Saturday, August 14, 2010

Budaya Hidup "Melayu" dimalam Ramadhan

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Salam Ramadhan kepada umat-umat serta ahli Dendang Anak.
Alhamdulillah selesai sudahlah kiranya kita berpuasa 5 Harinya,
manakala Tarawih sudah 6 Harinya pula..moga bersama-sama mendapat keredhaan serta rahmat daripada diriNya yang Esa maha menjadikan..
setelah kita faham apa itu Puasa, Tarawih dan Ramadhan menerusi garapan hamba sebelumnya, sekarang hamba kira kita sudah fahamlah mengapa Puasa itu Wajib pada bulan ini bukannya suatu yang Sunat ataupun Harus hukumNya.
Puasa ibarat membersihkan diri daripada segala macam kekotoran yang terletak daripada perkara Dunia. Maksud hamba, keinginan yang kita sendiri tancapkan kedalam diri sendiri, sepertinya Pertuturan, Pandangan, Pendengaran, Bau-bauan, Perbuatan, Pemakanan atau Minuman..
Bagi kefahaman diri hamba yang jahil,
semakin banyak kita memasukkan sesuatu melalui Panca Indra kita terutamanya, semakin itulah kita dihijab agar lebih terang untuk membawa diri dalam pengamalan, maksud hamba tidak semestinya amalan itu harusnya berzikir..malah berfikir sekalipun, mata tumpuan kita pasti akan tumpul didalam tumpuan.
Contoh yang paling senang untuk diibaratkan adalah dengan perbuatan befikir ketika dalam keadaan perut yang begitu kenyang,
didalam kajian Ilmu Alam(Sains) sendiripun mendapati bahawa dengan keadaan usus yang penuh dengan makanan dan minuman, usus memerlukan beberapa jangka masa yang panjang untuk menjalani pekerjaan Penghadaman, oleh kerana itulah diri kita selalunya terasa mengantuk apatah kita baharu sahaja makan pada waktu tengah hari kemudian kembali ke pejabat.

Tenaga di dalam badan begitu memerlukan tumpuan didalam badan, ini menyebabkan seluruh anggota dalaman seperti otak, jantung, darah dan sebagainya bertumpu kepada pekerjaan dibahagian usus. Secara tidak langsung, akal kita sendiripun berada didalam kadar bersedia (standby mode).

Namun disini, hamba bukannya ndak berceloteh berkenaan hal Puasa semata-mata, cadangan hambe agar kita lihat semula akan apa yang biasanya Nabi amalkan ketika berbuka, hanya kurma dan susu. Bermakna makannya cuma Buah dan Minuman dahulu, mengikut al kadarnya sahaja, bukan dengan meratah rakus juadah-juadah dengan puas sepuasnya. Adalah disini penegasannya untuk menyatakan tujuan puasa yang sebenar adalah untuk menyucikan diri daripada hal-hal yang menggangu tumpuan kita untuk beribadat. Kalaulah kita berbuka dengan pelbagai makanan-makanan yang beraneka jenis, hilanglah kemanisannya sama maksudnya seperti hilanglah makna sebenarnya. Akan tetapi adalah bergantung kepada tahap kemampuan diri, kesihatan khasnya.. pendek kata, apa boleh kita amal tanpa masaalah, maka silakan....

Itu baharu langkah pertama, masih ada langkah kedua ya itu mengamalkan apa yang Wajib. Solat Maghrib dan Isya' sebelum menunaikan Tarawikh.. dan kepada yang tertinggal akan solat fardhunya yang selain itu diwajibkan menqada nya sebaik sahaja menunaikan Tarawikh.
Kerana Tarawikh itu Sunat hukumnya.

Setelah segala fardhu tertunai semua maka masuklah langkah ketiga, Tarawikh secara berjemaah. Maka disinilah turunnya Fadhilat-fadhilat yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali RA:

MALAM 1.

"Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan."


Keadaan yang dimaksudkan "Baru Dilahirkan" tadi berkait-rapat kepada peringkat keempat langkah terciptanya ia.
Setelah Shulbi Bapa berpindah kepada Rahim Ibunya - Seterusnya lahirlah ia sebuah susuk manusia yang kerdil, yang dinama Bayi.

Bayi yang baharu dilahirkan, mengikut panduan akal selalunya lemah dirinya,
tak mampu lagi berjalan..tak mampu bergerak sepertimana kita sekarang dan serba lemah.
Hanya kitalah sebagai ibu dan bapa kepadanya menjaganya, membelanya, membelainya maka menaungilah mereka kepada anaknya.
Kaitan kepada diri kita- harus kembali merasai lemah diri itu. Hebat manapun, kuat setara manapun atau gagah semegah mana pun kita tetap diri yang kalah..kalau mengadap Allah.
Lemah tidak semestinya kita ini lembik dan longlai menyalahi diri yang dijadi nya, kalau lelaki biarlah lemah didalam diri, manakala wanita itu usahlah pula melampau buatnya..

Mengharap, bayi mengharap namun wujud dirinya ke Dunia tak dipinta ataupun diharap. Adalah kerana Anugrah atas Tanggungjawab yang disandangkan kepadanya dari yang maha menjadikannya itu lahir mereka. Mengharap yang diertikan sini kepada perletakkan diri kita adalah sejauhmana kita sekarang bergantung harap kepada Tuhan?
Salah satu contoh yang paling ketara yang hamba perhati sekarang, dan ingin berkongsi bersama kalangan kita adalah bagaimana kita terlalu berharap kepada Ubat. Sedangkan Ubat sekadar Penahan kepada kesakitan, BUKAN penawar kepada kesakitan pada kenyataannya.. Hamba perhati kejadian Darah pada diri, darah yang mengandungi zarah-zarah merah dan putih sementara mereka saling berkerjasama didalam memperbaiki semula yang rosak. Guna Ubat adalah untuk menangguhkan kesakitan agar kita merasai masa untuk sembuh itu lebih dipercepatkan.
Hamba bukan Doktor bertauliah namun pengajian Hamba mendalami serba sedikit Ilmu Perubatan itu meyakinkan hamba bahawa Ubat itu sekadar pelali,pembersih,penambah atau pengurang kepada keperluan anggota dalaman.
dan tidaklah disini hamba menyuruh kita agar berhenti mengambil ubat, namun gunakan ia jika perlu sangat dan gunakan dengan Niat Khidmat kepada Jasad. itu masih selamat agar tidak kita menduakan kuasa Allah sedangkan diriNya sahajalah yang mengizinkan belaka. Seru hamba, perbaikilah perletakkan Harap kita dimana.

Daif, adalah kerana Bayi tidak bermilikan apa-apa. Ia masih didalam keadaan "La haula wa la quwwata illa billah"-tiada yang daya upaya itu hanya dengan Allah. Mereka hanya mampu menangis kerana mereka memang benar mengakui kelemahannya, bahasa yang mereka qalamkan saat mereka memerlukan sesuatu hanyalah begitu ringkas hinggakan kita sendiri tak dapat memahami nya. Hanya Allah yang tahu.
Daif itu serba tiada apa-apa. Hidup sekadar apa adanya menurut keperluan. maka itulah pedoman yang patut kita pelajari tatkala melihat diri yang bayi.. dan paling penting adalah memelihara kesucian. Bayi itu bersih dari segala macam dosa atas ketiga-tiga hal tadi. Itu yang ndak kita capai sebenarnya..

MALAM-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Nah, malam pertama tadi Bayi, seterusnya Ibu Bapa. Menunjukkan disini adalah tatkala kita baligh itu bermulalah perjalanan baharu. Melangkah kearah kedewasaan.
Ibu Bapa, apa maksudnya?
Bak kata pepatah, Syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Diri Hamba sendiripun jadi bingung waktu kecil dulu tatkala didengar akan kiasan itu. Apa maksud Telapak Kaki yang sebenarnya ada berkait dengan langkah. Pada diri anggota, kita dibekalkan 2 belah tangan dan juga dua belah kaki untuk menyatakan keseimbangan kejadianNya.
Kalau Tangan Kanan kita diajar makan, Tangan Kiri diajar beristinjak.
Kalau tertib masuk tandas dengan Kaki Kiri, maka keluarnya Kaki Kanan.
maksud Ibu adalah Asal kejadian diri, dialah yang bertanggungjawab membentuk budaya hidup kita, pertuturan, adab dan sebagainya. Bermula langkah pertama ke Syurga itu dengan mentaati Ibu, kemudian Bapa. kerana dari bapalah yang membentuk akal,qalam,hati dan diri sebenar diri sebalik jasad itu agar ber-Agama. Kerana itu Imam didalam rumah itu adalah Bapa..Kerana dialah ketua kepada Agama, Agama yang kita kenal sebagai susunan maka jelaslah Susunan dirumah itu Haknya kepada Bapa.
Kaitan fadhilat malam kedua ini dengan Ibu-Bapa yang kita begitu berharap agar terampun dosa-dosa mereka adalah dengan kemaafan itu sepatutnya dilaksanakan pada hari menjelang malam ini. Bukanlah seperti budaya kini yang selalunya kita lihat budaya maaf bermaafan itu berlaku ketika hari Raya. sedangkan Hari Raya aidil fitri itu bukan dan tak sepatutnya ditangisi dengan kesedihan malah kegembiraan kerana tlah kembali diri kepada Fitri diri ya itu, FITRAH diri.
Kerana TANPA IBU DAN BAPA, tiadalah ANAK. maka penulis berharap agar kita dapat menghayati fadhilat-fadhilat yang bakal kita tempuhi ini. Kerana ia sebuah Perjalanan.

MALAM-3
Para malaikat di bawah 'Arasy,Qursy,Qalam dan Lauh Mahfuz menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Apa itu Malaikat?
Malaikat dari sudut pengertian bermaksud penjaga amanah Allah, adalah kerana ketaatan mereka didalam melaksanakan tugasnya dengan setia.
RUKUN IMAN KE 3 menyatakan kewajiban kita meyakini adanya Malaikat,
Kejadian Malaikat adalah daripada Cahya.
Berpuluhan ribu atau mungkin tak terkira bilangan Malaikat yang ada pada setiapnya adalah penjaga Amanat Nya..
yang kita tahu adalah :
Jibril-Penyampai wahyu Allah
Mikail-Pembawa rezeki yang ditentukan Allah
Israfil-Peniup sangkakala pada perintah Kiamat nanti
Izrai-Pencabut Nyawa
Mungkar-Penyoal didalam Alam Barzakh
Nakir-Penyoal didalam Alam Barzakh
Ridhwan-Penjaga Pintu Syurga
Malik-Penjaga Pintu Neraka
Raqid-Pencatit Kebaikan Manusia
Atid-Pencatit Kejahatan Manusia

itu 10 asas pengetahuan kepada Malaikat, namun begitu masih terdapat selainnya yang wajib bagi kita tahu adanya ia itu seperti 2 Malaikat yang menjaga pada malam hari,
2 Malaikat menjaga pada siang hari dan juga Satu malaikat yang tidak pernah berpisah dengannya menunjukkan bahwa begitu menjaganya Allah demi makhluk-makhlukNya.
Namun tugas para malaikat yang ada itu juga dikatakan bertanggungjawab untuk menanggung Arasy,Qursy,Qalam dan Lauh Mahfuz iaitu Singgahsana Allah.
bagi meringkaskan apa itu Arasy,
http://www.psq.or.id/ensiklopedia_detail.asp?mnid=34&id=23,
Qursy,
boleh kita lihat pada tafsiran Ayatul Qursy (Al-Baqarah ayat 255)
Qalam,
dapat diamati menerusi Hadis Qudsy ya ini dikatakan bahawa Hadis ini disampaikan oleh Allah sendiri kepada Rasulullah.
Lauh Mahfuz,
http://id.wikipedia.org/wiki/Lauh_Mahfuzh

hamba bekalkan jaringan kepada site yang dipercayai dan sering menjadikan rujukkan orang ramai. Antaranya adalah untuk memberi sedikit kefahaman berkenaan 4 singgahsanaNya yang kita perlu tahu.
Umum Singgah sana itu adalah satu tempat ketahtaan yang dikatakan pemimpin yang bergelar Raja itu berada. Maka kalau menurut kejernihan fikiran makanya setiap singgah sana itu pasti mewakilkan setiap negeri/negara ataupun tempat khususiah buat kuasa Malik itu menguasainya. Maka 4 Singgahsana Allah secara terperinci bakal kita bahaskan InsyaAllah..

Namun disini penceritaan Para Malaikat, Singgah sanaNya adalah untuk mengaitkan kepada jenis sifat ketaatan yang tlah diamalkan oleh para Sahabat terhadap Nabi Muhammad Salallahualaihi wa salam mewakili yang Syariat,Tarikat,Hakikat dan Maarifat.
dan juga sepertimana Allah yang menciptakan Malaikat sebagai pelaksana perintahNya, begitu juga Nabi dengan 4 sahabat Unggul baginda yang Ulung yang juga merupakan para Khalifah penerus usaha Rasulullah.
iaitu :
1)Abu Bakar As Siddiq
2)Umar ibnu Al-Khattab
3)Osman ibnu Affan
4)Ali ibnu Abi Thalib

disini apa yang hendak kita fahami adalah kelebihan setiap pada mereka yang disebutkan diatas, apa yang pasti adalah perbezaannya yang harus bagi kita lihat dan kenal pasti. Jiwa sahabat yang manakah yang ada pada diri kita dari kalangan 4 sahabat tadi?

MALAM-4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

TAURAT-http://id.wikipedia.org/wiki/Genesis
INJIL-http://id.wikipedia.org/wiki/Injil
ZABUR-http://id.wikipedia.org/wiki/Zabur
QURAN-http://id.wikipedia.org/wiki/Quran

Bagi diri hamba,
tidak menjadi satu hal pun yang memesongkan akidah sedangkan ke-empat-empat Kitab ini diturunkan dari para Anbia kita sendiri, Nabi yang kita telah yakini dan percayai didalam Rukun Iman ke -4 yaitu percaya kepada Rasul.

Walaupun begitu tidaklah bagi diri hamba menuntut para pembaca untuk membaca ketiga-tiga kitab selain Quran, sepertimana adanya Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam itu sebagai pelengkap 25 Rasul. Quran itu sendiri hadir sebagai pelengkap untuk segala kitab sebelumnya. Ia merangkumi semua perkara yang terdapat pada Taurat-Surah Al-Fatihah, Injil-Surah Yasin, Zabur-Al-Kahfi dan Quran-10 Surah (Al-Fil ke An Nas).
Apa yang penting adalah baca dan fahami Quran dahulu, maka mengertilah bahawa ia sebenarnya rumusan kepada kewujudan ketiga-tiga kitab sebelumnya yang diturunkan oleh Musa(Taurat),Isa(Injil) dan Zabur(Daud).

Daripada ketiga-tiga pengamalan dan pengamatan maksud terhadap surah-surah dibaca dalam Quran mewakili 4 Kitab itu maka kita bakalan disampaikan hidayah moga-moga dicampakkan Allah kepadanya fahaman apa maksudnya Taurat,Zabur,Injil dan Quran.

MALAM-5

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawwi dan Masjidil Aqsa.
menyusuli sejarah pembinaan ketiga-tiga Masjid tersebut,
Masjid Al-Aqsa, pada maksud harfiahnya adalah Paling terjauh, yang juga turut dikenali sebagai Al-Haram Asy-Syarif atau "tanah suci yang mulia",
tempat pelbagai sejarah penting Islam terutamanya peristiwa Israq Mi'raj Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam dikatakan ianya dilakukan dari Masjidil Haram menuju ke Masjidil Al-Aqsa menuju ke langit,
Masjidil Nabawi pula adalah masjid ke 2 mulianya, dibina peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Dibina untuk menghimpunkan seluruh Bangsa pada raga Agama yang sama.
Dikhabarkan juga pembikinannya adalah oleh Nabi Muhammad sendiri dan Maqam baginda hingga kini berada di Masjid ini..
Masjidil Haram,
maksud Haram merujuk kepada Haram kepada segala unsur kehendak yang mengikat diri dari Dunia. Disinilah tanah barakah yang suci dari sepatutnya kita tegakkan.
Imam Muslim menyampaikan hadits yang diriwayatkan dari Abu Dzar Al-Ghifari:

Saya bertanya kepada Rasulullah saw. mengenai masjid yang mula-mula dibangun di atas bumi ini.
Rasulullah saw. menjawab: "Masjid Al-Haram".
Saya bertanya: "Kemudian masjid mana?"
Rasulullah saw. menjawab: "Masjid Al-Aqsa".
Saya bertanya: "Berapa jarak waktu antara keduanya?"

wallahualam,
namun dizaman kini kita mendapati bahawa umat Manusia semakinlah teruk lakunya,
yang paling menakutkan kita adalah perancangan untuk me"Maju" kan apa yang tak sepatutnya dimajukan.
walhal, Allah taala tak pernah meminta kita membina bangunan yang mencakar langit tingginya untuk menyatakan Islam itu agung.
Islam sebagai cara hidup yang serba serdahana, merendah diri mukminNya.
dan tatkala dibina pencakar langit itu menempah laknat Allah sedang kan ia jelas tlah dinyatakan didalam tanda-tanda akhir zaman.


Pada diri kita yang turut berkaitrapat dengan Alam ini, kulit yang 7 lapisnya ini menunjukkan persamaan yang sangat dekat kepada penciptaan unsur tanah kepada diri..
Hari ini segalanya dirubah-rubah mengikut kehendak kita yang sendiri,
sedangkan menjadi seorang Islam itu penguasa kepada Nafsu tlah sedikit demi sedikit kita rapuh didalam menghadapi Nafsu.
Diakhir kalam ini hamba ingin berkongsi gambaran akan betapa dahsyatnya kita akan menghadapi dunia akan datang dengan gambar perancangan menjelang WAWASAN 2020 ini.



Makanya sudah pasti ada "Nabawwi"nya pada diri..sebuah kota raya yang menjalankan cara hidup didunia menurut Islam, "Aqsa"nya pada diri yang membuat pilihan akan menghadapkan Qadha dan Qadhar kita berkiblatkan arah tuju yang satu, Syumul dan "Haram" pada diri..
Jika "Kaabah" pada diri adalah Hati, Haram dari segala kekafiran dan ketaghutan.

Apa fikirnya terhadap Kesucian diri sebagai seorang Insan?
Budaya Hidup Melayu ini bakal bersambung lagi ..insyaAllah.

ڤادوکا

(dan pada segala kata-kata diatas, atas diri hambalah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Kemushkilan ini boleh dibawa berbicara.. usah bimbang)

Tuesday, August 10, 2010

as-solatujamee'ah rahimakumullah!

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

kepada para pengunjung diucapkan,

Dihari ini, 10 hari bulan 8 tanggal 2010.
kita bakal didatangi oleh suatu suasana yang dinanti-nanti kan.
Keistimewaan bulan yang satu ini tiada tara bandingnya dimana dalamnya ummat islam berpusu-pusu mengerjakan pelbagai ibadat demi yang diabdikan.

soalnya apa itu Ramadhan?
mengapa harus ber Puasa di bulan ini? dan apa maksudnya Tarawikh?
kenapa tidak dibulan lainnya?
Hamba disini ingin berkongsi bersama para pembaca agar serba sedikit kita tahu dan mungkin bakalan faham yang dimaksudkan Bulan Kerahmatan ini. insyaAllah..

*RAMADHAN

umum dari sudut perbahasaan,
Kata Ramadhan berasal dari akar kata dasar r-m-dl, atau ra-mi-dla yang berarti “panas” atau “panas yang menyengat”.
Kata itu berkembang –sebagaimana biasa terjadi dalam struktur bahasa Arab– dan bisa diartikan “menjadi panas, atau sangat panas”, atau dimaknai “hampir membakar”. Jika orang Arab mengatakan Qad Ramidla Yaumuna, maka itu berarti “hari telah menjadi sangat panas”. Ar-Ramadlu juga bisa diartikan “panas yang diakibatkan sinar matahari”. Ada pendapat yang menyatakan bahwa Ramadlân adalah salah satu nama Allah SWT.
Demikianlah istilah bulan Ramadlân diambil dari kalimat ramidla-yarmadlu, yang berarti “panas atau keringnya mulut dikarenakan rasa haus”.
dipetik daripada karya penulisan Muhammad bin Abu Bakar bin Abdul Qadir Al-Razi (721 H) dalam kamus Mukhtaru-sh-Shihhah dan Muhammad bin Mukarram bin Mandzur Al-Mashri (630-711 H), yang terkenal dengan panggilan "Ibnu Mandzur" dalam karya monumentalnya, Lisanul-Arab.

dibawah ini adalah serba sedikit yang dapat hamba titipkan 4 kisah yang penting pada Bulan Ramadhan ini:
1) Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut (syahru ramadhana)

2) Terjadinya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

3) Bulan dimana nabi mengambil alih Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

4) Didalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.

*PUASA

Puasa dalam bahasa Arab disebut Shiyam atau Shaum – keduanya sama-sama kata dasar dari kata kerja Sha-wa-ma–, yang secara etimologis berarti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain (Al-Syaukani, 1173-1255 H, Fathu-l-Qadir).

Shiyam atau Shaum merupakan qiyam bila amal, yang berarti "beribadah tanpa bekerja". Dikatakan "tanpa bekerja" karena puasa itu sendiri bebas dari gerakan-gerakan (harakat), baik gerakan itu berupa: berdiri, berjalan, makan, minum dan sebagainya.
Puasa, sebagaimana yang tertulis pada penulisan-penulisan, berarti "menahan" dari sesuatu pekerjaan.

Sejarah awal keberadaan Manusia dimuka bumi, Puasa sangat terkenal dan tlah diamalkan oleh semua jenis Agama pun. Seandainya para pembaca tidak tahu, maka ini satu hal yang patut kita tahu dan fikirkan apa yang membezakan antara semua dengan kita sebagai Islam.

para Hindu juga berpuasa untuk menyambut sesebuah upacara keagamaan, paling dekat yang boleh kita lihat adalah Hari Raya Nyepi yang disambut oleh masyarakat di Bali.

Tokoh-tokoh falsafah Yunani menganjurkan para pengikutnya untuk puasa. Puasa ini dianggap sebagai jalan untuk menyelami hakikat seorang manusia sejati.

Pengamalan bangsa Rumawi yang berpuasa sebelum berperang diyakinkan dengan kemenangan.

Suku Indian Amerika berpuasa untuk mempertajamkan penglihatan ghaibnya serta mendapatkan Ilham.

Sewaktu hamba di Kaherah juga pernah didengarkan cerita bahawa orang Mesir Kuno berpuasa untuk kembali bermuhasabah diri atau menyucikan diri daripada kesalahan.

Meneliti fahaman Buddha juga yang mengamalkan Puasa sebagai satu langkah untuk membasmi segala rupa duniawi yang dikehendaki oleh diri.

Orang-orang Yahudi melakukan puasa dalam tiga kesempatan. Pertama, ketika bersiap melaksanakan tugas keagamaan. Kedua, saat-saat duka. Ketiga, pada saat menghadapi kesulitan hidup sebagai bentuk pertobatan kepada Tuhan.

Kristian berpuasa untuk menjernihkan kembali diri daripada hal perihal yang mengikat diri mereka daripada hal keterikatan dalam hidup yang dialami.
Sekarang, dimana perletakkan kita sebagai Islam kepada ibadat Puasa agar dielakkan agar kita disamai oleh Agama yang selainnya?

*TARAWIKH

merujuk pada Kamus-kamus Arab, Tarawikh bermaksud duduk bersenang-lenang atau beristirehat. Apabila dinamakan Solat Tarawikh makanya dipanggil satu pekerjaan yang sunat untuk dilakukan dengan hati yang senang lenang, setelah habis menunaikan solat Isya'.

Solat Tarawih juga disebut dengan "Qiyamu Ramadhan". Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isya’ dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam.
Istilah "Qiyamu Ramadhan" juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid berzikir dan sebagainya.

Menyusuli Sejarah Solat Sunat Tarawikh bermula di Masjid Nabawi, dimana Nabi Muhammad salallahualaihiwa sallam mengerjakannya selepas solat Isya' sementara diikuti oleh para sahabat, esoknya dibuat juga, akhirnya menjadi satu hal yang mesti diamalkan oleh umat Islam..walaupun ianya Sunat, namun penekanan disini bertujuan untuk melahirkan sebuah pengamalan yang jujur dalam melakukan perkara yang Wajib.

Wallahualam,

Demikianlah huraian kepada pengertian-pengertian penting dalam Ramadhan. Apa yang penting adalah kita sama-sama dapat beribadat daripada berbahas atau berkelahi, apatah mengenai ganjaran yang diturunkan pada Fadhilat tarawikh yang dimana hadis nya ada dikalangan pihak yang mendapati tidak ada bukti yang ianya datang dari dalil-dalil atau nas-nas yang sah apatah dikatakan perawinya adalah Saidina Ali Rahimakumullah hingga didakwa ianya hadis Maudhu'/Palsu.
Bagi diri hamba, senang saja. Saidina Ali itu tetap Sahabat Rasulullah, dan bagi diri hamba yang jahil ini kiranya ada baiknya cuba mengertikan kenapa dikatakan begitu jika ia benar dan difahamkan betul-betul sebelum menjatuhi hukumnya agar ia salah.
Kalau diri tak berganjak untuk tahu, sampai bilanya kita takkan tahu..Sebaiknya buatlah apa yang wajib dahulu sebaikmungkin, kemudian baharu cakap tentang yang Sunat. Kepada yang begitu tidak sabarnya untuk mendengar muzakarah mengenai Fadhilat-fadhilat Tarawikh..adalah dialu-alukan untuk sentiasa menjenguk kesini.
InsyaAllah hamba akan berkongsi kepada semua.

Malam ini, umat Islam akan memulakan solat sunat tarawikh nya yang pertama di bulan Ramadhan yang begitu rapatnya..
apa lagi saudara-saudaraku??

As-Solatu Jamee'ah Rahimakumullah!!

solat bukan tarian,
solat bukan bersukan,
solat itu persembahan,
kita Sembah-Yang maha Esa..dengan ketaatan saf yang berimamkan satu.Sahutlah panggilan Ramadhan.

daripada diri hamba dan juga seisi keluarga jemaah Dendang Anak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan! Penuhi maksud Ramadhan yang sebenarnya..dan dikesempatan ini hamba bagi pihak Dendang Anak memohon maaf diatas kesilapan yang berlaku diantara kita sesama kita baik yang sedar ataupun tidak.

bak kata lagu "Melahir Sumpah-Dendang Anak":

"disusun jari sepuluh,
memohon diri menyuluh,
bertahun diri merempuh,
pohon Mana ndak berteduh?"


ڤادوکا

(dan pada segala kata-kata diatas, atas diri hambalah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Kemushkilan ini boleh dibawa berbicara.. usah bimbang)

Friday, August 6, 2010

Raikan Ramadhan (Persiapan Terakhir)

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Pertama sekali mari dipanjatkan kesyukuran kita yang ulungnya kepada Allah subahanahuwataala diatas kurniaan serta keizinan kita didalam ruang dan peluang yang diberi agar kita dapat terus bersama,

Ramadhan bulan yang penuh rahmat,
didalam perjalanan karamah,
menanti padanya fadhilat,
yang dirindu-rindukan umat,
pada bulan inilah umat diajak berehat,
dan diseru bagi menumpukan fardhunya didalam beribadat,
oleh yang demikian rupanya, kita diajak kembali mentauhidkan ya Ahad..
begitu mulianya Muhammad,
begitu syukur kepada Allah yang tiada terungkap.

Hari ini,
berita gembira berkumandang dihati hamba, dan hamba juga kira begitu kepada sekalian sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Baik yang dijauh mahupun yang dekat, pada hari yang paling mulia "Jumaat", adalah bapa bagi sekalian hari.
Akhir penantian sudah, makaselamat sampailah kepulangan Aduka,Indera dan Pendita daripada Kuala Kelang, tidak lupa juga kepada Makhdum yang menyusuli daripada Melaka disambut begitu meriah sekali di Istana Seni lewat pagi tadi. Terharu dibuatnya kerana sanggup meninggalkan segala urusan demi untuk berdendang dan BERSAMA bagi meraikan Ramadhan yang bakal datang ini.
Setelah bersidang semuanya di balai penghadapan mengadap Yang Dipertua, dengan sepatah dua kata beliau yang bernas bahasanya kami semua diajak berfikir bersama, dan hamba kira baiklah juga kata-kata ini disampaikan kepada para pembaca yang mungkin diantaranya terdiri daripada yang cerdik pandai serta bijaksana orangnya.

Perihal Ramadhan,
sejauh mana kita amatinya? dan apa benarkah bulan ini sepatutnya kita menanti-nanti akan "Hari Raya"? Jika benarlah ia, maka apa pengertian Hari Raya yang sebenarnya?
adakah ia menyamai apa diamalkan oleh Sekalian Rahimakumullah dan yang paling penting, betulkah caranya itu yang benar dikehendaki oleh Allah azza wa jalla?
pengisian Ramadhan seperti apa kah yang menjadi suatu yang sangat-sangat ditunggu-tunggu oleh para pencintaNya?

demikianlah antara kata-kata Yang Dipertua, hamba jadi terfikir jua dimana perletakkan demi perletakkan yang kita betul laksana dan apa pula dengan perletakkan yang salah pula?

yang menjadi terkesima oleh diri hamba adalah tatkala Yang Dipertua membicarakan perihal wadah(takungan) kepada amal yang kita bakal amalkan untuk mengadap bulan seterusnya, diibaratkan olehnya pula amal itu adalah sebuah piring asbak(ash-tray) yang besar bentuknya sementara tin minuman itu pula adalah wadah(takungan)-nya. Soalnya disini, bagaimana sebuah tin minuman itu hendak ditadah akan amalan yang sebesar sebuah bekas dulang penadah habuk rokok itu? yang hamba faham, bukanlah kita disini untuk mengukur berapa banyak bilangan jumlah amal baiknya namun begitu difikirkan jua akan hal yang kita pinta. Seandainya kecil wadahnya bagaimana hendak menampung ilmu yang dipinta. Ilmu yang dilaksana gelar lah ia Amal. dan itulah maksudnya.

jadi secara tiada langsungnya.. Ramadhan itu sebuah persiapan kepada diri sebagai Hamba. apa maksud hamba? dimana dalil seorang hamba? kemana pergi seorang hamba itu? terus macam mana hendak memenuhi maksud seorang hamba?

maka dengan itulah kami, Dendang Anak sangat-sangat risaukan. Maka terjadilah Showcase Raikan Ramadhan ini. adalah untuk kita sama-sama menyemai benih Ilmu demi menunaikan janji demi yang Hak dan membasmi segala yang batil. InsyaAllah..
kerana kita didunia yang serba sementara, dengan keserba-sementaraan kita disini, Rasulullah mengajak agar Umatnya menyampaikan pesan kepada mereka-mereka bahkan kepada diri kita sesama kita walau sepotong ayat sekalipun apatah lagi dengan mengamalkan Sunnah(Cara) baginda Rasulullah Sallallah alaihi wa sallam itu mendapat gandaan pahala menyerupai mereka-mereka yang mati Syahid.

yang jauh tlahpun didekatkan,
yang dekat marilah kita sama-sama rapatkan,
saf dan semangat itu satu jalinan Ukhwah yang paling tinggi untuk dibuktikan pada diri bahawa Agama Islam pasti berjemaah, dan dengan berjemaahlah kita satukan segala kesulitan diri sendiri.

mimpi ngeri buatmu sudahpun berakhir,
Dendang Anak bertandang dan memberikan berita baik buat diri-dirimu yang awal moga mengenal ya Akhir sebelum Kehidupan Dunia ini berakhir.
harapan kami semoga dengan budaya yang diraga-ragakan bersama lantunan suara serta alunan lagu yang sesebaikmana dapat kami persembahkan.
bak kata pepatah Nadhim, juru-juru kami,
"Tumbuh melata pohonan serai, hidup mengurik si pokok padi,
pemula kata pembuka tirai, fahami lirik..hayati melodi."

marilah sama-sama kita ke Medan Selera Pantai Batu Buruk, digerai No 19(Belakang kedai Nasi Ayam Yunan)
waktunya 930 malam.
kami nantikan ketibaan anda, wahai para-para insan yang dimuliakan oleh Allah taala!
bernyanyi untuk keredhaan,
berdendanglah demi Ramadhan!

ڤادوکا

Tuesday, August 3, 2010

Showcase: Raikan Ramadhan

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
mengumumkan jemputan untuk menghadiri acara sempena menyambut kedatangan Ramadhan,
orang ramai adalah dialu-alukan dan dijemput!
(sila tekan/klik pada gambar)



Jazzakallah.
ڤادوکا