secubit dari Gurindam Jiwa yang pernah tertulis dan dinyanyikan seawal keberadaan kita lagi. Penulisnya tiada kita ketahui siapa dan adalah rahasia bagi yang mengetahuinya..

Selepas tamat babak "Gurindam Jiwa" maka "Puja Puji" didendangkan.
Ini merupakan lagu "Tema" buat Dendang Anak. Kerana boleh dikatakan semua persembahan kami akan memainkan lagu yang kami anggap paling istimewa..

Maka inilah babak penutup, selesai penggambaran bersama Sultan Pelalawan dan Rakyat Pelalawan bersama Dendang Anak. Majlis bersurai setelah mencemar Duli Seri Paduka Baginda dari tapak temasya.

Kami langsung pulang dan berehat,
setelah selesai mengenakan pakai untuk tidur. Yang Dipertua meminta agar dimainkan beberapa buah lagu buat Tuan Rumah, Tengku Ibrahim serta Sanggar Pahlawan..Sesudah itu kami berehatlah..

Hamba keluar berjalan diluar sambil menghirup udara segar Pelalawan yang bebas pencemaran, sangat sangat sangat lain dari tempat-tempat lain..Teringat hamba akan kampung kami di Terengganu. Ditilik bulan dilangit cantik rupanya.. Dada merasuk lega setelah menyelesaikan sebahagian besar tugas yang ada dipertanggungjawabkan kepada kami semua.

Deru angin sungguh asyik yang kusangkakan dari hulu,
rupanya dihilir..kami bertemu yang lama,
sudah dikembalikan yang dahulu,
moga kita kekal bersaudara semua dengan bersyukur pada Agama yang dianugrah bersama.

bersambung lagi esok..jikalau masih ada.

ڤادوکا

Jlajah Dendang Anak (Pelalawan) : Hari Empat

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Pagi hari di Dewan Kesenian Pelalawan yang nyaman, selesai sarapan dan kami pada membuat pemeriksaan ulang-ulangan berkenaan perubahan atau pembetulan lagu dan memeriksa alatan "Handasah As-Sawt" kami samaada masih berfungsi ataupun pada rosak.
Bagi yang tiada memahami Istilah "Handasah As-Sawt" : Artinya adalah seumpama Seni Muzik yang berteraskan Keagamaan, ada juga berpendapat (dengan Istilah tersebut) adalah Tujuan Utama untuk membataskan Seni Muzik yang Islami atau tidak..Apapun terserahlah apa tamsilan kita pada zaman ini berkenaan apa dan dimana atau kenapa harus,mesti,perlu atau wajib dilakoni.

Hari ini ternyata agak sedikit santai, tak ada apa yang perlu dikejarkan atau digelojohkan. Namun risau yang tampak jelas dirupa kalangan sahabat itu ada, mungkin ada pada tertanya "Bagaimana Persembahannya nanti?" , "Apa tugas kita selepas ini?" dan sebagainya.. kerana yang nyatanya pada perbualannya adalah perihal yang bakal kami hadapkan esok hari ini, setelah sebulan sebelumnya kami bersiap di Terengganu dengan latihan yang lebih bersungguh-sungguh, kerana ternyata buat penghujung tahun kristian ini, iaitu 2010 ini ada padanya satu acara yang melibatkan Istana dan Raja yang bagi kami, orang Melayu,yang berdaulat dan beraja seharusnya.. Maka kami pikul akan tugas ini sebaik mungkin, menutup 2010 sebagai salah satu bab dalam Al-Kisah permulaan kami yang panjang..

Petang itu, ketibaan seorang lagi saudara jauh kami, yang hamba sendiri ternanti-nantikan, Raja Alfirafindra atau mesra disapa "Raja Epi",dijemput khas dari Jogja oleh Yang Dipertua agar tarian untuk persembahan nanti mendapat perhatian beliau, adalah kerana beliau ialah seorang Guru dan Pensyarah Bahagian Seni Tarian dan Persembahan di Jogja, maka kami undangnya kemari bersama kami menjayakan persembahan ini.
Sejurus selepas itu, maka sampailah Yang Dipertua, kami yang sudah beberapa hari sebelum ini tidak berjumpa dengannya sudah rasa rindu padanya dan terubatlah sudah. Alhamdulillahi rabbil alamin..

Latihan diikuti tarian yang disertai oleh para penari Sanggar Pahlawan, dari Dewan Kesenian Pelalawan dimulakan dengan selengkapnya. Selesai itu, Yang Dipertua Dendang Anak meminta komen dari Raja Epi, bagaimana iringan lagu Melayu Sejati itu jika diikuti dengan tarian? Raja Epi memulakan lembut bicaranya dan kemudian menyentap tegas kata-katanya " Lagu Dendang Anak tak seharusnya ada Penari, kerana Mesej/Pesanannya dari lirik itu bakal tenggelam, jika ada tarian yang bukan-bukan itu bakal melemahkan lagi pesanan yang akan disampaikan, nyanyinya harus tampil, musisinya harus tampil kerana bagi saya, Dendang Anak itu yang bawa pesan, musisi dan penyanyinya yang menyampaikan. Dan tak perlu ada penyanyi wanita dalam lagu Melayu Sejati kerana yang gagah menampilkannya itu lelaki, tapi kalau iring..ya tak apa..duet(berpasangan), saya kurang bersetuju Abangku*"..
*nama panggilan atau gelaran untuk Yang Dipertua Dendang Anak oleh orang-orang diserata Riau.

.."Jika dibelakangi penarinya dengan Penyanyi, ya tak apa mungkin.." lantang lagi menambah katanya si Raja Epi.

Yang Dipertua senyum dan menganggukkan kepalanya, seperti telah terjangka oleh beliau. Selang beberapa detik, Beliau membalasnya pada Raja Epi:

"kita tengahkan sahaja penarinya, penyanyi-penyanyi Dendang Anak dihadapan, musisi disamping.."

Raja Epi menjawab, "Ya itu saya setuju," disambung lagi sambil menoleh mukanya yang tegas namun ceria itu kepada kami semua seraya bersuara "...dan maafin saya ya adik-adik kerana abang lagi mulutnya lancang dan biadab kalau kata-katanya, soalnya kita ingin yang paling ada impak..suatu letupan didalam persembahan..bukan saya hendak menyebelahi yang mana-mana, ini pandangan abang aja..makanya kita harus fikir yang palin baik untuk hal ini..ini kerja kita orang seni.."

Tiada raut wajah tak berpuashati, namun senyuman saling berlontaran antara satu sama lain.. Keadilan yang ditampilkan antara Raja Epi dan Yang Dipertua begitu membuatkan kami lebih senang untuk melakukan dan menumpukannya dalam apa kami bikin, tanpa ada sedikit rasa was-was.

Setelah petang dan hampir Maghrib waktunya, latihan bagi sebelah petang sudah pada selesai, 5 minit sebelum Adzan maghrib berkumandang kami pada pertengahan lagu Melayu Sejati. Dengan tidak semnena-mena dan tiba-tiba bekalan elektrik di situ terputus, jadi gelap gelita, hanya yang ada cuma lampu jalanan.. Namun apa dimulakan harus selesai dahulu, dari perasaan dan pengalaman sendiri hamba, hamba jadi lebih bersemangat..Kerana para pemuzik, penari dan penyanyi tidak berhenti kerana terputus bekalan itu. Diam hati hamba berkata " Syukran Ya Allah..Hebat semua ni"...Rasa kagum dan terharu pada ketika itu hamba pun tak pandai hendak menerangkan didalam rangka kata apa skalipun. Ia jelas, penggiat seni itu sebenarnya yang paling rapat bersama Tuhannya, namun jangan disalah tafsirkan sudahlah. Kerana yang dimaksudkan itu baik belaka.

Selesai itu semua berpeluh-peluh, tiada Azan kedengaran kerana masih tak ada elektrik.
Semua pada membawa berus dan alatan mandi, tuala dan beratur dihadapan kamar mandi, terimbas sekali seperti cerita Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Bujang Lapok pada babak pagi dimana Ajis, Ramlee dan Sudin ndak mandi dan terpaksa beratur panjang bersama tetangga yang lain untuk mandi. ha ha ha..

Selesai Solat Maghrib, yang bersama kami semua pada mencari lilin untuk menyalakan dewan tersebut. Atas harapan moga dengan beberapa batang itu kami dapat meneruskan latihan.
Setibanya Yang Dipertua, kami dikumpulkan dalam satu bulatan. Saling bertukar pendapat dan pandangan.. Apa yang penting disini adalah penceritaan Yang Dipertua yang disampaikan dengan ringkas dan padat makna nya.

"Kita terhimpun disini dengan serba kekurangan, namun yang kurang itu kita perlu perhatikan..perlu dingatkan kembali hadis Nabi mahfumnya: Barangsiapa bersyukur dengan satu nikmat, Allah tambahnya dengan berlipat ganda...
Hari ini kita pada lupa semuanya, sayang kan?..Orang yang Melayu itu lupa dia Melayu, padahal menjadi Melayu itu kita saling kenal bangsa apa sebelumnya..dan pasti Raja itulah pemimpin buat mereka."

...suasana begitu menumpukan sepenuh perhatian kepada Yang Dipertua dan tidak sabar menunggu apa katanya lagi..

"Melayu tanpa Raja itu bukan Melayu, bukan Insan apatah Manusia..kerana Raja itu kepala bagi anggota.. tiada kepala bagaimana mahu semuanya? Segala Pancha Indera pun letak di kepala, yang merasa itupun dibahagian mulut, kepala juga tumpangannya, yang menghidu dan mendengar, juga kepala..jadi, apapun kata kita berkenaan Raja dan Sultan pada masa ini itu terserah namun kenyataannya adalah itu..yang ada sejak azali namun sengaja ditiadakan.."

buat peringatan para penari dan semuanya yang ada, maka Yang Dipertua pada mengingatkan kembali hadis Nabi berkenaan Akhir Zaman mahfumnya:

"diakhir zaman kelak bakal ada sebuah negeri bawah angin "Samudra" namanya..maka Islamkanlah orang-orangnya, kerana akan ada ramai wali-wali Allah disana.."

"Setelah bergeraklah masa, setelah wafat Nabi Muhammad Sallalhualaihi wa salam, maka Para Sahabat meneruskan usaha tersebut, menjadilah kerajaan Khalifah (yang bermaksud Pimpinan), dan Wali itu pun Pimpinan..kalau zaman kita dihari ini maka Sultan itu lah penerus ajaran Agama Rasulullah..yang mungkin kita tak tahu. Namun lihat pada sejarah, apa tlah kita diajarkan? "

..ujar dan soal beliau lembut bahasanya, dalam ertinya..

beberapa ruang diam diberikan untuk merenung.. maka disambung kembali kata-kata beliau, yang lebih kepada membakar semangat agar yang terbaik mampu diberi esoknya.
Maka kemudian itu kami meneruskan latihan dengan bayangan seolah-olah sudah berada di pentas mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan kepada Pelalawan tempatnya..

Didalam raga fikir kami barangkali sibuk meletakkan pendirian bahawa "Inilah latihan paling terakhir sesudah selama sebulan latihannya"..

Walau bertemankan lilin yang dwa jengkal panjangnya walau sehingga jam 2330 malam tahannya. Masa dianggap paling berharga dan latihan ini diberikan padu dan lakunya dengan penuh kesempurnaan kadarnya..

Selesai itu maka semua berehat dan menyimpan tenaga sepenuhnya untuk esok dan lusa. Kerana dwa hari akan kami tempuhi ini adalah hari yang sarat dengan pelbagai rencana.

Garapan Hari ini Mohonlah dari hamba untuk berhenti..

insyaAllah bersambung lagi..

ڤادوکا

Wednesday, December 29, 2010

Dendang Anak di Wikipedia Bahasa Melayu dan Indonesia!

klik disini

Jlajah Dendang Anak (Pelalawan) : Hari Tiga

Maka perawi yang bernama Paduka Raja Dendang Anak Terengganu memulakan kalimahnya dengan puisi yang wujud dari sekian lamanya:

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya sendiri
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang….

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu Gagah Di Nusantara..Melayu Gagah Di Nusantara..Melayu Gagah Di Nusantara.

Itulah hasil lorekkan tinta berkena mengena kepada nasib kita hari ini, Warisan itulah namanya..
yang hiba buat hamba merenunginya sering terjadi kalau sesebuah karya lama seperti ini dipergunakan hanya semata-mata berkadar untuk meraih sokongan demi kepentingan tertentu yang berupa sendiri. Padahal kita Melayu itu jelas melata se Nusantara.
Ilham kita sepatutnya bukanlah untuk menubuhkan badan persatuan dan persatuan lagi dan persatuan lagi didalam anggota pemerintahan yang berlainan tujuan dan matlamat, seharusnya kita jangkakan cabaran yang perlu kita hadapi sama-sama atas maksud mencapai suatu nilai dan berjaya pada tahap lain yang berkerbesamaan..
Hari ini gemar kita bikin satu kumpulan, terus satu kumpulan lain didalam kumpulan yang tadi, didalam kumpulan kecil ada lagi kumpulan kecil yang lebih kecil.. Bayangkanlah betapa payahnya kita telahpun bikinkan pada hidup ini yang sebenarnya tidaklah sepayah itu...........

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Demikianlah apa disampaikan awal itu, inilah sebuah puisi yang hamba nyanyikan didalam diam, seawal pagi yang dibangunkan untuk bersiap-siap agar perjalanan kami diteruskan ke Rumah Seni Dewan Kesenian Pelalawan (DKP) agar latihan kita dijalani langsung bersama para penari-penari anak DKP.

Setelah menikmati hidangan makan tengah hari di rumah keluarganya Tengku Ibrahim, adapun daripada kami bersandar sambil menyalakan rokok kretek yang begitu payahlah ndak dicari disini, disana sudah mudah dan lebih murah!..
Sambil menarik bakaran bara tembakau dan kemudian menghembuskan asap darinya, hamba teringat pada Kain rentang perutusan dan bekas cakra padat yang hendak dibikin dan dihadiahi kepada Sultan Pelalawan. Sudah semuanya dibawa hanya kainnya tiada, makanya Angah dan Atie ke Pekan mencari nya, sementara yang selainnya berkemas-kemas baju-baju kedalam bagasi, memunggah muatan kedalam van dan kereta. Hamba pula masih bergiat menulis pada coretan ini, memang jika kelihatan keadaannya seperti hamba ini tak prihatin..Namun bagaimana mahu tahu kisahnya kalau tak punya pencatitnya kan? Kalau ada yang menjawab, "ya tulis nanti kan bisa.."
Istimewanya lagi tidak sama, pasti beza.

Nah, disini bukan tujuannya menunjukkan siapa yang prihatin atau tidak, pokoknya semua pasti ada kerjanya, tapi itu bukan maksud sebenarnya, yang sebenar itu hamba ndak berkongsi serba pendek kisahnya mengenai hal Istimewa,
yang pernah suatu masa hamba teringat pada erti Istimewa. Buat pengertian kita yang memahami Istimewa itu, selalunya apa yang kita rasa, sedang rasa itu berubah-ubah..Maka apalah Istimewa pada rasa Sayang tapi kemudian kamu pada membencinya? Istimewanya yang mana?
Bagi hamba yang menyangka, Istimewa itu datang pada kadar yang tetap, kenapalah yang Istimewa kata orang itu yang tak tetap sedang yang berubah-ubah itu tak tentu yang mana istimewanya? Kemudian hamba jadi bingung, hamba berhenti seketika, menarik sebatang kretek dan menyalakan, memulakan kembali kebingungan tadi kemudian mengulangi perkataan yang dihamburkan oleh sangkaan tadi.
Kemudian hamba menggelengkan kepala lantas bersuara,
"Istimewa ini tidak masuk akal"..

kemudian hamba terkejut,

terhenti,

dan rasa begitu terang kepada rasanya tadi.

Memang sebenarnya, yang Istimewa itulah yang tidak masuk di akal, hamba memperakui silap hamba yang menyangkai ia adalah ketetapan kemudian menerima yang baharu sahaja dibadeq kan.

Kalau dulu hamba sangka, yang Istimewanya perlu diberitahu, dikhabar-khabarkan pada orang ramai akan keiistimewaan itu, sekarang hamba pada silap!..Istimewa itu Rahasia, ia adalah Rahasia diri dengan sendiri bersama yang Khaliq.

Iya andaikatalah kata anda semua, ia patut diwar-warkan. Kalau seorang gadis itu cantik rupanya, maka gambarkan dia, gantungkan gambar dirumah atau kalau ndak dilebih istimewakan itu jual sahaja dikedai yang tinggi tarafnya.
Tapi pasti kehidupan itu ada lanunnya, yang mencuri hak yang bukan miliknya dengan cara yang licik, menggunapakai semula karya itu untuk memperolehi keuntungan.. Terus apa ada istimewanya kepada gadis yang digambar itu setelah wajahnya jadi terang-terangan jelas semua tahu dia adalah si cantik manis jelita orangnya?

Itukah Istimewa?

Barangkali inilah sebabnya kenapa seawal 4 tahun hamba mengaji di Tadika Al-Arqam, terus waktu hamba tinggal di Kaherah,berjalan ke Abu Dhabi kemudian ke Madinah dan Makkah kelmarin, dilihat begitu ramainya wanita bertudung labuh..dan bermiqat atau berhijab yang hanya menzahirkan matanya sahaja, dan ada diantaranya juga bertutup semuanya hingga memakainya mirip seorang Ninja Jepun. Hamba pada ketawa dan seloroh sendiri waktu itu.. Namun tatkala mengimbas kembali, nilai Istimewa itu ada pada amalan itu, pertama perihal Aurat itu terjamin jaga semuanya, kedwa- lelaki pun jadi segan kepada wanita seperti ini..Segan kepada Rahasia. Dan semua ini berlaku kerana apa yang ada itu di Istimewai, seorang wanita yang tidak bertudung kemudian bertudung, itu satu hijrah yang baik buatnya. Akan tetapi hijrah nya sejauhmana jika tidak ditetapkan untuk apa diamalkan sebegitu? Boleh sahaja menjadi satu Aurat buat wanita yang bertudung itu mengenakan pakaian yang berbentuk tubuhnya, atau tuturkatanya atau amalannya sekalipun. Jelas Aurat itu bukan sekadar hal yang Syarie namun alasan mengapa begitu dan mengapa begini dan dilakukan semata-mata untuk membentuk pribadi Hati.

Kita biasa dengar kata orang "diluar nampak bahagia, dihati siapalah yang tahu"..
Hati itu rahasia, yang tak siapa tahu, sementara yang bahagia itu tak semestinya yang nampak dimata kerana permulaan kenal hati itu semestinya dengan rasa, hingga hari ini rahasia rasa pun tidak dapat ditamsilkan setepat mana yang sesuai untuk diperkatakan "ya, itu lah yang sebenarnya apa aku rasa"..
Kerana hakikatnya, segala rasa seperti Manis,Masam,Pahit,Tawar,Kelat,Pedas,Sejuk,Panas itu semuanya masih berada didalam kadar tamsilan,sangkaan ataupun cadangan,moga diharapkan agar kita disatukan. Usaha itu hingga sekarang berhasil namun kebenaran rasa itu masihlah Rahasia dan tak mungkin sama dengan yang kedwa atau ketiga atau seterusnya..Meskipun melalui penceritaan, itu mungkin sebutir makna dari seguni garam yang di "rasa" tadi.

Hamba ajak anda semua mentelaah pada apa yang dikongsikan, bukan mengikutinya namun berpandu atas penceritaannya jikalau ia masih dianggap bermunafaat.

Setelah itu hambapun terus kepada perjalanan kami,ke Pelalawan. 2 Jam lebih kurang jika tak silap hamba, kami tiba di Dewan Kesenian Pelalawan.. Dan latihan bermula pada petangnya, sebelum bermula kami langsung dengan acara suai kenalan dahulu bersama penari kemudian meneruskanlah apa yang patut diteruskan.

Sementara hamba pula memencil diri jauh dari dewan latihan, mengheret barangan keperluan "pejabat bergerak" hamba ke anjung kecil. Sambil diperlihatkan jalanraya dan gerbang masuk kilang kertas.. Banyak sungguhlah pengangkutan berat yang lalu, kalau gambaran hamba pula, seperti gajah-gajah yang lalu sambil mengheret kayu balak.. Ketawa kecil sambil memulakan kerja hamba, disamping memperdengarkan lantunan lagu yang dimainkan oleh para sahabat hamba dari dewan latihan dalam..

Ditebarkanlah lembaran kain, diterapkan dengan pensil, kemudian kerja melakar bermula hinggalah kepada susunan lirik lagu yang bakal dihadiahi kepada Sultan Pelalawan, yaitu lagu "Melayu Sejati".. Rangkap demi rangkap dicoret dengan hati-hati, didalam hati terfikirkanlah apa mungkinkah ini semua bakal wujud di Muzium Pelalawan suatu hari nanti,bila ketiadaan hamba? atau mungkin akan terus berada didalam genggaman para Sultan-sultan seterusnya dan dijadikan sebagai salah satu pesanan Wasiat Dendang Anak kepada anak cucu nanti? wallahualam.. Hamba menjadi seorang manusia yang begitu hamba dirinya tak sepatutnya membuat andaian bukan-bukan, seharusnya pasrah dan buat apa yang disuruh atau apa yang perlu. itu aja..

Sedang menyiapkan Watikah Lirik Dendang Anak itu, Yang Dipertua Dendang Anak sampai di DKP, selesai bersalaman maka hamba mempersembahkan apa yang sedang dibikin.

Latihan diteruskan lagi pada malamnya, diperkuatkan dengan penerangan Yang Dipertua kepada mereka yang serta bersama dan berusaha untuk menjayakan persembahan ini.

Tamat sekitar jam 2330 malam, semuanya pada keletihan dan kepenatan adalah kerana kesungguhan masing-masing telah menaruhkan hampir kesemuanya hanya untuk latihan, kagum pada mereka dan malu pada diri sendiri.

Malam itu selesai makan malam yang lewat, semua pada menyarungkan selimut masing-masing. Hamba pada mengakhirkan penulisan ini pun turut rasa mengantuk matanya, namun begitu risau pada persembahan ini..

wallahualam.

insyaAllah bersambung lagi kita esok.

ڤادوکا

Tuesday, December 28, 2010

Jlajah Dendang Anak (Trangganu-Mlaka-Pekan Baru-Pelalawan) : Hari Dwa

Terengganu Darul Iman..
pada Sejarah awal kedatangan Agama mula disini, Batu Bersurat menjadi sumber utama untuk memperkatakan bahawa inilah Negeri bagi yang hendak beriman-yakin pada apa yang diyakinkan.
Sharif Muhammad Al-Baghdadi, seorang pembawa agama Islam yang dikenali dengan pelbagai nama, "Fakir" atau "Sultan Muhammad" yang kita kenali pada catatan Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. "Tok Ayah" sebagai seorang datuk yang abi kepada agamanya..Diutuskan oleh Kanjeng Nabi Muhammad Salallahualaihi wa Salam, seperti berikutnya:

"Sepeninggal aku telah wafat kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.

"Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,

serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.

Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah.

"Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama

Kitab Sulalatus Salatin menyebut Mengiri sebagai negeri Muktabar. Apapun, Fakir yang dimaksudkan adalah orang yang sama, Fakir Muhammad, seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi tersebut ke Samudera (di Aceh sekarang).

*Untuk makluman, nakhoda kapal yang digelar "Nakhoda Ismail" ini ialah Sultan ul Arifin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.

tanah yang pernah menjadi saksi kedatangan Rasulullah salallahualaihi wa salam, jelas pada catitan tertera "..Rasulullah telah lalu 702" mendapat barakah serta restunya bagi menyebar akan Agama ini ke serata Alam Samudra, hingga lahirlah sebuah bangsa yang dinamakan Melayu.


Melaka Darul Salam..
Negeri yang paling sohor dengan segala isi kisahnya yang terkenal serata dunia, kewujudan Kerajaan Melaka bukanlah setakat diketahui awamnya sebagai Pusat Dagangan Dunia, namun adalah sebuah pusat penyebaran Agama Islam kerana terdapat ramailah para ulama yang muktabar serta orang alim yang bermastautin disitu..Menyamai seperti Madinah Al Munawarrah. Melaka sebuah pusat rasmi untuk manusia sesama manusia saling berjabat tangan dan bersalaman justeru mengenali pertuturan rasmi Bahasa Melayu, yang pernah tercatit dalam sejarah sebagai bahasa yang luas penggunaannya(sepertimana yang kita gunakan Bahasa Inggeris hari ini), kita tlahpun lama maju dari itu belaka. Pernah dikatakan sehinggalah ke Madagaskar(sebuah daerah yang letak di Afrika), Mekkah, Madinah, Parsi atau China anda masih mampu mendengar pertuturan mereka dengan lancar akan bahasa Melayu.. Barangkali kerana "Jiwa" yang bersih dari buruk sangka itu ada antara kita, bersaudaralah semua. Melaka, gerbang kepada Terengganu Darul Iman.

Negeri Riau..
padanya lahir tokoh-tokoh suci, seperti Raja Ali Haji dengan Gurindam 12 nya, tempat persemayaman titisan kesultanan Melaka, hubungkait Negara Malaysia,Brunei,Singapura dan Indonesia yang dinamai dan dipersetujukan oleh kita semua, jadi kebingungan buat hamba..Mengapa kita harus disempadankan sedang air yang terbentang dan mengalir diantara kita ini semua jikalau dicincang, malah takkan putus. Kenapa tak dibina "Jambatan Emas" yang dipohon sebagai Mas Khawin Putri Gunung Ledang diantara kita?
Kenapa masih belum ada 7 dulang "Hati Nyamuk" dibuang dari sifat kita? dan bagaimana fikir kita mentafsir dan memecahkan kemustahilan yang diinginkan itu hanya semata-mata untuk menyatupadukan rakyat demi rakyat didalam satu gugusan yang besar yang sanggup korban demi yang Esa maha menjadikan.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

imbasan seperti ini berkumandang seawal pagi yang menggesa kami semua untuk bersiap dan berangkat ke lapangan terbang atau bandar udara(di Indonesia memanggilnya Bandara) Melaka International Airport bersama Pelajar KYM(Kolej Yayasan Melaka).

Para sahabat-sahabat pada kelihatan tidak sabar-sabar untuk menjalani hari ini dengan penuh bertenaga. Sungguh apa yang dari kami ketahuinya adalah Susah Payah itu tetaplah ada. Mana tidaknya, sebuah kumpulan seperti apa yang wujud disini atau dimana-mana dapat berseteru untuk menyatukan Niat atas Maksud difahamkan kemudian segala Fikirnya agar dicapaikanlah Matlamatnya. Tlah tentunyalah ada antara jadi makin berselisih faham dan bertengkar hingga tak bertegur sapa, beza dengan Dendang Anak..Kami adalah keluarga besar, sahabat yang sejati dan begitu saling berusaha keras untuk faham dan memahami. Inilah Kami dan inilah apa adanya untuk kami pertaruhkan demi apa yang kami yakini dengan pasti.

Yang agak mendukacitakan adalah pemergian kami kali ini tidak diserta oleh Makhdum, kerana begitu diperlukan oleh kerjanya.. Disaat akhir sebelum ke Pesawat, mengalirlah airmatanya sunyi dipipi tembamnya yang telah berkali-kali dikesatkan.. Walaubagaimanapun rupanya, semangatnya tetap bersama kami.

Maka berlakulah sesuatu peristiwa yang agak lucu dan mengerikan apakala berada diatas pesawat. Sekitar 12 minit berada diatas udara, sayap burung besi digegar-gegarkan oleh awan yang mendatang. Para pelajar pada ketakutan, barangkali ia adalah kali pertama buat mereka menaiki pesawat dan ke luar Negara.. Hinggalah secara tiba-tiba pesawat tersebut menerima satu hentakan kuat dari bumbung oleh yang namanya tekanan udara(yang disebut "Air Pocket"), menyebabkan air yang sedang diminum itu semuanya tercampak ke atas, sebutir demi sebutir pada mata hamba dapat melihatkan bagaimana hebatnya kejadian itu lantaran hamba teringatlah akan cerita yang pernah ditonton pada wayang bertajuk "The Matrix" atau rancangan TV yang bertajuk "Time Warp"..Gambaran aksi pergerakan yang perlahan, tak pernah akan tertatap oleh mata kasar dipersembahkan dalam kejadian tersebut. Kagum rasanya..
Namun yang kasihan adalah apakala berlaku bersamaan dengan kejadian itu, ada kalangan kami dan pelajar juga yang melambung ke atap pesawat sekaligus menghantukkan kepalanya..termasuklah pramugari yang tidak sempat untuk duduk dan menjerut tali keledar kerusinya, hingga terluka saat jatuh kebawah.
Peristiwa ini begitu menarik juga menakutkan, namun inilah harga nya pada kesenangan yang diangan-angankan dalam perjuangan. Pasti Allah menguji kita jikalau hendak bagi kita sesuatu yang istimewa, tentu ada pengorbanannya. Apa yang berlaku sungguh menakutkan, sungguh kata kita selalunya "tak takut mati" itu lancang, namun cara kematian itu serba sedikit cuba menjanggali keyakinan yang kita cuba tanam suburkan dalam diri.
Hamba pelajari satu hal yang berharga, bukanlah hidup ini. Namun ilmu dikepala ini, yang adakala perlu buat kita mengosongkan fikiran dari bersangka-sangka, kerana ternyata kita pada meleka.. Namun ilmu diucapan ini, yang adakala harus ditiadakan ayat-ayatnya dari berjanji-janji, kerana ternyata adakala kita sekadar mencarut pada kata.. Namun ilmu didada ini, yang adakala mesti dijadikan lubuk yang kosong, tanpa perasaan untuk berbuat sesuatu yang pasti kita tahu demi Ilahi..Namun ilmu dikehidupan yang berupa keseluruhan anggota ini, yang adakala patutnya di tiadakan yang sempurnanya, kerana yang jelas sempurna itu tiada disini, Allah hu rabbil alaminlah yang maha sempurna..

Dengan melihat kekiri hamba, adalah dua gadis yang saling berpegang tangan, barangkali ketakutan..Di kanan seberang sana yang ada 3 tempat duduknya, Mi Sawa yang paling kirinya kemudian sebelah dan sebelahnya adalah sepasang lelaki dan wanita, juga pelajar KYM. Mereka pucat lesi kerana ketakutan yang amat, dan menangis dalam masa yang sama, bersungguh benar mengawal perasaannya.

Kanan hamba pula kelihatan tenang, barangkali celotehan Mi Sawa begitu mengajak pasangan itu pada lupa terus apa terjadi namun disebelah hamba ini masih tegang keadaannya, hamba memulakan percakapan, kemudian ditanya, terbitlah satu perbualan yang hamba sengaja jadikan untuk menarik nafas lega yang pendek berkenaan kecelakaan, hamba tak lupa juga dengan gurauan yang mengusik mereka agar kemesraan yang diwujudkan itu kekal diingatan sampai bila-bila.

Saat hamba menoleh kebelakang, hamba memandang ke arah Putra, dia langsung ketawa keras, kerana yang melambung sebelahnya adalah si jejaka tampan,pendek lagi melucukan..sang penghibur, Nadhimlah orangnya. Waktu kejadian itu, Nadhim tidak sempat untuk mengenakan tali keledar, langsung meluncur naik keudara dan melekat dirinya di atap pesawat. Itulah Nadhim, seperti namanya yang ditafsirkan dari harafiah arab yang bermaksud "yang berseri-seri"..Bayangkanlah kalau tiada dia bersama. Tawa kami barangkali tak mungkin seperti sekarang, yang ceria itu sering si Nadhim..ha ha ha ha..

45 Minit sertusnya kami sampailah mendarat di Bandar Udara Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru, Riau.
Ketibaan kami disambut mesra oleh Tengku Ibrahim bersama angkatan beliau yang juga sahabat handai kami, Totok, Nafi dan selainnya.. Bertungkus lumus bersama kenderaan dan mengangkat muatan kami untuk dibawa ke penginapan kami.

Kami dibawa ke rumah keluarga Tengku Ibrahim yang letaknya di Pekan Baru, kerana dijadualkan penginapan yang sedia buat kami adalah tanggal 21, sementara ini baharu 19 haribulan. Makanya dengan serba baiknya sungguh keluarga Tengku Ibrahim menyiapkan penempatan buat kami yang hina ini.. Sebelum malam tiba, petang itu kami berdendang selaku perkenalan buat ahlul keluarga Tengku Ibrahim yang bakal kami Sayangi dan rindui nanti.. Dengan ucapan awal oleh wakil Dendang Anak, Bentara Zulkifly yang memberi pandu fikir awal kepada semua berkena mengena dengan Sejarah yang penting buat kita semua teladani dan yang penting untuk diusuli/diikuti kerana jalan Sejarah itulah yang berlaku kerana Tuhan mahukan buat kita carikan makna kebenarannya..

Azan Maghrib berkumandang, diri hamba yang kurang baik dari demam sebelum dari Jlajah ini terlantar ditikar hadapan luar rumah Tengku Ibrahim. Terlena tanpa diduga langsung..hinggalah dikejutkan untuk Solat Jamak Taqdim berjemaah.

Solat selesai maka kini tibalah masa untuk menunggu makan malam, sementara itu kehadiran penyanyi kecil molek yang bakal digandingkan dengan Bathin telahpun sudi bertandang di rumah Tengku Ibrahim, namanya Fatimah Amir yang mesra disapa "Inong". Oleh kerana keadaan Bathin yang kurang sihat juga maka hamba dengan kejanggalan suara hamba ini berlatihlah bersamanya menggantikan tempat Bathin, samping dibantu oleh Penghulu, Tajul, Panji, Putra dan semua yang ada. Pendita sebagai "vocal guide" untuk Inong, yang dilatihkan adalah dwa buah lagu. Iaitu, "Melayu Sejati" dan "Gurindam Jiwa".

Jika lagu Melayu Sejati pernah berkali-kali disuai kena kan untuk persembahan kerjasama atau kolarborasi, seperti Maal "Konsert Maal Hijrah 2005", Dendang Anak tlah digandingkan bukan sahaja dengan Kumpulan muzik pimpinan Cak Nun atau Emha Ainun Nadjib, namun bersama "Ogy" atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud, anaknda kepada penyanyi 60-an yang terkenal Ahmad Daud.
Tahun kelmarin 2009, Dendang Anak telah berjaya membentuk, mengajar dan menubuhkan sekitar 60 orang anak kecil pelajar sekolah rendah Pekan Baru untuk mengadakan persembahan lagu Melayu Sejati di acara penutupan Hitam Putih Riau World Music Festival 2009.

Namun lagu Gurindam Jiwa masih dianggap belum dicanang-canangkan dengan sebaiknya, lagu dan penulisan yang pada umum tidak diketahui siapa penulisnya ini pada sebenarnya berusia ratusan tahun dan kami mempercayai ia adalah penulisan karya asli Tok Ayah sendiri, sang pandawa yang membawa Agama Islam ke Alam Melayu ini.
Diperkuatkan lagi dengan makna-makna yang tersirat sarat serta kemas bahasanya lagi yang hingga kini tiada siapa yang boleh memperkatakan lagu siapa atau dari mana usulnya. Maka kami serah kepada Tok Ayah, kerana dirasakan bahwa beliaulah yang paling layaknya menerima penghargaan itu....

Bila direnung kembali, hamba teringat akan pergelutan kita kini berkenaan lagu Negaraku, betapa ramailah sungguh perawinya, betapa banyaklah kesimpulannya hingga kini kita pula yang tersimpul bersama gelung-gelung atau tali temali kecurigaan yang dalam diam juga was-was..Fasal lagu Negaraku, padahal kita tahu ada di Aceh nyanyiannya tembang/lagu yang bertajuk "Terang Bulan"..
Kalau dirujuk pada bendera Aceh-Terengganu kemudian dipandukan dengan bendera Turki yang semuanya punya persamaan Bulan Dan Bintang sebagai asas bendera, yang membawa lambang Agama.. terpulanglah apa fahamanmu, yang jelas persamaan kita cuma satu,yang tetaplah Agama namanya.
Kenyataannya kita begitu teringin untuk beragama namun bezanya sekadar "cara" yang kita mahukan.

Hamba tlah pun pada menerangkan seawalnya bagaimana Terengganu didatangi oleh seorang Mubaligh,Ulama, orang Alim yang namanya Syarif Muhammad Al Baghdadi atau Sultan Muhammad atau Fakir atau Tok Ayah, yang mengislamkan dan menabalkan Sultan Melayu Pertama yang bernama Sultan Malikul Saleh(Merah Silu).

Jelas Syarif Muhammad Al-Baghdadi ini usulnya dari Baghdad, sebuah daerah yang letak di Negara Turki. Yang kemudian berhijrah ke Makkah untuk menimba kepandaian Agama, akhirnya bermakam di Jenagor, Kampung Batu Belah, Hulu Terengganu, Terengganu.

Jika jolokkan atau pengibaratan orang terdahulu mengatakan "Serambi Mekkah" itu Aceh, Pattani juga turut Darul Salam dibelakangnya, dan jangan kita lupa..Melaka pun Darul Salam! Katakanlah kalau "Serambi Mekkah" itu semuanya Darul Salam, maka dimana satu sudut yang tepat yang sebenarnya dihadapkan?
Hamba biarkan anda semua buat perkiraan ini sehinggalah anda sendiri tahu dimanalah tempat itu.

Pernah hamba berbahas dengan seorang hamba Allah ini,juga rakan rapat hamba hingga kini:

katanya,
"beragama tak semestinya kita bertempat. Allah dimana-mana.."

seraya dijawabkan,
"kalau begitu, cari sahaja Tuhan dalam kamar mandi atau tandas..tidak perlulah padamu memikirkan kepentingan akan adanya Madrasah, Mussola, Masjid dan sebagainya kerana ternyata itu semua adalah TEMPAT.."

....Makkah itu tempat, tempat mula Jagat dan tanah ambilan para malaikat untuk dijadikan Jasad serupa Manusia yang didalamnya punya Roh yang paling suci. Rukun Islam jelas memperkatakan kepentingan bagi orang Islam itu menunaikan Haji pada yang ke 5 angkanya. Maksudnya, kita wajib arifi fikiran kita dan tahu dimana Usul diri kita, tempat dimana Manusia yang berbudaya Hindu dahulunya dan akhirnya "lahir" dan bangkit kembali sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan ketamadunan yang berwawasankan akhir zaman, Melayu namanya..Sebatian Arab,Cina serta India melahirkan kita yang berbangsa kerana Agama itu Usulnya.

Ayuh. Betulkan saf mu, rapatkan saf.. Solat kita mengadap Allah taala. Makanya biar benarlah apa difikir, dibacakan, dirasakan agar kehidupan ini semuanya tidaklah Bohong belaka rupanya...

Malam ini hamba turunkan dahulu tirainya, andai diizinkanlah bagiNya untukku terus esok. InsyaAllah bertemu lagi pada Jlajah Hari Tiga, dan rasmi tamatlah Fasal Dwa.

ڤادوکا

Saturday, December 18, 2010

Jlajah Dendang Anak (Trangganu-Mlaka-Pekan Baru-Pelalawan) : Hari Satu

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Perjalanan panjang yang datang dari Trangganu Darul Iman,
hinggalah sampai kami di Melaka, disambut mesra oleh Makhdum.
Kemudian esok petang,jika umur panjang semuanya kita berangkat ke Riau, Pekan Baru tempat pertamanya.

Hamba membuat catitan seawal dini hari ini dengan penuh rasa keharuan, pada terusik dengan panggilan dari Pelalawan, yang seperti tlah dirancangkan oleh siapa-siapa yang disebalik tabir itu agar kami ke sana lagi bagi menjayakan acara Pembuka tirai sempena Awal Muharram ini..dan ia adalah berkena mengena dengan hal yang pada masa kini semakin hangat bahangnya untuk diperkatakan, ada kerana Politik yang berkepentingan begitu mencurigainya, ada juga Politik yang tidak mencurigainya..namun masih berkepentingan. Ketuanan jadi hal yang dianggap "besar" buat harian kita, kita begitu merasa perlunya bebas secara menyeluruhnya..tanpa keterikatan atau pemerintahan untuk memperkatakan bahawa, kita tidak perlukan pimpinan yang satu namun kita rindukan pemimpin yang berkepala enam, bertangan dan berkaki dua belas. Yang diperbulatkan suaranya rakyat itu begitu "gian" untuk mempunyai cara hidup sendiri dan berbuat hal sendiri.. Dulu, hamba pun sendiri bersependapat akan hal ini, hamba sangka Tuhan tlah menurunkan kita kedunia ini demi kebaikan yang perlu dibahagi-bahagikan sama rata.
Adil yang didalam kamus hidup hamba jadi panduan, hamba perlu sentiasa berikan sama rata, walau RM2 itu diberi kepada kawan yang satunya adalah anak fakir miskin dan satunya lagi kaya raya..
katanya jika anda meletaknya pada tempat yang betul, anda di tahniahkan kerana anda seorang yang Adil. Walau anda dianggap Tidak Adil jika memberikan wang itu juga kepada yang sudah mewah hidupnya..

Tetapi sebenarnya hamba silap!

Kerana yang betul itu masih belum diulang kajikan, tidak diperhatikan dan tidak difahamkan sedalam-dalamnya.. Bagaimana jika RM2 yang diberikan kepada seorang kawan yang tampaknya dia adalah anak fakir miskin sedang dia telah berjaya hidup sendiri dengan sihat tanpa sebarang bantuan melainkan terus dari Tuhan dan apabila yang sebenarnya yang kaya raya itu lebih muflis hakikatnya di dalam hal Kasih Sayang?
sedang menjadi seorang Islam itu mulanya adalah Kasih dan Sayang, ya bukan?
Dan adakah Adil buat diri kita pada merosakkan rancangan Tuhan buat seseorang yang miskin itu yang walhal kita jelas tahu bahawa yang dijamin rezekinya adalah Tuhan?

Hal sebenar itu bukan kerana soal memberi atau tidak memberikan wang itu kepada sesiapapun. Persoalannya adalah dimana nilai kesyukuran.. Kalau anda seorang yang Syukur, pasti anda tidak lagi mengamalkan "tasbih" hariannya dengan Sungutan. Kerana me-nyusahkan diri anda, pengertian akan kata kesyukuran sudah dalam perjalanan untuk menjadi benar buat kita, mungkin kerana melalui Susah kita disuakan oleh Hikmah. Dan Hikmah itulah tersedia bersama Ilmu buat pembelajaran anda mengenai hal kehidupan. Ya, anda mungkin saja tahu bahawa Menyusahkan diri itu Tuhan tidak mengalakkan, jika ditanya "Mana kau tahu?" lantas anda menjawab "Nabi dah pesan"..itu boleh sahaja menjadi satu pembohongan yang besar,
sedang anda sendiripun masih tidak lagi bersungguh untuk mengenal siapalah itu Para Anbia dan Nabi apatah Rasul jangankan pula Tuhan yang kita panggil Allah subahanawataala.. Alangkah dengan Sejarah pun sudah kita lupa semuanya.

Kesyukuran kita selalunya kepada keselesaan. Payah yang amat hari ini bagi kita memperdengarkan lagu kesyukuran kerana sedang sedih,sarat dengan masaalah ataupun dilanda kecelakaan yang kita rasa begitu bebanlah beratnya yang dipikul.
Pokoknya seringkali tumbang dibawah Istana Nafsu yang anda bikin dan tanamkan sendiri.

Syukur itu telah di pertaruhkan atau di guna-gunakan semata-mata kepentingan diri sendiri. Anda gelarkan ia tanggungjawab sementara tanggungjawab sebenar buat andapun sengaja anda tertawakan sendiri dengan angkuhnya. Dimana kepentingan Dunia dan Akhirat?
Manusia 95% berkata "Kedwa-dwanya", 2% pula menjawab "Akhirat"-boleh jadi kerana soalan itu diajukan dihadapan orang ramai, 2% memberi jawapan "Dunia" dengan bangga-kerana tlah mabuk apa adanya dan 1% pula berdiam diri-dibimbangi takut yang diperkatakan itu menyalahi apa dibuatkan..kerana yang 1% itulah yang BERTUHAN!

Tiada pilihan antara 2 itu bisa berada ditengah-tengah pada kenyataannya,
anda diberi pilihan makan atau tidak makan. Anda cuma ada Dwa pilihan.
anda diberi pilihan hidup atau mati. Anda masih tetap ada Dwa pilihan.
anda diberi pilihan Dunia atau Akhirat..tapi anda pilih kedwa-dwanya, maka samalah seperti anda tak tahu kemana hendak tammatkan kehidupan anda nanti, Syurga atau Neraka. Anda sebati pada was-was, curiga sendiri.

Sungguh pada Hakikatnya memang anda bertiga, kemudian disaksikan oleh Tuhan kamu berempat dengan 2 pilihan.

Yang berkuasa untuk menentukan itu masihlah Anda!

inilah "Sekolah Tuhan" yang didalamnya anda diajar terus dari Tuhan agar dapat darimu untuk melakukan atau membuat pilihan..yang sudah pastinya ada kesan dan akibatnya.

Kita manusia selaku insan, kita berbangsa, Tuhan jadikan kita sebegini untuk alasan perkenalan. Dirapatkan silaturrahim antara satu kepada yang lagi satu.
Di card/kartu atau kad pengenalan diri anda, tercatit bangsanya dan agamanya apa, masih belum tentu buat diri anda adalah seorang yang berbangsa atau agama yang dicatitkan. Maka carilah kebenarannya dimana jika selama ini anda sering diberitahu dan digesa untuk percaya ini dan itu sebulat-bulatnya hingga suatu saat anda sendiri was-was dan ragu pula, sebab? Itu bukan kebenaran yang sendiri diperoleh buatmu untuk percaya dan meyakini sepenuhnya pada tahap paling "total"..

Hari ini, diatas segala rasa Syukur yang anda tuangkan kedalam balang kehidupan, Adakah anda seorang yang bersyukur? Jika anda bersyukur, dimanalah ia bukti buat empunya diri yang mengatakan anda redha pada selainnya? anda mengiyakan apa yang disuruh dengan sungguh hati sementara belum siap untuk rela?

Rencana ini dianggap paling kemuncak buat tahun ini, ia adalah lembaran baharu dan titik permulaan yang baharu lagi panjang, katanya Yang Dipertua Dendang Anak.
Esok pagi, kami bakal berangkat ke Pekan Baru bersama mahasiswa dan mahasiswi KYM-Kolej Yayasan Melaka. Fikiran warna warni hamba mulai mencoretkan ruang khayalan penuh sangkaan, sepertinya kami membawa para pelajar ini kepada pandangan sudut kehidupan yang berlainan dengan cara hidup disini, yang dinamai "Budaya".. Apa selama ini jlajah klana Dendang Anak yang begitu sering ke tanah Riau hingga kini diakhiri pada penghujung tahun ini dengan Perjalanan menghadap Sultan Pelalawan yang juga merupakan antara Penguasa bhumi Riau sebagai Kebetulan?, ditambah dengan membawa rombongan pelajar dari Melaka sepertinya sebuah perancangan yang disengajai susun hanya semata-mata melahirkan para pemikir dan pemimpin yang bakal menjadi tonggak keturunan akan datang, atau dalam ertikata yang lain.."Kesinambungan". Yang sebenarnya inilah tujuan utama Dendang Anak ditubuhkan, melahirkan Anak-anak yang berfikiran jauh ke hadapan sambil belajar dengan yang lalu..

Hamba sekadar mampu melantunkan soalan, atas persoalan dengan menyoalkan yang berguna agar dianggaplah ia sebagai yang punya kegunaannya semoga diabadikan semua menjadi yang terbaik.

Jlajah kami besok bakal disusuli, InsyaAllah.. Buat hujung diini hari ini, hamba mohon berhenti.

ڤادوکا

Friday, December 10, 2010

Temasya Pantai Timur 2010 & sebuah Persembahan Dari Syurga




Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Kali ini kisah kami dipertemukan kepada satu persinggahan. Sebuah temasya yang julung dan pertamakali pernah diadakan pada usahanya
untuk menghargai penggiat seni tanah air khususnya buat Pantai Timur,Negeri Pahang Darul Makmur, Trangganu Darul Iman, Klantan Darul Naim.
Menurut kata Encik Rosmadi, urusetia acara dan juga salah seorang ahli badan anggota Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri 3 hari sebelum bermula,
acara yang bakal diadakan ini diilhamkan oleh Datuk Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia. Dan dipilih Trangganu menjadi tuan rumah yang pertamanya.
Ia adalah sebuah penghargaan buat hamba serta rakyat marhaen negeri Trangganu Darul Iman,
dan atas galakkan Yang Dipertua Dendang Anak untuk memberi kerjasama (yang slama ini pun belum pernah menolak mana-mana acara yang diadakan oleh kerajaan negeri,
justeru begitu menyokong mana-mana badan berkerajaan mahupun swasta..) membuatkan kami lebih tidak sabar-sabar apa agaknya yang bakal kita dipertemukan kali ini.



Hari Pertama,
Hamba dan beberapa ahli, Wira,Arjuna dan beberapa ahli Dendang Anak Nakal(pelapis Dendang Anak) ke sidang taklimat pagi Rabu tersebut,
setiba hamba di pintu masuk Taman Budaya Terengganu terus ke Dewan Audiotorium nya, kelihatan begitu ramai lah penggiat seni yang datang dari ketiga-tiga buah negeri yang diceritakan tadi,
meriah, senyuman seawal pagi itu menceriakan suasana pertemuan kami.
Selesai taklimat, kami dibawa ke pentas yang letaknya dipadang dihadapan Taman Budaya Terengganu, diantara pantai dan tasik kecil, cuaca agak panas kering,
mencengkam kulit hingga memerahkan kudrat begitu mengajarlah akan kami semua maksud nikmat. Dan kelihatan pelbagai jenis orang yang beramai-ramai memikul alatan masing-masing,
menuju satu tujuan, iaitu pentas utama yang sangatlah besarnya, wajarlah kiranya pada pandangan hamba, kerana ada sebahagian alatannya sungguh besar rupanya geduk,
ditengah dan jauh kebelakang, ada sebiji Gong selebar dan tinggi pokok buloh,atau mungkin lebih. Berdiri diantara pelbagai jenis alat gendang yang ada.
Seperti Gendang Silat..itu biasa, Kompang..banyak jumlahnya, Rebana..sedikit dari banyak, Kertuk Hulu, Rebana Ubi, Jidur dan sebagainya lagi.
Rosli Slasih memberi tunjuk ajar asas, ada pada sudah mahir mengikut dan ada juga yang kurang tahu mengikut perkiraan seperti yang dicadangkan oleh pengasas muzik,
Boleh dikatakan setiapkali lagu dimainkan, Rosli Slasih seperti bersemangat dan adakala marah jika ada yang tak kena dan kembali senyum..
Apa menariknya, seolah-olah Lagu itu tlah dimamah telan olehnya kemudian sebati padanya.. Kerana kesemua anggota badannya begitu ligat berdasarkan tindak balas lantunan lagu yang diulang mainkan..itu begitu jarangkali kita lihat ada di sini, adapun yang dibuat-buat sekadar lakonan. Namun ditiap titik peluh nya yang turun membasahkan sebahagian tempat dimana beliau mengawal seluruh anggota pegendangan yang ada di pentas itu menunjukkan jelas..itulah kejujurannya pada muzik yang dipandang olehnya mungkin bukan setakat muzik semata-mata..


Penghargaan buat PBH MUSIC ENTERPRISE yang turut memberi Sumbangan Peralatan kepada Dendang Anak dalam usaha memecahkan rekod bersama 780 orang lainnya..


Dipentas utama inilah pertemuan hamba dengan salah seorang penggiat seni yang datangnya dari Kuala Lumpur,
tersohor dikenali dengan nama "Rosli Slasih"..Beliaulah pencipta lagu dan seni lakonan, yang pernah berkerja sama dengan acara yang pelbagai di Pantai Timur selalunya,
watak yang tiada berambut dikepala berselang seli dengan wajahnya yang sentiasa tersenyum, menyenangkan sekali kami untuk mengecam walau dari pandangan jauh..
buat Temasya ini, Rosli Slasih dipikul padanya tanggungjawab besar untuk memimpin kesemua 780 anggota pegendangan.
Jam 3 sebegitu kami dikumpulkan semula, kali ini Putra,Malim,Nadhim,Penghulu hadir seteru mempercukupkan bilangan 11 angka kesemuanya.
Bermulalah latihan pertama setelah perkenalan yang ringkas antara kumpulan dengan kumpulan. Sekitar jam 6 kami pulang dan disambung kembali jam 8 malam pula,
terus jam 12, hingga Rosli Slasih hilang tenaganya..maka bersurai dan bersambung esok jam 9 pagi yang juga merupakan hari acara yang bakal dilangsungkan pada sebelah petangnya.


Dan di pentas itulah perjumpaan hamba dengan pok ya, yang datangnya dari besut semata-mata untuk kesini. Yang pada pernah mengemukakan hal bahawa Wang diterima untuk acara sebelum berlangsungnya acara di sini,
hanya RM8 untuk makan selama 3 hari, memandangkan Pok Ya juga adalah pucuk pimpinan kepada kumpulannya. Kagum rasanya dengan kesungguhan beliau.
Sanggup apa sahaja kerana beliau sekadar menjawab "pok, penggiat seni". Apa kata kita pula seawal zaman ni??

4 Petang,
mengumumkan ketibaan Menteri Penerangan,Datuk Seri Utama Rais Yatim di sambut oleh Menteri Besar Terengganu, Mat Said.
beberapa persembahan tarian dan nyanyian yang dijayakan oleh Imei,Faizal Akademi Fantasia,Pemenang Peraduan Nyanyian Lagu Tradisional(yang juga BUKAN orang Melayu namun India)..
Terus tibalah masa ketika giliran buat kami semua mencipta nama di Catatan Book of Malaysia sebagai Pergendangan Tradisional yang paling ramai pernah diadakan secara siaran langsung.
Jam 630 maka bersurailah. Semua kelihatan bersusahpayah, kembali lesu kerana keletihan..maka berjayalah mungkin pada seberapa perkara yang wajar diraikan,
sungguh bukan semuanya..

Dalam catitan rekod Malaysia Book of Record. Dendang Anak turut tercatit padanya dalam kejayaan bermain peralatan gendang tradisional paling ramai pernah diadakan di Malaysia.
iaitu seramai 780 orang. Alhamdulillah wa Astaghfirullah..

Sebuah Persembahan Dari Syurga.

Pengajaran alkisah hari ini adalah bukan semata-matanya berkena mengena dengan catitan rekod baru di Malaysia(jika berlaku di Malaysia) atau di Nusantara bertahap Antarabangsa.
Mungkin sahaja ada pada kalangan beratusan ahli kesenian mempercayai bahawa ini catitan sejarah yang sohor.
yang pada suatu ketika dahulu dijajah, kemudian adat-budaya-bahasa serta agama diputar belitkan menerusi kepelbagaian-kemajmukkan pemikiran,
akhirnya diyakinkan bahwa kita sudah Merdeka, walhal kenyataannya kemerdekaan kita masih jauh, yang merdeka hanyalah pentadbiran,
namun apa kata adat buat kita? budaya kita? apa kata bahasa kita sedangkan kita masih bertungkus lumus bertutur tidak mengikut cara hingga menyebabkan salah faham? dan perihal arus pemikiran kita, begitu pelbagainya sampai kita sendiri bingung yang mana jadi Matlamatnya..sedang ke Merdekaan adalah kebebasan, apa kebebasan kita yang masih dijajah pemikirannya?padahal lebih baik kita menjelajah dan terus menjelajar..
buat hamba,
barangkali kewujudan acara seperti ini adalah semacam "ujian" buat mereka yang mempersendakan usaha sekecil ini..maklumlah, kami ini bukanlah terdiri dari pemain "professional".
atau mungkin sahaja teguran kepada diri kita yang terlibat pada berkata "anda tidak hebat, ini masih kecil-kecilan"..dalam ertikata lain, berhenti berlagak dan jadilah penggiat seni..
orang seperti kami yang rata-ratanya ada hanyalah cuba menjadi seorang,sekumpulan atau segugusan penggiat seni pada apa yang kami dilahir subur oleh ayah,datuk,moyang kami untuk percaya bahawa inilah Budaya kita..cara kita meraikan kehidupan kita selaku bangsa yang berbilang rumpun kaumnya dalam hidup berukun dan penuh unsur persaudaraan.
dan kami mencari budaya, kembali ke sekolah temasya demi temasya, keraian atas keraian, yang kami dijemput hingga akhirnya dari serata pantai Timur orang-orangnya,
kami terhimpun buat kali ini. Dari kepelbagaian kami digesa untuk bergaul didalam bahtera seni..bersama-sama berlayar. Jika lambat, itu bukan lah lagi soalnya,pasti ditinggalkan..
Persembahan dari Syurga yang hamba lampir bersama dengan cheritera kali ini adalah berilham daripada salah sebuah lagu Dewa, garapan sahabat kami Ahmad Dhani Prasetyo.
walaupun lagunya adalah lain maksudnya, jelas menceritakan bagaimana kagumnya Ahmad Dhani terhadap seorang Rasul, Nabi dan Muhammad bin Abdullah..dipanggil Persembahan dari Syurga.
Hamba tertarik dengan kata "Persembahan" yang datang "Dari Syurga" itu..
Dalam bab penghuraian yang sangkutpautnya pada namanya "Seni", ia adalah kehalusan,
terimbas hamba pada titian siratul mustaqim yang pernah diperkhabarkan dalam kitab dan Quran,
yang dimana adalah sehelai rambut diceraikan 7 dan kemudian ada menambahnya diceraikan 7 nya lagi helaiannya..
Semacam jambatan yang menghubungkan kita sebagai diri menuju Syurga, halaman kampung abadi kita yang yakin adanya ia.
Tapi justeru itu akal nyata kita berkata itu kerja mustahil..dan tidak hairan lagi ada juga pada berkata itu kerja Gila!
namun pada Tuhan itu bukan kerja mustahil buat kita, jika benar yang mengkehendakiNya..
Halus itu adalah Seni itu sendiri,
bahkan kenyataannya Tuhan menilai kita pun melalui Seni!
jika bukan dari seni, bagaimana sesebuah laku atau fiil kita tampilkan sendiri itu dinilai,di"kritik" olehNya melalui kejadian atau peristiwa sebagai peringatan dan dianugerahkan hadiah atas jasanya.. anda seorang yang jujur dianugerahlah keikhlasan manakala sebaliknya adalah sebaliknya.

Bagaimana Seni kita dalam Isinya sebuah karya Lagu? Garapan? Nyanyian? Lukisan? Binaan?
dan terus apa itu Syurga melainkan intipatinya adalah Khayalan,Nikmat,Kesejahteraan,Keamanan,Kedamaian,Kesentosaan dan sebagainya yang mencerminkan keindahan yang tiada terbandingkiranya..
Bukan itu ADA pada dirinya Lagu yang mendodoimu pada waktu anda hendak tidur?
Bukankah ia WUJUD didalam rasa dada yang meruap-ruap apakala anda dilamun rindu kepada seseorang?

Makanya sesebuah Seni Karya itu pastinya datang dari Ilham Nya jua, menerusi fikir bagaimana tanggapan kita pada susasana ketika sesebuah penciptaan tersebut dijadikan atas satu cetusan rasa.
tangan kita membentakkan gerak satu rentak yang berulang-ulangan dipanggil Ritma(Rythm),
fikir kita berselerakkan dengan ilham semacam bintang diangkasa,
suara mengalunkan bunyi-bunyian yang dipanggil "melodi"
hinggalah terjelmalah Lagu. Untuk dipersembahkan buat orang lain.
Soalnya Jujur itu pasti ada dalam pembikinannya, jika anda tidak jujur sedang dikepalamu katanya Chord G dijarimu menekan kekunci Piano yang bunyinya mungkin F# sebagai misalan..
Boleh sahaja dikatakan belajar Muzik itu satu tunjuk ajar bagaimana untuk berlaku jujur,
anda dibayar sedikit, masih anda bernyanyi..kerana anda percaya bahawa anda jujur lakukannya untuk meluahkan rasamu terhadap pendengar.
Hiburan tetap hiburan..namun Tujuan sebenar Lagu itu, pasti ada Matlamatnya..apakah ia kalau tidak pada sesuatu yang kita percayai bahwa ia benar dan tulus?

Menjadi seorang Ahlul Muzika(Pemuzik),itu kerja senang..kerana ternyata Muzik itu sendiri Wujud sepi didalam tiap diri mu, hanya tunggu digerak bangun nya, di pupuk ia hinggalah dikatakan seorang yang berbakat.
anda seorang pensyarah yang lantang suaranya, pasti anda juga seorang penyanyi..kerana corong bunyinya tetap datang dari yang sama,
anda seorang penulis yang cermat atau mungkin anda seorang pelukis yang berpengaruh, pasti anda juga seorang pemetik Gambus, Guitar ataupun Sitar..oleh kerana datangnya dari jari yang sama,
jika tidak betul apa diperkatakan, maka perbetulkan kata hamba kerana kejahilan hamba yang bukanlah seorang yang bertahap "Professional" yang dimaksudkan oleh zaman kini,hamba tak diiktiraf apa-apa kerana serbakurang diri hamba!..
akan tetapi hamba cukup yakini bahwa ia bukan sesuatu yang dilalui lewat tahu terus. Meskipun dikatakan Hebat dan Terpilih sekalipun, pasti melalui perjalanan atau "process" yang dikatakan "asah bakat",
sedangkan "process" tersebut juga dalam diam bermaksud yang sama,iaitu "belajar".
Jika "belajar"nya dengan guru muzika, anda patut hormat padanya kerana dialah asbab kepandaianmu..balas dengan kehormatan.
Jika "belajar" nya "by hard"/dengan susah payah sendiri, anda patut percaya bahwa yang sering ditiadakan itulah mengajarmu..
siapa gerangannya?
anda carilah sendiri,
pasti,mesti,harus dan wajibnya untuk hamba perkatakan bahawa Tuhanlah yang mengajarmu..dan pilihan Tuhan itulah Ahli kepada Syurga,
kerana Syurga itu paling hampir buat diri untuk bersama Tuhannya.

Akhir kalam hamba, seru hamba..Berterima kasihlah kepada Tuhan setidaknya, berhentilah dengan lagak yang padahal BUKAN milikmu atau milik hamba pun,
dan berbuatlah apa diberi buatNya agar sama-sama kita kembali..tak kan lah hanya kita sahaja, anak isteri,keluarga sendiri yang hendak ke Syurga sedang Nabi berpesan kepada Solat dan Umat berkali-kali, adalah dua-duanya ber Jemaah lakunya.
dengan apa adanya..Meski penguasaanmu itu beraliran Seni Muzik,
balaslah ia..agar ia layak dikatakan bahwa inilah "Persembahan Dari Syurga"..

Menjadi sebahagian ahli Dendang Anak buat hamba adalah kesyukuran paling tinggi pernah hamba terima, walaupun hamba bukanlah seorang penyanyi yang merdu suaranya,
pemalu gendang yang tidak seberapa betul cara mainnya, penari yang kaku geraknya atau peniup semboyan gua(atau dikenali sebagai didgeridoo oleh kalangan orang Yirdaki di Australia)..
hamba masih terpilih untuk bersama atas usaha kecil untuk mengembalikan nama Melayu yang sering disalah anggap,
disalah faham,
diburuk sangkai,
dan diperbudak-budakkan oleh zaman demi zaman..sedangkan Melayu itu wujud sebelum adanya kita semua, wajar dijadikan seorang Moyang yang terdahulu,
yang begitu banyak pengalamannya, untuk memahaminya memakan kesabaran apatah mempertahankannya..demi anak, demi cucu, demi kesinambungan.

Melayu itu benteng pertahanan dan kota kepada Agama. Tiada Agama..itu bukan Bangsa, tapi Bangsat, kerana Tujuan utama Bangsa dijadikan adalah kerana Agama demi Tuhannya.

Wallahualam bi sahwa,

diatas hambalah yang berkata..pada diri empunyalah yang bertanggungan untuk menjawab seandainya wujud kesilapan padanya..tugas hamba bukan menunjuk pandai namun menyebarkan pendapat yang dirasakan benar buat usaha besar-besaran agar dapat hamba menghina diri sendiri..dan tugas hamba disini adalah agar mendesak anda membuat pilihan, maka pilihlah yang mana satu kerana pilihan itulah "kita".

sehingga berjumpa lagi insyaAllah.
ڤادوکا

Monday, December 6, 2010

Halaman Julungkali: Salam Hijrah diawal Muharram.

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Sedang terleka kita dengan membilang berapa butir air hujan yang turun di musim tengkujuh kini,
tlah tanpa sadari kita sudahpun ber Hijrah ke suatu halaman baharu,
bagi yang tlah termaktub pada Takwim Hijrah..Inilah putaran selama 354 hari yang tlah kita lalui, hari ini manira(kita) bakal membuka lembaran baharu didalam Al-Kitab riwayat hidup pakanira serta para pakanira(anda) semua.


Takwim Hirah
Takwim yang diperkatakan dan digunakan ini merupakan hasil ketelusan seni fikiran Khalifah Ar Rashyidin yang kedua iaitu Saidina Omar Al-Khattab Radiallahuanhu, antara Sahabat Baginda Nabi dan Rasulullah Salallahualaihi wa salam yang terulung daripada 4 yang terpilih.

Adapun kisah bermula penggunaan Takwim Hijrah bermula saat Gabenor Abu Musa Al-Ashari memohon kepada Saidina Omar untuk menjelas akan tahun dan tarikh surat yang dikirim oleh beliau. Oleh kerana pada dzaman tersebut terlalu ramai mempelbagaikan takwim Tahun Gajah, Parsi, Rumawi dan sebagainya bagi memperingati peristiwa-peristiwa besar zaman Jahiliah, makanya dirubah oleh Saidina Omar berdasarkan sa buah peristiwa hijrah Rasulullah Salallahualaihi wa salam dari Mekah ke Madinah yang telah menjadikan satu titik mula awal kebangkitan agama yang diisytiharkan oleh Baginda Rasul hinggalah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan serta pelbagai lagi peristiwa penting seumpama dengannya.

Bagi yang baharu atau masih samar-samar akan makna sebenarnya Taqwim Hijrah ini, berikut hamba himpunkan, moga ada munafaat buat pengetahuan:

1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
: Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2. Safar (ﺻﻔﺮ)
: Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
: Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
: Bulan kedua musim bunga.

5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
: Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
: Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
: Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
: Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9. Ramadhan (ﺭﻣﻀاﻦ)
: Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
: Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
: Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
: Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

**nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun.

Hari kini, kita telah diper betulkan untuk mengikut takwim yang digelarkan "Calendar" sebenarnya ia adalah cukup dikenali sebagai "Gregorian Calendar" atau "Calendar" Barat atau "Calendar Kristian" diusulkan oleh Aloysius Lilius, sa orang Tabib atau Pakar Ubat dari Napoli, Itali kemudiannya diperkenalkan oleh seorang pendeta kristian bernama Pope Gregory XIII seawal tahun 24 February 1582.

Setelah Kalendar Gregory dicanangkan, tidak semua negara mahu memakainya. Baru beberapa abad setelah ini, hampir semua negara barat mahu memakainya..

dan hari ini, boleh dikatakan 3 suku Dunia telah memperakuinya dengan rela.
Kita diantaranya, mungkin?

Apa ini kemerdekaan kita selaku umat Islam yang sedikit sebanyak mengiyakannya? Anda nilaikan sendiri tentang soal dimana letak Pegangan kita? walaupun sungguhpun apapun menjadi seorang Muslimin wa Muslimah Islam, Allah belum pernah menganjur akan makhluknya untuk berprang, disebabkan Pilihan itu membuatkan Islam itu perlu dipertahankan, dan pembesaran wilayah dilakukan para sahabat adalah untuk membatasi had sebenar dimana Islam itu bertapak dan dimana Kafir itu berada. Menjadi seorang Islam, kita sepatutnya bertolak ansur, bukan menghukum membabi buta atas perilaku mereka yang kita sendiri adakalanya kurang mengerti mengapa dari sudut pemahaman mereka harus begitu sementara yang kita diajak ikut dalam kelompok jemaah kecil disebuah Masjid dihalaman perumahan yang kita sering kunjungi itu disuruh begini pula.

Sudah terang, jelas, nyata dan tiada perlu was-was untuk kita katakan "Ya Benar kata Tuhan, La kum din nukum waliadin(agamamu adalah agamamu-agamaku adalah agamaku)..Tiada dari Quran atau Kitab menyuruh kita daripada menimbulkan kekacauan kepada orang Kafir, berburuk sangka sedang yang mengajar kita adalah untuk tahu dimana batas kita, bukan mengusir atau mengincar mereka namun perlunya kita mencapai satu kesepakatan diatas perjanjian kita. Kerana dengan sekadar berjanji, kita bukan sahajaa disaksikan oleh pihak kedua atau ketiga bahkan Alam. Semua Agama mempercayai wujud Alam kerana mereka dan kita menghadapi yang sama, segala Unsur berlegar dan berlalu dihadapan dan belakang pemandangan mahupun rasa kita.
Apa anda tidak malu kepada kejadian Alam yang walhal tunduk dan akur pada wujudmu dan wujudku disini?

Hanya soal pegangan, kepercayaan atau keyakinan..

Adakah kita ini terdiri dari suku manusia licik yang menyentuh agama kemudian kembali kepada prihal dunia demi dunia, atau kita terdiri dari manusia yang berpura-pura mempertahan agama namun pada masa sama sekadar menjamah secubit agama bagi memenuhi kehendak kita yang masih bertuhan namun masih berat hati untuk memikul peranan sebenar?..hamba biarkan anda mempertimbangkan hal demikian, bukan untuk memulakan peperangan. Namun mencari hala tuju yang sepertimana seorang Melayu itu sebenarnya. Pasti beragama, dan Islam lah Agamanya..kerana Bangsa Melayu itu kotanya Agama. Terus bagaimana sesebuah kota yang ibu kotanya begitu tenat dalam memperkatakan perihal Agama? begitu sesak udara bahasa yang penuh dengan carut-marut serta caci maki kita terhadap yang dianggap Tuhan?

Hamba terdiri dari keluarga yang sederhana, bagi yang kurang mengenali akan berkata hamba keluarga yang cukup mewah,kaya raya dan senang semuanya sementara yang faham dan tulus mengenali hamba tidak akan berkata yang demikian.
Namun budaya hidup yang hamba tlah diperkenalkan bermula dari bawahan hinggalah ke tahap tinggi darjatnya. Yang diatas, menyambut tahun baharu mereka menurut taqwim gregory dengan membilang 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1,0 dan terus pada teriak "Selamat Tahun Baharu!" berpesta dengan keriangan-itu masih lagi tak apa buat hamba namun yang membingungkan adalah soal kenapa harus gembira pada tahun baharu sedang tahun kesekiannya sudah cacat cela dibuatnya, kemudian tahun mendatang masih belum pasti, alangkah hari inipun kita samar meyakini sama ada atau tiada nyawa ini masih?
Sejarah menceritakan pedomannya buat sekian lamanya..apa itu masih jauh pada diambil satu peringatan?

Tamat kisah diatas beralih kisah dibawah, yang pada sekadar menyambut dengan sungutan.."Aihh..aku gini ajalah, tak kaya-kaya" sedang duduknya diatas tilam yang carik-carik rupanya..Berselang seli dengan sedutan Rokok murahan. Itu pengalaman satu, pengalaman dwa pula berbunyi: "Apa orang kaya buat Tahun baharu ni?..sama aja tahun lepas..bezanya baju yang dikenakan, gaya diperagakan..apa istimewanya tahun baharu ni..aku hairan?"..sambil tercegat mengenakan air minuman dengan tangan kirinya disatu sudut gelap.
Hal ketiga angkanya lebih melucukan, memandangkan ini "Tahun Baharu" makanya ke Masjid, walhal sebelumnya begitu tetap berada di tepian jalanan kota(sungguhpun berumah,tinggal bersama Ibunya yang dijandakan selama 20 tahun lamanya, berkerja pagi ke petang untuk menyara 4 adiknya) sedang dia itu Abang yang sulung yang tegap rupanya, masih sihat dan waras-namun kenapa tak bekerja tapi masih memilih kota sebagai Pejabat percumanya?

Kisah pertama mengajar hamba pada memahami mengapa orang seperti ini begitu gemar bersungut, sedangkan dia bertilam dan masih punya "rumah" untuk berteduh meskipun ia rumah haram. Alangkah baik seandainya sungutan itu dilantun merdu pada nyanyian, boleh juga wang.. Walaupun tak sebegitu tinggi penghargaannya seni di tempat kita ini..masih ada yang mahukan jika buatnya sungguh.

Kisah kedwa pada mengajar hamba agar mematahkan jari jemari hamba yang begitu asyik menuding hukuman terhadap yang tidak kita berusaha dengan memulakan pada perkenalan. Sedang yang diajar itukan kenal dahulu, faham dahulu, tunaikan dahulu haknya, baharulah ditegurkan.. Itu cara orang Melayu bergaul atas maksud sungguh memahami tugas kita ini sebagai pelaksana bukan penghukum walaupun ia tidak adil tampaknya, tetap tampak itu tampak..bukan yang jelas kita nampak. Berapa ramai orang hari ini tugasnya melihat kelebihan terus menghukum kerana rasanya yang kurang kena pada dirinya? Tiliklah.

Kisah ketiga adalah yang paling tidak adil buat hamba, sedang ada belaka sempurna sihat sebagai sebuah kejadian Manusia yang cukup umurnya untuk mandiri dan berdikari dirinya. Masih yang membazir itu dipilihnya, seorang ibu yang berkerja keras dibiar sendiri membanting tulang pagi ke petang sementara dia meraih faedah buat dirinya untuk dirinya agar sendiri, ibarat seekor katak dibawah tempurung..Cakapnya bising,lebat seperti memanggil-manggil hujan namun temannya sekadar kubah yang gelap pada masa sama menempelak kembali bunyinya..Hujan turun sekalipun faedahnya tak didapati. Akhirnya mati kelaparan kerana sengaja semata-mata, sedangkan dikurniakan dua belah kaki yang boleh sahaja melompat untuk menerbalikkan tempurung agar bebas dari belenggu itu. Angkara Malas, apapun tak menjadi.

Sementara hamba yang berada pada diantara keadaan yang cukup jauh bezanya jadi bingung, yang mana haluan? yang mana ikutan? yang mana pedoman?
Maka hamba pilih kedwa-dwa untuk dijadikan kisah agar suatu hari dapat dikongsikan, sekarang terimalah antara pedoman yang disengaja adakan demi sa-buah fikir yang benar-benar buat seorang cipta jana itu punya Akal yang waras, tidak menurut kehendak diri atau orang disekeliling-namun Tuhan.
yang punya Kata baik dari tulisan bahkan percakapan, biarlah jelas dan usah dijadikan hamba contoh terbaiknya, Hamba masih punyai terlampau banyak kekurangan namun berhasrat agar bersama kita bangkit.Amin..

kemudian pada mengatakan bab Hati, turutkan Hati apa sahaja jadi Mati. Dimulai dari kehendakmu untuk berpacaran, kamu berpasangan, hendak melanggar batasan, anda diijab kabulkan, beristeri, timbul keinginan menimang cahyamata, Permaisurimu beranak, terus beranak-pinak membentuk sa-buah keluarga, kemudian anak berhijrah ke satu peringkat kehidupan yang lain menyusuli apa yang tlah kita sendiri lalui sebelum ini..anda yang kuat meruntuh rapuh tua, hingga sa per sa bilangan kerajaan anggotamu sudah mulai lemah dan luput, akhirnya disapa Malaikat Maut, pergi dan takkan kembali buat dwa kali.. Sungguhpun ini rangka hamba pada jangka masa panjang buatmu, masih tersangat banyak jumlah persinggahanmu yang begitu setia mempersoalkan 1001 hujahmu terhadap apa kamu rasai tlah sahih kamu miliki, namun diambil atau rampas oleh Tuhan sendiri mungkin sekali kamu orang yang begitu mengagumi orang-orang dipertengahan bendang kehancuran..

Soalnya apa Azam seterusnya buat halaman baharu ini?
Jikalau kejayaan Rasulullah bersama Sahabat Baginda berHijrah, sudah mesti buat kita ada sesuatu yang kita bakal hijrahkan.
Setelah Ramadhan mempersiapkan diri sebagai Hamba, anda telah buktikan siapa anda sebagai Hamba yang mana pada Aidil Adha, kini kemuncak dan permulaan baharu.. Apa kita ini layak sudah bergelar Hamba yang Abdi kepada Allah taala, Tuhan buat sarwa AlamNya, pemilikmu, pemilik jasad serta Roh apa semuanya ini? Lihat dan renung apa diperkatakan..sama-sama InsyaAllah?

Tahun Baharu, sering hamba diperdengarkan orang ramai mengibaratinya dengan sebatang lilin..yang tegap membakar, hingga ke akhir hayatnya.
mereka begitu betul bersuara..teriak-teriak pun ada juga.
namun menjadi yang senantiasa terbakar, itu tak mampu buat hamba jika ia datang dari diri hamba semata-mata, kerana itu hamba memerlukan sesuatu yang memustahilkan orang lain. Biar sekali atau berkali-kali pun dipersendakan "Gila" atau "Bodoh"..Orang yang gila tidak menahu apa untuk menindas yang lemah..bagi hamba, merekalah Insan paling jujur. Sementara yang dikatakan Bodoh itu sebenarnya yang paling beruntung dari kalangan berjuta-juta jagat manusia lain..oleh kerana kerugian Hidupnya disini, "si bodoh" telah berlangkah maju melebihi yang lain atas kefahaman bodohnya untuk ditambahkan..kerana janji Tuhan tentu sudah nyata.

Seperti lilinnya yang tadi,
untuk menjadi Melayu..anda mungkin berdarah seorang moyang yang tlah berjasa tinggi demi Bangsanya. Semangat moyangnya suatu ketika dahulu memekar membakar sebagai lentera alam kerana apa mereka tlah diyakinkan berdasarkan penyaksian mereka terhadap kebenaran dan kesejatian fardhu Solat apatah Pengabdian dan Pengorbanan mereka..namun itu masih apa yang masing-masing dapatkan, Harta Pusaka boleh dibahagi-bahagikan turun temurun akan tetapi tidak Iman atas Syahadah.

wallahualam bi sahwa',

Terpulang pada yang diulang atau mencari jalan untuk selamat pulang.
Hamba sekadar menghembus kata agarnya dapat kita sama-sama mengertikan bahwa kita ini semua harus bersama dan perlu bersatu semula. Dan dipertanggungjawabkan diri hamba sebagai yang berkata, kerana semuanya jujur pada kata hamba. Salah silap, jalok ngapuro.

apa yang pasti Hijrah bermula dengan kesanggupan, jikalau tiada kesanggupan jangankan benar itu wujud daripada matamu sedang jadinya sekadar penitian dibibir semata-mata..maka jadilah Dongeng hidupmu, tapi bukan Hikayat ummat Muhammad yang digelar padanya Melayu.

Salam 1 Muharram, berhijrahlah kepada kesanggupan. Anda Haram daripada kesilapan sebelum.

ڤادوکا

Friday, December 3, 2010

Tengkujoh di Bhumi Trangganu : Prelude Concert Monsoon Cup 2010 & Persiapan menjelang 18 haribulan.



Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Salam berserta Kemurahan dan Kasih Nya..kepada Semua jagat manusia dan terutamanya dituju khas buat para setiawan Dendang Anak.

3 December 2010, selesai sudah acara "Prelude Concert" Monsoon Cup, sebuah acara dihadiri oleh para peserta dari serata pelusuk dunia bagi merebut pingat kemenangan lumba pelayaran dalam menghadapi rintangan arus gelombang kencang musim Tengkujuh di sini.



Hujan turun tanpa henti di bhumi Terengganu. Mewujudkan suasana yang begitu diini nya hari-hari yang dilalui.. Jika berbalik jauh kembali kepada suatu zaman ketika dahulu, pada musim sebegini, boleh diperkatakan berehat dari apapun pekerjaan mereka. Oleh kerana hujan yang berlaku sepanjang bulan sehinggalah beberapa bulan berikutnya, mereka hanya bergantung pada bekalan yang tlah dibekalkan sepanjang tahun. Ini menunjukkan orang pada zaman terdahulu lebih jimat dan cermat serta lebih terancang hidupnya andai hendak dibanding kan dengan kita yang berada seakhir waktu kini. Siapa kata "orang tua" dahulu tidak jauh pandangannya? Bahkan dari sudut pemahaman hamba, mereka jauh lebih mengerti bahawa hidup ini yang benar, sementara belaka.

Sebelum anda berkata "ah, itu kan sekadar bersiul-siul ketika di tempat makan"..orang tua telah berpesan, "jangan makan sambil bersiul, nanti gagal dalam usaha yang diusahakan"..
pada hal, makan itu satu upacara pengadapan kita terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan khas buat kita, tidak kiralah ianya dibeli dari kedai makan ataupun dipersiapkan oleh orang-orang dapur, pastinya adalah pada setiap butir beras yang digilap menjadi nasi itu termaktub namanya si pemakan. Kamulah orangnya.

Kemudian ada dari yang tua orangnya berkata, " Jangan tidur diatas bantal, nanti naik bisul"..
orang Muda menjawab "mana ada bisulnya?..tak adapun.."
Sedangkan yang tegah itu jangan menzalimi diri, bantal tidur itu letaknya dikepala, bukan dipunggung..perkara yang zalim sepertimana kaum Luth(yang pada mengamalkan perhubungan sejenis, melawan fitrah sebenar kejadian) sebagai contoh, yang diterbalikkan bhuminya adalah akibat Kifarah Tuhan.

Begitulah seadanya, kita jarang mengendapkan hikmah disebalik pesan, malas berfikir akhirnya kita leka berzikir, dan salah siapa kalau dikatakan umat yang mungkir?

Salah atau benarnya ajakkan hamba sekadar mengimbas kembali Sejarah dan apa telah Sejarah menyumbangkan kepada kita sehingga melahirkan tamadun demi tamadun. Inilah intipati "Al-Quran" yang mengajarkan pedoman Sejarah Umat sebagai Bangsa yang Hamba kepada Tuhannya.

18 December 2010, kami bakal berangkat lagi ke Pelalawan bagi persiapan hari Penabalan Sultan Pelalawan. Orang ramai yang ingin menyumbangkan sebarang ilham, bantuan atau apa sahaja pun adalah digalakkan diatas niat murni anda. Boleh menghubungi hamba di Facebook Kumpulan Dendang Anak.

moga usaha kita semua memberi munafaat yang besar kepada kerisauan kita atas nasib bangsa kita yang sentiasa dianggap malang atau maling ini,sedangkan inilah ia "Ikrar Melayu" yang dilantunkan semenjak terisytiharnya "Melayu" diketika adanya Syarif Muhammad Al Baghdadi, Sultan Malikul Saleh, Demang Lebar Daun, Laksamana Hang Tuah dan beribu-ribu mujahid mujadid yang bergerak demi kerana Allah dan Muhammad sebagai Rasul dan Nabi yang Amri..
sama-sama kita sebagai "kita" mengharapkan agar ia dipandang Tuhan..bukan kerana Nama.InsyaAllah.

amin-amin-amin.

ڤادوکا