Monday, November 29, 2010

Jlajah Dendang Anak (Tembilahan)-Hari Ketiga

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Syukurillah hari ketiga wujud buat kita semua yang bersama dengan 17 orang kesemuanya, sayang sekali Pendita dan Makhdum tiada bersama kerana mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan namun selaku sebuah jentera Dendang Anak kami tetap hadir dan menunaikan permintaan masyarakat Tembilahan atas nama Cinta demi Tuhan berasbabkan Festival Bumi Sri Gemilang.

Sebaik matahari mengufuk menegak memberi sinar hari ini, kami bersiap-siap untuk bersarapan pagi. Sambil bersilaturrahim bersama "orang Indragiri", pelbagai perceritaan selama perpisahan 2 tahun lamanya menyemarakkan suasana yang keamanan dan damai kembali, berlegaran diudara Tembilahan yang begitu segar dan nyaman.

Selesai sarapan, kami disegerakan ke tapak persembahan untuk sesi cuba suara bersama dengan rombongan ahli kumpulan lain seperti Sri Warisan, dari Singapura dibawah penyeliaan Puan Som Said..seorang kawan lama kepada bonda hamba.


Ahli Dendang Anak atau Dendang "Anut"?


Seorang ahli baru kami, Anut Ardiansyah, merupakan seorang pemain "pakar tekan-tekan" atau Accordionist yang tersohor di Riau, merata-rata telah merantau menjadi seorang guru kepada anak muridnya yang beribu-ribu di Indonesia, baik kepulauan Riau ataupun Jakarta, Bandung ataupun Medan. Anut memang cukup terkenal bukan kerana kehandalannya juga kerana sikapnya yang begitu terbuka dan tidak lekang daripada membuat orang disekelilingnya ketawa kerana kelucuannya.. Beliau sampai malam sebelumnya bersama Santos, juga adalah pakar penggesel biola/Violinist yang juga mempunyai beratus-ratus anak murid sepanjang penglibatan beliau terhadap usaha membangunkan seni budaya Melayu. Bagi Anut, ini adalah kali pertama secara rasminya membuat persembahan bersama kami Dendang Anak. Setelah malam sebelumnya kami berlatihan serba sedikit, Anut begitu cepat dan cekap menangkap bunyi irama dan memakan masa yang begitu singkat bagi serasi bersama lagu kami bawakan.
Lagu Janji Malam Keramat menerima perubahan baharu lagi dari sudut susunan asbab kesungguhan Anut..Bagi kami, kehadiran Anut dalam gugusan kami amat bermakna dan bakal didengarkan pada malam hari ketiga ini.

Kisah bersambung semula dengan ketibaan kami di pentas utama. Walaupun bunyi-bunyiannya agak kurang memuaskan disebabkan terlalu ramai kumpulan sekitar 10 persembahan yang berbagai-bagai memerlukan kekuatan dan tambahan alatan bagi memerangkap bunyi alat-alat yang dimainkan untuk disebarkan melalui kotak bunyi digelar "speaker" ini, sungguhpun begitu kami tidak lepas daripada bermesyuarat dengan pakar bunyi untuk malam ini. Agar terbaik dapat ditampilkan.

Sebelum Zohor, acara uji bunyi berhenti untuk memberi laluan buat persiapan solat dan pulang taam tengah hari. Kami bergegas kembali ke pentas utama semula yang memakan masa sekitar 10 minit untuk sampai dari Telaga Puri.

Cuaca agak mendung, seperti beberapa saat lagi sahaja hujan akan bertandang kemari membasahi perkarangan pentas ini. Kami segera memacu masa dengan kesungguhan agarnya bunyi-bunyinya dapat diperiksa dan teliti semuanya, Billy kelihatan sangat sibuk menandakan nombor-nombor pada setiap alatan kami dan tak lupa dengan pakar bunyi lainnya begitu bersungguh-sungguh memperbolehkan semuanya terjadi sepertimana dirancangkan membuatkan kami tersangatlah tidak sabar untuk membuat persembahan untuk mereka semua. Rakyat Tembilahan.

Sebaik beberapa lagu dimainkan, hujan turun. Semua pakar bunyi sibuk menutup kotak bunyi atau speaker agar tidak dibasahi oleh air.. Langkah kami tak terhenti disitu, kami duduk sambil menonton beberapa latihan persembahan dari kumpulan lainnya..

Setelah itu kami langsung pulang ke Telaga Puri untuk bersiap-siap menjelangnya persembahan malam ini.

Jam 7 selesai fardhu Maghrib, kami bertolak ke Pentas Utama, orang ramai sudah ramai mengerumuni perkarangan lapangan.. Walaupun lecak lumpur itu masih bukan alasan mengapa mereka tidak datang. Begitu kuat sokongan mereka terhadap menghargai Seni Budaya. Inilah semangat seorang Melayu, kerana menjadi seorang Melayu bukan setakat memperakui dirinya itu Melayu, namun Melayu adalah Seni dan Berbudaya..

Kerana itulah dikatakan: Budaya Raga Bangsa.

Jam 9 bermulalah acara sebaik sahaja diumum kan ketibaan Pengerusi Majlis, Bapak Kepala dan kalangan VIP-VIP yang turut hadir bersama mengiringi.
Setelah pembukaan ringan dihidangkan bersama alunan lagu dan tarian, tibalah masa kesemua peserta tampil bersama rombongan di atas pentas (hamba pula diputuskan untuk membawa "bunga" yang terpasak padanya papan tanda bertulis Trangganu, Malaysia. Sanggar Dendang Anak..hahaha) sekumpulan demi sekumpulan dipanggil mengadap. Hinggalah kami kedwa terakhir dipanggil, oleh kerana mungkin barangkalinya kami pernah membuat persembahan di sini 2 tahun kelmarin kedengaran gemuruh sorak yang begitu meriah sekali sebaik nama Dendang Anak diumumkan. Terharu turut terasa.

Kemudiannya dijemput pimpinannya pula, Yang Dipertua Dendang Anak, Encik Zulkifle Ismail yang telah berada di Jogja seminggu sebelum acara ini, untuk melawat mangsa Gunung Merapi, terus ke Pekan Baru atas perancangan akan datang berkenaan Dendang Anak juga tidak lepas untuk menghadiri acara penutup tersebut. Beliau hadir dengan penuh kesegakkan seperti biasa dan senyumannya yang tiada pernah lekang dari raut wajahnya.

Selesai bersalaman dan ucapan Bapak Kepalanya, kami diiring ke pentas persembahan. Oleh kerana giliran kami adalah yang ke-4 selepas 3 persembahan dari kumpulan lain.
Setengah jam kemudian, giliran kami tiba, "Puja-Puji" yang menjadi sesuatu yang "simbolik" atau "trademark" buat Dendang Anak jika berada di Indonesia didendangkan selaku mukadimah. Diikuti dengan "Janji Malam Keramat" sebagai lagu kedwa dan terakhir.

Diakhiri dengan tepukan yang meriah.Walaupun bunyinya agak kurang sedikit namun kami telah berjaya meraikan rakyat Tembilahan dan orang Indragiri. Kali ini kami datang atas matlamat umat itu diragakan kembali maka buktinya telah jelas berada dibawah pentas selaku pendengar setia, sepertimana Khatib membacakan khutbahnya, para ustaz menyebarkan dakwah mereka menerusi Syarah..maka Dendang Anak bercerita, menyebarkan kasih sayang melalui alunan lagu, dan menyatakan kebenaran Bangsa selaku Kota kepada Agama.. Alhamdulillah wa Astaghfirullahalazim. Hanya Allah taala hakim yang paling layak menilai usaha kami yang kecil ini..insyaAllah.

Selesai acara, kami bergambar atas maksud kenangan bersama. Hamba yang banyak "melarikan" diri dari keadaan kerana hamba juga seorang juru gambar lebih senang memukul gambar untuk sahabat-sahabat yang lain kerana dirasakan itu lebih bererti..Lampu pentas dipadamkan maknanya sudah tamatlah Festival Seri Gemilang 2010, bersalam-salaman memohon maaf diatas serba kurang dan silap salah sebelum pulang ke penginapan.

Sebelum menutupi tirai malam tersebut, kami dipanggil berhimpun kerana ada sepatah dua kata yang ingin disampaikan oleh yang Dipertua Dendang Anak berkenaan perancangan seterusnya.. yang bakal hamba kongsikan bersama nanti. InsyaAllah.

bersambung lagi..amin

ڤادوکا

Jlajah Dendang Anak (Trangganu-Johor-Tembilahan)-Hari Pertama dan Kedwa




Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,


Utusan kali ini membawa kami semua kembali kepada titik permulaan, antara Siak sri Inderapura dan Kerinchi, Pelalawan(Yang baru sahaja bulan kelmarin kami lewati) ada padanya sebuah halaman pekan yang tersergam keindahannya, sohor dengan gelaran Negeri Seribu Parit.. 2 tahun lamanya sebelumnya, kami tlahpun sampai dahulu pada alasan yang sama juga "Festival Bumi Sri Gemilang", yang diaturcarai oleh para pengusaha seni budaya Indragiri Hilir(INHIL)..

Tiada sepertinya tahun kelmarinnya, perjalanannya agak berbeza. Tidak seperti sebelumnya, kami hanya lewati dari pelabuhan Melaka yang langsung terus ke Pak Neng terus dijemput Pariwisata Siak untuk ke Siak selama beberapa hari berlangsungnya Siak Bermadah 2008, setelah itu langsung terus ke Tembilahan,Indragiri Hilir.Dalam perjalanan itu, kami singgah sebentar di Kerinci, Pelalawan untuk berehat seketika kemudian teruskan lagi berjalan selama 4 jam merentasi parit demi parit hinggalah selamat tiba ditujuan.
Kali ini, daripada Terengganu kami bergerak bersama kenderaan kami sendiri selama 8 jam lebih kurang melewati Pahang Darul Makmur menuju ke Pelabuhan Stulang Laut,Johor Darul Ta'zim. Jam 7 pagi 24hb November 2010, bertolak menaiki kapal ke Batam(2 jam perjalanan) yang disambut oleh Urusetia Festival Bumi Sri Gemilang dari balai ketibaan ke Pelabuhan seterusnya yang mengambil masa sepanjang 4 jam lagi akhirnya sampai di persinggahan terakhir perjalanan..Suasana 2 tahun kelmarin mula menjelma dibenak fikiran masing-masing yang pernah bertandang dahulu memberikan gambaran yang indah. Wajah demi wajah terimbas pada fikiran hamba, tangisan mereka-mereka (para Urusetia/LO) waktu kami berangkat pulang dahulu, terubat kembali..Sungguhpun singkat masanya untuk bersama buat kali ini,berbeza dengan sebelumnya pelbagai acara disini kami tlah penuhi selain dari menjayakan Festival tersebut, kami membuat persembahan di sekolah dan turut menerima undangan membuat persembahan di Majlis Pernikahan juga..Tidak lupa dengan layanan istimewa para Urusetia seperti Raja Indra Maulana, Adi, Robbi, Livi, Weni, Mela, Billy, Yayang dan ramai lagi selama seminggu membuatkan kami cukup terkesan kepada hubungan mesra yang dijalinkan sepanjang keberadaan kami disana. waktu itu..

"Terima kasih ya Allah", itu diungkap pada suara hati sebaik sahaja menapakkan kaki kanan ke bumi ini.

Sebaik sahaja memunggah muatan kedalam pengangkutan kedalam kenderaan, perjalanan kami selama 20 minit diteruskan menuju penginapan kami. Sebaik sahaja keluar daripada balai ketibaan. Pekan kecil yang tlahpun membawa hamba pada mengimbas kembali kisah dahulu hamba berjalan kaki berseorangan dipekannya dari petang, hingga hujan turun lebat pada maghribnya, nyaris tersesat seketika namun hingga berjaya bertemu kembali rumah penginapan. Sungguh menghiburkan tatkala mengingat kembali, lapang sekali terasa didada, kedua belah pipi terangkat sedikit tanda senyuman yang datang dari dalam membuatkan kedatangan Dendang Anak ke sini lagi, bermakna dan berbaloi pada susah payah yang dikudratkan daya usaha atas kebersamaan kita, sebagai sebuah himpunan kumpulan Sahabat sejati, Keluarga ataupun wakil rakyat Tanah Melayu, Terengganu Darul Iman.

Kelihatan wajah-wajah murni masyarakat Indragiri atau pada tamsilan hamba, "orang Indragiri" (yang pernah termaktub didalam Sulalatus Salatin-Kitab Sejarah Melayu) begitu mesra dan prihatin pada sesama mereka apatah lagi dengan tetamu mereka sedang berlegaran disetiap penjuru bhumi Tembilahan, kedai/toko kecil-kecilan pada imbasan lama masih kekal seperti dahulu cuma barangkali dihias agak berlainan sedikit. Tiada pembangunan yang "mega" atau maha-maha meninggi,membesar atau ber" sophisticated technologies " bukanlah bermakna mereka mundur, namun kemajuan yang ditekan atau disuburkan disini adalah pada Seni Budaya, Budi perlakuan yang merendah diri, Sikap kekeluargaan penuh kehormatan(Usratul Hassanah) dan yang paling penting, Pemikiran yang membangun dan kemudian meluas dan terus meluas lagi yang dipanggil "Nilai", baik ianya Nilai Manusiawi, Insaniah, Madaniyyah, terserah buat para manusia berfikir bebas namun pada akar umbinya itu menjadi hal yang utama.. Mirip yang dikehendaki oleh Para Nabi atau Para Wali kehendaki, mereka antara masyarakat yang begitu menjaga amanat cara hidup yang dimahukan oleh para moyang yang mulia....buat hamba terfikir pada pendapat demi pandangan hamba yang sebegitu ceteknya tersoal kepada anda yang membaca, apa hujah anda pula? para pemegang amanah dibumi yang seratanya pernah direstui berkat rahmat Allah taala. Bagaimana masyarakat itu bisa dibangun subur hingga membentuk sebuah negara yang Majunya pada pemikiran Akhirat dalam menjamin ketenteraman Dunia?

Kenderaan kami naiki yang pada awal perjalanan begitu rancak seperti diperlahankan, dari jauh sudut pandangan hamba yang berkaca mata tertera "Telaga Puri", dibawahnya tertulis lagi "rumah penginapan"..Inilah penginapan yang pernah suatu masa terdahulu kami huni. Sungguh dan tanpa sedikitpun meraguinya, ini adalah sebuah imbasan yang agak memilukan-pada mengenangkan dahulu dan juga amat menggembirakan-pada melihat hikmah sebalik kepayahan kami agar sampai disini, atas izin Allah taala..

Pertemuan kembali disertai balasan salam-salaman antara sahabat lama bersama senyuman yang meleret-leret menandakan siraman hujan rahmat yang juga turun bersama ketika itu benar direstui oleh Nya. Selesai meletakkan barangan di penginapan, kami langsung ke lapangan persembahan atau pentas utama persembahan bagi menonton pertunjukkan pada jadual malam tersebut. Apa yang mencuri perhatian hamba dan juga ahli selainnya adalah sebaik kami beransur pulang, persembahan kedwa terakhirnya menceritakan bagaimana kisah tujuh Puteri bongsu Mayang Sari atau dikenali sebagai Mayang Menghurai oleh kerana kecantikkannya, anak kepada Puteri Sima atau dikenali disini sebagai "Puteri Cik Sima" yang bertempat di Kerajaan Seri Bunga Tanjung yang telah jatuh Cinta kepada seorang Putera Raja Empang Kuala melalui peristiwa dimana ketujuh-tujuh puteri ini pergi bermandi disebuah kolam yang dimana tidak disedari oleh mereka diintai oleh Putera Raja Empang Kuala. Dilamar namun tidak dipersetujui oleh Ibundanya.. maka menjadilah sebuah kisah yang panjang.

Dan persembahan para penari membawa mayang pinang yang di goncangkan diatas asap kemenyan sebagai salah satu pertunjukkan yang menangkap terus perhatian hamba, persoalannya ia mirip sama kisahnya dengan kisah percintaan Awang dengan Puteri Mayang Sari,juga puteri yang ketujuh, menerusi kisah Ulik Mayang yang diyakinkan melalui penceritaan demi penceritaan berlakunya di Terengganu!..
Hanya bezanya(atau mungkin tidak) kisah disebelah Terengganu nya pula adalah kisah ini bermula apabila Puteri Bongsu dari Kayangan Bukit Puteri turun bersiram/mandi di sebuah pantai. Awang jatuh Cinta kepada Mayang Sari ketika itu,Ibu Awang dan orang kampong mula risau dengan kehilangan Awang lalu mereka meminta pertolongan bomoh untuk mencarinya. Maka dilakukanlah pertunjukkan atau "ritual" yang menggunakan jala jemala, kemenyan dan mayang pinang untuk mengembalikan Awang ke alam nyata.

Kekanda Mayang Sari pula yang sedar pada kehadiran Awang turut murka dan menghalau Awang pulang ke bumi. Disambung lagi kisahnya yang pada akhirnya Awang selamat pulang ke pangkuan ibunya, namun Awang amat bersedih kerana terpaksa berpisah dengan cinta hatinya...
Apa ini satu persamaan yang "kebetulan" atau sesuatu yang sengaja di "ada-adakan" melalui kisah "dongeng" atau "rekaan"?

bagi kami, tiada kebetulan yang dirancang melainkan ia adalah semua berlaku pada kadar kesempurnaan susunan Allah taala sendiri, jika ia diada-adakan pula.. pasti hal ini pernah ada meskipun hujahnya tiadapun..terus bagaimana hal yang tiada itu disengaja usahakan agar ada, sama seperti penceritaan makhluk halus, termasuklah hantu-hantu seperti yang dikenali di Indonesia sebagai Kuntilanak( Malaysia memanggilnya Pontianak), sama seperti raut Gondoruwo pada taarifan orang Jawa( yang kita panggilnya Hantu Raya), dan juga yang lain seumpamanya yang ada berkata pernah menyaksikan sendiri manakala pihak satunya yang lain menafikannya tiada.

Persoalannya, bagaimana kisah demi kisah yang ada itu wujud di tempat yang berlainan namun gambarannya punyai persamaan? kalau pontianak berbaju putih dan rambutnya panjang dengan hilai jeritannya kita digambarkan sebagai contoh.
bermakna, amat mustahil lah hal yang jarang, tak pernah disaksikan oleh keadaan yang biasa-biasanya diceritakan kembali, diyakini adanya mereka sedang ada berkata tiada benda "karut" atau "rekaan".. tetap yang direka pada pemikiran itu wujud, mungkin saja pada sudut pemikiran semata-mata.

Namun pokoknya tetap pernah ADA walaupun di ruang karya kepala semata-mata atau percakapan ataupun naluri perasaan, ia atau tidak?

Tujuan hamba mengemukakan hal ini adalah untuk mengajak anda semua merenungkan dimana kenyataan berlaku pada kebenarannya yang adakala menyalahi apa yang akal telah kata ia tiada, sebenarnya ia tetap ada. Jika Hantu-Jin-Syaitan-Iblis itu "karut", bagaimana dengan Tuhan-Malaikat-Roh-Syurga & Neraka-Akhirat-Barzakh..adakah semua itu juga "karut" sedang tuntutan Rukun Iman sebagai seorang Umat Islam adalah Meyakini wajib pada keenam-enam perkara yang sebenarnya tiada dihadapan penyaksian kedua belah mata kita dizaman kini?

Kedwa-dwa beza itu menunjukkan jelas bahawa ia berlaku pada keterlewatan akal untuk mengimbas kembali, akal yang selalunya kita sangkai bahwa inilah bezanya diantara Manusia yang waras dengan Makhluk selainnya yang jelas tidak berakal, sedang akal itu sendiri tiada pada "organ" kepala yang dinamai Otak..Jikalau akal itu ada pada Otak, bagaimana Monyet? bagaimana Udang? bagaimana Burung? sedang mereka semua Tidak ber Akal..

Maksudnya disini tiada hal yang kebetulan, karut, rekaan yang bersifat khurafat atau tahyul.. Kecuali anda sendiri Malas untuk berfikir maka kebetulan, karut, rekaan itu semuanya dijadikan Had nya. Batas untuk berhenti berfikir mengenai hal itu..Hanya teruskan sahaja pada yang wujud jelas dimata.

Itu baru kita bicarakan hal Akal namun apa kata Hati yang berperasaan? Apa yang disengaja reka kah perasaan apakala kita melihat seseorang yang kita begitu sayangi? Dari mana ia datang? Bagaimana dengan perasaan yang meluap-luap kerana hal yang digelar padanya "rindu" sedang itu tidak ada untuk dibuktikan jelas adanya rindu yang punya kilangnya, punya kedai menjual rindu dengan harga sederhana dan mahal, cuma pada kata-kata semata-mata..

Nah, bagaimana dengan kisah-kisah sejarah Melayu yang begitu banyak bergaul dengan unsur yang menurut telunjuk pemikiran barat adalah Tahyul dan Karut atau "Mitos" atau Dongeng sedang kehadiran Nabi Khaidir ada disisi Sultan kita suatu masa terdahulu sebagai penasihat Raja?

Dan hamba menulis ini, hamba bertanggungjawab sepenuhnya. Seandainya wujud mushkil segera dirujuk. Hentikanlah sama-sama diantara kita sesama bangsa bergaduh kerana lagu siapa itu Negaraku, tarian Pencak milik siapa..itu semua berlaku kerana satu hal yang di sengaja atau mungkin tidak disengajai oleh pihak ketiga. Bukan Malaysia atau Indonesia. Kita Melayu, dan kita tiada Negara, cuma sebuah Negeri dan kemudian Wilayah besar megah yang digelar Nusantara, bermula di Terengganu Agamanya, ditabal kemudian dibawa utusan Raja Sumatera(sebutan lama kepada Samudera) Pasai yang pertama, Sultan Malik Al Salleh yang dikenali sebagai Merah Silu(Silau) yang pernah bermimpikan Nabi Muhammad telah meludah ke dalam mulutnya, menamakannya Sultan Malikul Saleh , disuruh makan hanya binatang halal yang telah disembelih. Dalam masa 40 hari, akan datang sebuah kapal dari Mekah dan hendaklah menerima ajaran Islam yang dibawa.
Apabila Merah Silau terjaga dari tidur , Merah Silau mendapati kemaluannya telah bersunat dan mulutnya lancar membaca al Quran 30 juz..bukankah ini satu keajaiban yang begitu indah benar terjadi pada kenyataan kita pada menyusuli kembali Sejarah darah yang mengalir dalam jasad pinjaman kita sendiri ini? Terus mengapa kita terus bertelagah kerana hal yang remeh. Sedang budaya itu luas, bahasa itu berbilang-bilang cara sebutnya, adat berbagai-bagai sesuai pada suasana..Walhal selaku umat Islam, berburuk sangka itu salah laku pertama dan hendak ia yang melakukan segera berhenti dan menghapuskannya jauh menggangu akal kita untuk berfikiran lurus..seperti yang dimohon pada 2 rangkap ayat terakhir diwajibkan pada setiap hari:

"Tunjukkanlah jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."


mohon ayomilah, kami yang kerdil lagi hina ini..


InsyaAllah bersambung lagi..jika izinNya ada untuk Esok.

ڤادوکا